Mimpi Abu Qilabah
Seorang yang bernama Abu Qilabat telah bermimpi ada kubur-kubur pecah di kawasan perkuburan. Dari kubur-kubur itu keluar mayat. Semua mayat kelihatan bercahaya pada wajahnya kecuali seorang. Mayat yang wajahnya tidak bercahaya itu adalah juran Abu Qilabat ketika hidup dahulu.
Abu Qilabat pun berkata kepada mayat itu, “Aku tidak nampak cahaya di wajahmu seperti yang lain-lain.”
“Mereka ada anak-anak dan teman yang berdoa serta bersedekah. Anakku tidak mendoakan aku dan tidak bersedekah untukku.” Kata mayat itu.
Keesokan harinya, Abu Qilabah pun mencari anak jirannya itu. Dia menceritakan mimpi itu kepadanya. Anak jiran Abu Qilabat pun segera menyedari kesilapannya. Semenjak ayahnya meninggal dunia memang dia tidak pernah berdoa dan bersedekah. Dia berasa bersalah apabila mendengar cerita Abu Qilabah.
Semenjak hari itu, dia sentiasa beribadat, berdoa, dan bersedekah untuk ayahnya yang sudah meninggal dunia. Dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh.
Selepas beberapa lama Abu Qilabah bermimpi lagi. Kali ini dia melihat ada cahaya pada wajah mayat yang dahulu tidak bercahaya. Malah cahaya itu lebih terang daripada mayat lain.
Semoga kisah ini menjadi satu teladan kepada anak-anak ibu.
Berbaktilah kepada ibubapa samada ibubapa masih hidup atau telah meninggal dunia.Sentiasalah berdoa untuk mereka.
No comments:
Post a Comment