Make Facebook Glitter Words />
La haulawala quwwata illa billa hil aliyyil azim...Knowing Is Not Enough, We must Apply & finally, Willing Is Not Enough,We Must Do..
Followers
Tuesday, March 16, 2010
celoteh angah
Kesiannyer anak ibu ni.Penat sangat bermain sakan hari ni.Selalunya angah ni tak tidur siang.Asyik tengok ibu mengupdate blog dicampur dengan keletihan,sampai tertidur angah.Lagipun merajuk pu betul juga.....
Kak long la tak nak main dengan angah.Sedih angah.Ibu la yang kena pujuk angah yang cepat sayu hati ni.
Selebihnya sebenarnya nak bermanaj dengan ibu,nak perhatian ibu.
Dalam pada ibu mengusap rambut angah,berbual dengannya..tiba-tiba dah tak berjawab..dah tertidur rupanya.Tengok muka angah ni,ibu selalu tersenyum sendirian.Apatah lagi tatkala terkenang celoteh angah yang tak putus-putus bertanya itu dan ini.
Teringat aku salah satunya adalah pertanyaannya sewaktu dalam kereta,perjalanan pulang dari kemaman.
Masa tu panas terik dan semak di kiri kanan jalan kering-kontang.Kemudian terlihatlah oleh angah ada api yang membakar semak beserta sebuah kereta bomba yang tengah mengawal kebakaran.
Apalagi,riuhlah angah menyatakan ada api...macamlah angah sorang je yang nampak.Tapi aku bagi respon buat2 baru ternampak...
Angah cakap bomba tu yang bakar semak..
Aku betulkan,aku cakap bomba tu padamkan api.
Angah tanya lagi,siapa yang bakar?
Aku jawab,cuaca yang terlampau panas hinggakan semak tu terbakar.
Angah potong,katanya,mana boleh terbakar sendiri.
Aku terangkan padanya,Allah yang buat sebab sekarang orang dah malas solat dan berdoa..ringkas dengan harapan dia boleh menerima.
Angah jawab,kalau macam tu angah nak solat dan berdoalah..takut Allah bakar lagi nanti.
Dalam hatiku,alhamdulillah anak ini mengerti.
Pagi esoknya,angah bangun pagi,sekonyong2 sambil menggenyeh mata,angah cakap padaku,
Ibu angah nak solat la..pastu angah nak berdoa..
Subahanallah...anak yang seawal 3 tahun ini sangat mudah menerima ajaran.Aku senyum je..dan dukung angah ke bilik air..basuh mukanya dan ajar dia amik wuduk.Walaupun dah pukul 8 pagi tapi takpelah kalau dia nak belajar solat..
Itulah antara celoteh angah yang sentiasa mahu tahu mengenai semua perkara.Semoga anak ibu menjadi hamba yang soleh.Amin....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Egic’98
No comments:
Post a Comment