Cuaca sangat panas hari ini menyebabkan aku dan hubby membuat keputusan untuk pergi berenang dan berendam.Sementara menunggu Kaklong pulang dari sekolah,of coz la aku siapkan barangan keperluan.
Destinasi perkelahan kami sekeluarga hari ini ialah air terjun Panching.Setelah sekian lama kami tak berkelah disini,banyak perubahan yang telah berlaku.
Memang seronok mandi-manda disini apatahlagi suhu airnya yang sejuk lagi dingin.
Lucunya angah cuma berendam kurang dari setengah jam kerana dah menggeletar kesejukan!.Kaklong pula terus aje sihat...dah tak demam lagi dah bila tengok air.
Memang seronok berenang dan menyelam apatahlagi kebetulan tempat ini sedikit sunyi dan kurang pengunjung.Maklumlah bukan hari cuti.Bila dah kesejukan kami rehat sebentar sambil menikmati goreng pisang suam....
Sayangnya kami mandi tak lama.Oleh kerana hari dah petang dan tempat ini akan ditutup pada jam 6.00 petang,kami pun bersiap untuk pulang.
Lucunya waktu nak salin pakaian,kami tersedar yang baju angah dan abah tertinggal!!.Apalagi...angah dan abah balik pakai tuala aje laa....hahahaa...
Mujur naik kereta...kalau naik bas??.
Apapun ini tetap percutian/perkelahan yang menyeronokkan.Tq hubby.....................
Ini adalah antara gambar yang sempat aku snap untuk kenangan kami sekeluarga.
air yang sangat sejuk,dan best...macam kolam renang.Ditengahnya ada direntangkan tali yang diikat pelampung kecil untuk pegangan kerana air yang dalam.
Hubby siap mencuci baju lagi....kampung style...menggosok atas batu....
Angah pula tengah kesejukan tu..berbungkus dengan tuala.
No comments:
Post a Comment