Facebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook Layouts



Make Facebook Glitter Words />

La haulawala quwwata illa billa hil aliyyil azim...Knowing Is Not Enough, We must Apply & finally, Willing Is Not Enough,We Must Do..

Lirik Lagu (13) Resepi (3) si cilik (20) TINTA HATI (37) utama (24)

Followers

Tuesday, August 10, 2021

7 Khasiat Habbatus Sauda

7 Khasiat Habbatus Sauda

Tidak ramai yang mengetahui apakah khasiat sebenar habbatus sauda kepada semua orang. Habbatus Sauda mengandungi bahan-bahan yang dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatus Sauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk Habbatus Sauda ini mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Habatusssauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain “Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain: Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan. Antiarthritis, mengubati reumatik. Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain). Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu. Antiseptik, mengubati bau mulut. Antivirus, mengubati demam dan flu. Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim. Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal. Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit. Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu. Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung. Nematocidal, mengubati cacing pita. Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

7 ciri-ciri utama Habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan: Monosaccharide glukosa, xylosa dsb. Polysaccharide Fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, efa). Efa tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan Amino acid yang membentuk protein Karotene iaitu sumber vitamin a Kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

~suisz~ Untuk pengetahuan para pembaca, di Timur Tengah, minyak Habbatus Sauda ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi. 

No comments:

Daisypath Anniversary tickers

.

Thank You
Egic’98