Facebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook Layouts



Make Facebook Glitter Words />

La haulawala quwwata illa billa hil aliyyil azim...Knowing Is Not Enough, We must Apply & finally, Willing Is Not Enough,We Must Do..

Lirik Lagu (13) Resepi (3) si cilik (20) TINTA HATI (37) utama (24)

Followers

Friday, August 27, 2010

Ramadhan bersama yg tercinta

Terasa baru sahaja aku dan dia diijabkabulkan.....rupanya sudah menjangkau hampir 10 tahun kami menempuhn onak duri bersama.Melayari bahtera kehidupan bertemankan dua cahaya mata...Puteri sulung kami pula sudahpun berusia 8tahun..
Hmm...cepatnya masa berlalu.Terasa belum puas menggendong putera kami Ahmedi Nejad yang kini telahpun 3 tahun 6 bulan usianya.Syukur aku tak terhingga kehadrat Ilahi,meskipun perkahwinan ini telah 10 tahun tetapi kemesraan kami seolah tiada penghujungnya.Setiap hari pun memadu kasih dan cinta...setiap hari pun handphone ku akan terpapar message rindu dan sayang dari hubyku tercinta.
Bahagianya.....ingin aku terus terlena di sini......
Ramadhan kali ini menyaksikan betapa rahmat Allah tak pernah terhenti kapada kami sekeluarga.Anak-anak membesar dengan sebaik mungkin.Nurul Najihah puteri kami tahun ini mencatat rekod setelah berpuasa tanpa meninggalkan satu hari pun setakat ini..Alhamdulillah.Ahmedi Nejad pula rajin mengikut abahnya berterawih di surau walaupun hanya sekadar duduk dan melihat namun aku bersyukur anak kecil itu mahu ke surau.Insyaallah...satu masa nanti anak itu akan solat berjemaah pula...aminn.
Suasana berbuka kami biasa sahaja.Lauknya seperti hari-hari biasa akan tetapi kegembiraan kami bertambah apabila setiap hari kami makan bersama.Tidak seperti bulan-bulan biasa,kami jarang menjamah makanan bersama.Ahmed Nejad pun seolah-olah berpuasa kerana pada siang hari dia langsung tak menjamah apapun melihat orang diselilingnya berpuasa. Kadang-kadang aku juga manjakan Najihah dengan membuat hidangan yang dipintanya sebagai menyokong supaya anak itu terus berpuasa sehingga akhir Ramadhan.
Sepanjang Ramadhan juga,aktiviti aku dan huby berjalan seperti biasa...iaitu memancing.Tambahan pula huby sering off day.Hobi memancing ini semakin mengeratkan hubungan kami sekeluarga.Hobi ini juga kami kongsikan dengan adik aku Edzsya tu...suaminya juga kaki pancing.Tambah meriahlah hubungan kami sekeluarga.Ikan yang dipancing pula dijadikan hidangan berbuka puasa...seronok!

Wednesday, August 11, 2010

Yusry KRU - Jikaku Tak Bangun Esok Pagi

Jika kutak bangun esok pagi
Sayangku kau jagalah diri
Sentiasa ingatkan hati
Dirimu amat kucintai

Andainya dihimpit kesusahan
Sujud dan mohon pada Tuhan
Agar diberikan bimbingan
Meniti hidup bersendirian


Bila terasa sejuk pejamkan mata
Bayangkan dalam dakapanku
Bila terasa rindu pejamkan mata
Kita bersua dalam lena

Kalau ada yang sudi mengganti
Sayang lepaskanlah ku pergi
Kerna sayang seistimewamu
Berhak tuk dicinta dalam hidup

Sayang… tiada apa yg kekal dlm dunia ini
Namun yang pasti walupun ku tiada nanti
Cintaku .. akan kekal abadi

ulang

Kuberharap kau tak akan lupa
Mengirimkan bekalan doa
Kita jumpa lagi disana nanti
Jika kutak bangun…..esok pagi
Jika kutak bangun esok pagi

saat kau terlantar derita.......



Saat sayangku terlihat kesakitan yang amat sangat...hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan hati ini yang sedih sayu pilu...tak dapat aku ungkapkan dngan kata2.Hanya kepada Allah aku memohon agar masih diberi kesempatan supaya isteriku terus mendampingi hidup ini.
Melihat keadaannya separuh sedar dan meracau kesakitan...membuat perasaanku sebak.Aku tenangkan dia dengan linangan airmata.Bila keadaan isteriku sudah stabil dan dipindahkan ke wad..barulah aku dapat melepaskan nafas lega dan bersyukur.Dan kini meskipun telah selamat kembali ke rumah namun masih perlu aku berjaga2 dan membawa isteriku membuat rawatan susulan.
Buat isteriku....tiada kata2 yang mampu aku ungkapkan apabila melihat kau dalam keadaan menderita kesakitan....tiada suara yang mampu aku luahkan selain linangan airmata yang mengiringi derita dirimu...aku sentiasa doakan kesejahteraan dirimu dan kebahagiaan kita berpanjangan.
Aku tidak mengharapkan kehidupan yang singkat bersamamu.."Ya Allah....panjangkanlah usia kami,berkatilah kehidupan kami,..kekalkanlah kebahagiaan rumahtangga kami...berilah kami kesempatan untuk terus mengabdikan diri kami kepadamu ya Allah..."....

Wednesday, August 4, 2010

saat memiliki cinta

Ketika bertautnya dua hati
Tertunduk mengiyakan cinta
Yang nyata ada pada adam hawa
Lantas bersemadilah rindu sayang
Dan akad menyucikan ikatan
Menjadi lambang indahnya Islam
Tatkala itu..aku milikmu
Dan aku memilikimu..
Walau berbahasa antara insan kepada insan
Tapi yakinlah janji tuhan
milik memiliki sampai ke negeri abadi..
Kau cinta aku..
aku cinta kamu...
Namun tanpa cintaNya kau dan aku tiada
Suburlah kasih kita kerana cintaNya
Cintailah aku kerana mencintaiNya
Bahagialah mahligai kita kerana rahmatNya
aku tanpamu...
Kau tanpa aku...
Kita tanpa Nya...
Bagai layang-layang terputus talinya...
Saat memiliki cinta ini
Selalulah berada dalam cintaNya
Agar cinta kita bertemu kelak disana...........

bila anak kreatif...

Petang itu aku melangkah ke ruang dapur rumahku.Tiba-tiba aku terpandangkan dinding dapur rumah yang dikotori sesuatu seakan cat.Aku tak segera membersihkannya,sebaliknya aku panggil kaklong supaya segera pulang.
Pada kaklong aku tanyakan kenapa dengan dinding tu?Kak long gelengkan kepala.Kaklong sarankan supaya aku tanyakan pada angah.
Aku langsung memanggil angah.

Tanyaku."kenapa dinding ni angah?"
Angah jawab,selamba,"dinding tu kosong sangat....angah 'kaler' la biar cantik"
Aku nak tergelak dengar jawapan angah.memang sah itu kerja angah.

"dah angah tengok cantik ke?"..aku tanyakan pada angah.
Angah pandang dinding kemudian jawab.."ha...cantiklah!tapi warna hitam je ada..."

Apalagi aku tergelak la dengar angah cakap macam tu.Nak marah pun tak jadi.Kiwi kasut kaklong dibuatnya cat kononnya nak mencantikkan rumah.Itupun mujurlah cuma warna hitam je yang ada.Kalau tak,warna-warni la dinding rumah aku.
Nampaknya aku kenalah buat sesuatu dengan dinding dalam rumah ni supaya angah tak nampak kosong lagi....kena beli sticker la jawabnya!
Kalau tak...entah apa lagi yang angah nak buat lepas ni...
bagusnya angah!
Daisypath Anniversary tickers

.

Thank You
Egic’98