PUTERAKU Sayang……….
Ahmedi Nejad…….
Namanya macam tuan empunya badan,tegas dengan pendiriannya,
cekal,kuat dan penuh semangat.Panggilan manjanya ‘angah’.
Angah ni pun sebenarnya lebih kurang dengan kakaknya juga,
sama2 xtau duduk diam.Penuh semangatlah katakan.
Angah ni kecil aje orangnya.Almaklumlah aktif tapi kurang makan.
Hobinya pula suka ikut abahnya’bum-bum’(naik motor)
atau ‘ngeng-ngeng’(kereta).Kalau ke kedai atau
pasaraya,dia akan mengamuk kalau tak belikan dia ‘ngeng2′.
Yang paling digemarinya bukan calang2 ngeng2 tapi angah suka
‘Ngeng2 leh po!’ atau maknanya kereta polis…he..itu ikut bahasa
angah lah tu..
Nejad atau angah baru berusia genap 2 tahun,tapi
mulutnya petah(selalu pot-pet)banyak tanya.Dia sangat peramah orangnya
dan selalu buat aksi2 lucu.Ada saje keletahnya yang buatkan kami sekeluarga
tergelak besar.Perkara yang paling angah tak suka ialah makan ubat.
Huh…kalau demam,cukup payah nak bagi dia makan ubat!Kadang2 terpaksa letak ubat
dalam plastik gula2(tipu)supaya angah nak makan ubat tu.Taktik tu memang berkesan sangat
memandangkan angah ni hantu gula2.
Apa yang menarinya tentang angah ialahdia suka sangat ikut orang solat jemaah.Bila kakaknya bersiap untuk pergi mengaji,
angah tak pernah ketinggalan untuk turut serta.Malah angah dah lulus pun alif sampai ya.
Saya sering perhatikan angah yang selalu fokus dalam setiap perkara yang dia buat.
Apa saja yang kita lakukan dihadapannya,dia akan ikut.Sekarang angah nak belajar mengeja plak..
Tak kisahlah…..ibu dan abah selalu sokong angah dan berdoa yang terbaik juga untuk angah.
Macam tulah anak2….sentiasa meniru lagak orang yang lebih tua darinya.
Jadi,kita sebagai orang dewasa haruslah selalu mempamerkan contoh yang baik untuk anak kita.
Sikap dan peranan ibu bapa sangat penting dalam membentuk peribadi anak2.Dan ingatlah,
berkorbanlah masa dan tenaga dalam mendidik anak2 kita kerana anak2 adalah pelaburan
kita yang terbesar dalam jangkamasa yang panjang.Insya-Allah suatu masa nanti
kita akan mendapat pulangan yang lumayan..bukan saja didunia,malah diakhirat jua…….
Puteriku sayang……..
Atau lebih manjanya Jia.Sekarang umurnya menjangkau 7 tahun.Tapi telatah,percakapan,pemikiran dan karenahnya macam orang dewasa.Kadang2 penat jugak ibu melayannya.Jia comel dan aktif.
Sedari umurnya 9 bulan pandai berjalan,tak menang tangan aku dibuatnya.Waktu siangnya dihabiskan dengan bermain kesana-kemari.Langsung tak erti penat.Langsung tak tidur siang atau berehat.Kalau dia duduk atau baring pun,pasti salah satu anggotanya tak berhenti bergerak.Bila kaki berhenti bergoyang,tangan pula tergedik2.Ada aje kerjanya.Waktu di tadika,semua pelajar adalah kawannya…dia tak memilih.Dengan cikgu pun dia rapat.Dalam kelas pun dikatogerikan salah seorang yang tak duduk diam.Main..main..main…Tapi syukurlah Jia juga seorang yang pintar dan cekap dalam pembelajaran meskipun nakal.Markah examnya selalu dapat A.Meskipun Jia aktif,mudah berkawan,tapi dia juga seorang yang pemalu lebih2 lagi dengan orang yang dia baru jumpa.Namun,bila dah kenal x larat orang nak melayan karenahnya!.Dia juga seorang yang suka pusing dunia…cam ibu ngan abah dia la…Yang x tahannya,kejap2 dia lapar.Baru 1-2KM,dah ajak berhenti makan.Sekarang Jia dah darjah 1.Alhamdulillah…sejak belajar di sekolah rendah Islam ni,Jia rajin solat,mengaji,belajar…….hmm…camtulah anak ibu,kan…Jia selalu rajin buat homework.
Pada suatu hari selepas balik dari sekolah,Jia bercerita kepada saya“Ibu,tadi kat sekolah mualimah tanya jia,bila besar nak nanti nak jadi apa?Jia cakap kat mualimah,jia nak jadi doktor.Tapi jia rasa,jia taknak jadi doktorlah…jia nak jadi cikgu”Saya pun tanya,”Kenapa nak jadi cikgu plak?”
Selamba jia jawab.”Sebab cikgu kerja 5 hari je..2 hari lagi cuti,jia boleh main”Apalagi,saya bantai gelak la…tak tau nak komen apa!Itulah sebahagian dari celotehnya yang terpaksa saya layan setiap hari.Kalau takde Jia,alamat sunyi sepilah dunia ni rasanya…sebab tu bila berjauhan,rasa rindu teramat sangat!Apapun,setiap anak2 mempunyai kelebihan masing2.Dan anak2 juga ibarat kain putih.Terpulang pada kita untuk mencoraknya.Kepada puteriku Jia,Ibu dan abah selalu sayang jia dan mendoakan yang terbaik untukmu…
No comments:
Post a Comment