Facebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook Layouts



Make Facebook Glitter Words />

La haulawala quwwata illa billa hil aliyyil azim...Knowing Is Not Enough, We must Apply & finally, Willing Is Not Enough,We Must Do..

Lirik Lagu (13) Resepi (3) si cilik (20) TINTA HATI (37) utama (24)

Followers

Thursday, March 25, 2010

Syabas!!

Bersyukur kepada Allah kerana hari ini aku masih dapat menulis sedikit coretan untuk dikongsi bersama.Hari ni aku nak bercerita tentang kaklong.
Kaklong atau Jia, sape lagi kalau bukan puteri aku yang comel tu.Sekarang kaklong dah darjah 2.
Tiap-tiap pagi aku akan kejutkan kaklong bangun dari tidur untuk ke sekolah dan setiap kali itulah kaklong menangis.Susah betul nak bangun mandi.Kadang-kadang lewat hinggakan ditinggalkan van sekolah.Terpaksalah abah hantarkan kaklong sebelum abah pergi kerja.Itulah perangai kaklong setiap hari.
Akan tetapi,sejak dari hari Isnin yang lepas membawa kepada hari ini iaitu hari khamis,satu keajaiban dah berlaku!.Betul........ibu dan abah kaklong naik hairan dibuatnya.
Selalunya Kaklong makin liat nak bangun pagi setelah lama bercuti.Pada hari isnin,iaitu hari pertama bersekolah setelah cuti selama seminggu,tiba-tiba kaklong berubah.Pagi itu kaklong bangun pada jam 6 pagi tanpa dikejutkan.Kaklong bangun dan terus mandi.Selesai mandi,kaklong terus berpakaian sekolah,kemaskan katil dan solat subuh.Dalam hati aku..'mengigau agaknya kaklong nih'.Hari itu sampai disitu sahaja kehairanan aku.Aku berpendapat mungkin hari itu kebetulan kaklong dah hilang mengantuk agaknya.
Namun...peristiwa itu tidak berakhir disitu.Sebaliknya itu adalah permulaan yang baik dalam hidup kaklong.Perkara itu masih berlarutan hingga kehari ini.Jadi aku sebagai seorang ibu tentulah merasa bangga dengan perubahan kaklong.Dalam hati mengatakan,kaklong dah dewasa dan sudahpun pandai mendisiplinkan diri.Alhamdulillah.Maka tiadalah lagi pertengkaran di waktu pagi.
Kaklong bukan sahaja dah pandai bangun pagi sendiri tanpa dikejutkan malah solat 5 waktu pun dah tak perlu aku ingatkan lagi
Kepada kaklong....syabas ibu ucapkan.Dan doa ibu semoga kaklong istiqamah dalam melakukannya.Ibu bangga denganmu sayang...........

No comments:

Daisypath Anniversary tickers

.

Thank You
Egic’98