Facebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook Layouts



Make Facebook Glitter Words />

La haulawala quwwata illa billa hil aliyyil azim...Knowing Is Not Enough, We must Apply & finally, Willing Is Not Enough,We Must Do..

Lirik Lagu (13) Resepi (3) si cilik (20) TINTA HATI (37) utama (24)

Followers

Saturday, March 20, 2010

Harakah

  Hari ini lain dari hari yang lepas.Hari hujan tak berhenti lagi semenjak semalam.Syukurlah kerana sebelum ini cuaca terlalu panas hinggakan rumput kat laman rumah aku pun kering kontang.Terpaksalah aku siram hari-hari...sebab rumput tu aku yang tanamkan.
  Sedang aku termenung sendirian,tiba-tiba aku teringatkan keletah anak2 yang selalu mencuit hati.So..aku pun login la blog aku dan sekarang inilah yang aku buat.Teringat aku waktu itu najihah(kaklong)masih kecil seawal 3 tahun.Nejad of course la takde lagi waktu itu.
  Ketika itu aku masih menetap dirumah bonda.Hubby aku tak ingat ada atau berkerja pada masa tu.Kak long sewaktu kecil sangat nakal dan aktif(sekarang pun).Langsung tak tahu duduk diam.Ada aje kerja dia.Explore  sana...selongkar sini.Kadang2 aku rimas.Kebetulan hari  itu banyak sangat kerja yang aku kena buat.Selepas solat zohor,aku kuncikan diri kat dalam bilik ...nak rehat.Kalau tak kunci tak dapat rehat almaklumlah ada anak yang nakal.Jadi kaklong main2 kat ruang tamu bersama nenda dan akinya.
   Sewaktu hampir terlena,tiba2 kaklong ketuk pintu...aiseh!kacau betul la...aku tak terus buka.Sebaliknya aku suruh kaklong menonton tv dengan nendanya...dengan harapan boleh la aku sambung tidur.
Tapi kaklong tak mahu.diketuknya lagi pintu bilik.Aku tanya kaklong nak apa?
Kak long jawab..'ibu bukalah pintu,nak ambik harakah kejap'
Aku garu kepala...'harakah?'Sejak bila pulak la anak aku yang kecik ni pandai baca harakah?
Aku layan je la...aku cari harakah kat dalam bilik untuk kaklong.Tak ada.........
'Mana ada harakah dalam bilik ibu ni..',laung aku pada kaklong disebalik pintu.
'Ada........'jawab kaklong kemudiannya dengan penuh yakin.
'Tak ada,ibu dah cari.pergi mintak dengan aki la..'kataku.
'Ada kat atas almari tu..'
Aku berpaling melihat almari.Tak ada pulak harakahnya.
Kak long tak berputus asa.Aku ingat tu cuma trick kaklong je agar aku bukakan pintu.
Tapi apabila mendengarkan kesungguhan kaklong,akhirnya aku mengalah dan aku bukakan pintu.
Sebaik pintu dibuka,kaklong terus meluru masuk..dan mencapai sesuatu diatas almari..katanya,
'Ni ada ni!'..dengan nada yang marah dia tunjukkan aku ,,MUQADDAM!
Haha...terguling aku gelak.patutlah aku tak jumpa.Sampai bila pun aku takkan jumpa cari kalau itulah namanya harakah!Hahaha....kelakar betul.
Kak long dengan muka marah..keluar dari bilik aku dan terus duduk kat ruang tamu untuk mengaji muqaddam tadi.Reaksinya macam dialah yang betul dan akulah yang salah.Itulah diantara kerenah anak yang terpaksa aku layan setiap hari.ada-ada saje karenahnya yang buatkan aku ketawa.Malam tu kecohlah satu rumah ketawa....
apalah kak long!


*Harakah adalah surat khabar

No comments:

Daisypath Anniversary tickers

.

Thank You
Egic’98