Facebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook Layouts



Make Facebook Glitter Words />

La haulawala quwwata illa billa hil aliyyil azim...Knowing Is Not Enough, We must Apply & finally, Willing Is Not Enough,We Must Do..

Lirik Lagu (14) Resepi (5) si cilik (21) TINTA HATI (56) utama (35)

Followers

Thursday, December 29, 2016

my birthday

Hari ulangtahun kelahiranku..
Gembira dan terharu bilamana ramai yg memberikan ucapan dan doa.
Sahabat keluarga.. Apatahlagi dari orang tersayang.
Walaupun sekadar ucapan..namun besar ertinya pada aku.
Terasa nak abadikan kenangan itu di sini..haha..siap copy paste lagi angkut dari facebook.
Apapun thanks uolls sebab sudi terima diri ini seadanya dan sudi menjadi sahabat di dunia hingga akhirat!

From hubby

Najihah buat kejutan utk ibu.. 

Doa bonda..










Sunday, December 25, 2016

setiap org punya peluang kedua


Alhamdulillah..segala puji bagi Allah yg memiliki hati2 kami.
Dan hanya kpd Allah ku serahkan hati ini dlm jagaan-Nya.



Allahdulillah.. 
pejam celik..sudah satu tahun aku berniqab.
Ramai yg bertanya kenapa?
Fesyenkah?
Sebenarnya aku agak nakal orangnya.jadi aku berharap dgn berniqob akan dapat menjaga diri ini . Sebagai contoh ringkas.. Sebelum ni nak pakai stokin pun rasa sgt payah.akan tetapi setelah istiqomah berniqob secara sendirinya akan timbul rasa malu dan segan kalau keluar rumah tanpa stokin dan sarung lengan.
Maka aku akan istiqomah juga dgn stokin dan menjaga tingkahlaku secara automatiknya.

So...kenapa takut menutup aurat? Sedangkan terbukti kita akan lebih terjaga.
Yang penting ikhlaskan niat.
Anggapan salahnya...jadi baik dulu barulah dapat menutup aurat dgn sempurna.
Hakikatnya..sempurnakan tutup aurat semestinya kita akan jadi manusia yg lebih baik.



Kesukaan aku adalah bunga ros. Tak kiralah warna apapun. Memang gila dibuatnya ^_^…
Aku sentiasa mencuba mencontohi ros..
Cantik dan indahnya ia tapi masih terlindung oleh si duri. Baunya wangi namun tak semua dapat menghidu harumannya.
InsyaAllah...akan mampu menjadi seumpama mawar berduri asalkan ki sanggup berubah dan belajar dari kesilapan masa lalu.


my family is not perfect but we loves each other perfectly



Ingin aku panah tepat ke hatimu
Tp anak panahku tersasar... 
Tak dapat panah..akanku kail

Cewaahhh..konon2 hahaha

Antara aktiviti kesukaanku.

Bersyukur masih dipinjamkan usia bersama menggembirakan hati insan yg aku sayang..
Mereka yg selalu ada dalam tawa mahupun duka.


Luv u olls!!!

ku lepaskan ia pergi...

Langkah ini
Terasa terhenti-henti
Depan kelabu Pedih memilu
Masa bukan lagi temanku
Masih jua Aku mengharap cahaya
Biarpun terus Meredah belukar
Pecahan kacaMenusuk tubuh berdarah
Sakitnya tiada terkira
Istana menanti
Bertakhta hati  Berseri...
Istana menanti
Tempat kita Pasti...
Getar jari-jemari
Bertaut pada harapan ini
Aku membilang hari
Apa akan datang hari
Ku nanti
Istana menanti
Pasti...

2015...
2016...
Ku tinggalkan dengan penuh suka duka.
Terlalu banyak tangis dan tawa
Terlalu banyak luka..
Meski tak nampak darahnya
Tapi parutnya tetap ada.
Sesalan tangisan benar2 menghantui.
Tak terhitung kesal kerna langkah yg sasar.
Tak terhitung sesal dek gerak yg sesat.

'Andai dapat aku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula
Kata2 dan tingkah laku ku'

MAAF
Itu saja kata yg mampu terungkap kpd jiwa2 yg telah aku lukai
Itu saja kata tanda aku sesali diri

'

SELAMAT DATANG 2017
SEMOGA AKAN MENGHILANGKAN SEGALA KEDUKAAN😊😉

Wednesday, December 10, 2014

kenali jin

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.

3)Jin
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarangmengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapiorang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliaumenambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.(terkena?? hahaha..)

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnyajalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikutsirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu sukasangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bilapulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!! (terkena lagi?? hahaha..)

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun ataubomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila NabiSulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaimanmeninggal pun jin tidak perasan/tahu.Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jintekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnyadan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, makabarulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8)Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnyatenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belumduduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkanmembaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidakperlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidakbacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernahjumpa orang yang di rasuk.* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimatyang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagiorang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati...

Sunday, May 11, 2014

Tanda2 sakit

Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

 MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
�� Mata menjadi merah :
●Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
�� Mata menjadi kabur :
●Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
��Keluar tahi mata :
●Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
��Keluar air mata :
●Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
��Ketegangan mata dan kelopak :
●Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

 HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
��Selesema :
●Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
�� Hidung sumbat :
●Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
�� Bersin
● Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
● Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

 BATUK
�� Batuk keluar kahak :
●Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
�� Batuk tanpa kahak :
● Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
��Batuk dan berasa gatal di kerongkong :
● Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

�� KERONGKONG
�� Kerongkong kering.
● Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
● Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

 BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
��Bibir pucat
● Sistem penghadaman yang lemah.
● Perut mengandungi angin.
● Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
�� Bibir kering dan pecah.
● Perut mengandungi banyak bahan toksin.

�� MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
�� Lidah atau gusi bengkak, sakit :
●Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
��Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser).
● Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
��Mulut berbau busuk .
●Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
��Telinga terasa tersumbat :
●Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
�� Telinga berdengung :
●Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT Berpeluh :
�� Peluh masin :
●Badan mengandungi lebihan asid urik.
��Peluh berbau :
●Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

��RUAM DAN BISUL :
●Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

 KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
�� KULIT PECAH DAN BERAIR :
● Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

RAMBUT GUGUR : ��Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan leb

Sunday, March 16, 2014

Misteri MH370

http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/03/new-world-order-kenapa-malaysia-ada-apa.html

.

Thank You
Egic’98