Facebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook Layouts



Make Facebook Glitter Words />

La haulawala quwwata illa billa hil aliyyil azim...Knowing Is Not Enough, We must Apply & finally, Willing Is Not Enough,We Must Do..

Lirik Lagu (13) Resepi (3) si cilik (20) TINTA HATI (37) utama (24)

Followers

Sunday, March 14, 2010

Saat kelahiranmu....



Aku menanti dalam kesakitan dan debaran.Hati tak henti berzikir dan berdoa.Ku lihat bilik berhampiran ntah berapa kali silih berganti bayi yang lahir.Tapi aku masih lagi menanti.Belum sampai masanya.....Sedari awal pagi aku disini sampailah petang.....



Tanggal 6 Febuari 2007 jam 6 petang mendengar tangisanmu, airmata ini mengalir....syukur.
Setelah 12 jam menahan kesakitan akhirnya lahir juga seorang putera yang diberi nama Ahmed Nejad.
Airmata mengalir bukan kerana kesakitan yang dirasai akan tetapi dek kerana terlalu gembiranya hati.Terasa kesakitan itu berbaloi dengan dikurniakan seorang lagi cahaya mata,apatah lagi lelaki!
Memang nak anak lelaki waktu tu.......
Masa dalam labour room hanya Allah saja yang tahu betapa sakitnya aku rasakan.Mujurlah ada suami disisi menemani,menggenggam tangan dan tak putus memberikan sokongan moral.
Jelas kegembiraan terpancar di wajah suami tatkala terlihatnya kelibat bayi lelaki yang comel.
Dapatlah seorang peneman abah nanti.......
Betapa payahnya melahirkanmu tapi semuanya terubat apabila melihat wajahmu yang comel..tidur berbungkus kain lampin...Alhamdulillah semuanya selamat dan normal.Selama di wad(semalaman je)bayi lelaki yang kupanggil angah,langsung tak boleh diletakkan dalam tab bayi.Asal aku letak aje,angah menangis.Angah sentiasa mahu aku memeluknya.

Sekarang angah dah besar.....tapi masih macam dulu juga.Tak pernah berenggang denganku.Setiap hari akan minta peluk dan cium.Angah yang comel dan manja sangat..
Sehingga kini terasa betapa berbaloinya memilikimu.
Daisypath Anniversary tickers

.

Thank You
Egic’98