INTA
CINTA
Membawa hati menyusuri kembali jalan-jalan sepi
Kaukah di situ yang menantiku
Atau jelmaan titik kenangan
yang bernama pengalaman..
Siapakah diantara kita dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan Kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang
Kau..bayang-bayang…..
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
…Oleh resah mimpi yang tak sudah…”
Setiap orang mempunyai cinta.Ada yang cintakan insan,cintakan makhluk,
tak kurang pula yang cintakan dunia dan kemewahan.
Namun haruslah diingat,cinta pada agama.Allah dan Rasul jualah yang
kekal abadi.Ada cinta yang membawa bahagia.Ada pula yang
memakan jiwa.Tepuk dada tanyalah hati.Allah yang menerbitkan
cetusan cinta dari hati manusia antara insan sesama insan.
Selebihnya,kitalah yang mengawalnya.Cinta tak semestinya berjodoh..
betul tak?Cinta juga tak selalunya sama merasa,sama membalas.
Lalu timbullah persoalan”mengapa dipertemukan?”.Cinta yang hadir bukanlah
Kerana itulah Islam melarang bertentang mata lelaki
dan wanita,bimbang jatuh kehati yang bukan sebenar untuknya.
Kerana itu hati akan menderita.Tak dinafikan,walau kita tidak
pernah melayan rasa cinta itu,tapi ia hadir tanpa kita tahu sebabnya.
Sedaya upaya kita cuba melupakannya,semakin dalam ia terasa.
Apakah benar itu CINTA?Sedangkan dia bukanlah pasangan
yang Allah takdirkan sedari azali lagi.Setiap kali bertemu,jantung
berdegup bagai ingin keluar meluahkan rasa gementarnya.Pelikkan?
Benarkah debaran yang dirasa atau adakah sekadar bisikan
syaitan yang ingin memesongkan hati-hati yang lalai?
Setiap orang pernah merasakannya.Tapi pernahkah jiwa-jiwa kamu merasakanlantas ia terasa kosong…sepi.Dek kerana kekosongan itu maka
hadirlah bisikan-bisikan cinta yang penuh noda dan dosa.
Maka,adakah kita masih ingin kepada cinta yang lalai?
Persoalan yang sukar dijawab…kerana hati masih bergetar
mengenangkannya cinta itu..cinta yang ternyata kosong dan sepi.
Cinta yang tak tahu kesudahannya.
“Ya Allah,peliharakanlah hati-hati kami dari cinta yang melalaikan.
Bantulah kami,bukakanlah hati kami agar kami sentiasa
merasakan cinta-Mu dan cinta Rasul-mu.Dan hiasilah hati kami
dengan rasa kasih kami kepada suami/isteri kami,ibubapa kami
dan saudara-saudara kami.Peliharalah jiwa kami agar
cintakan syurgamu tidak pada duniamu”-Amin
RENUNGKANLAH…….
No comments:
Post a Comment