
Aduhai......
Gambar ini di rakamkan ketika kami ke jengka 10 bagi menghadiri majlis perkahwinan seorang teman.
Perjalanan yang hampir 3 jam,di tengah panas terik(walaupun kereta beraircond)
ditambah pula sesat tak jumpa rumah pengantin!
Peta rumah pengantin ada dibawa tapi terlalu banyak kenduri kahwin kat felda ni...kalau tersalah rumah,macamana?(ha..eleh-eleh-versi angah).
Kesian angah dah kaklong,terpaksa melepak bawah pokok sawit(kononnya).
Kami ikut peta yang diberi dan dahpun jumpa rumah yang ada kenduri kahwin...
tapi kami masih 'konpius' kerana dalam peta rumah pengantin tepi simpang,tapi rumah yg kami jumpa tu tiada simpang pun.....???
Bila kami hubungi orang yang berkenaan dan tanya,bangsal kenduri atas jalan ke atau tepi rumah?Dikatanya atas jalan.Rumah yang kami jumpa tu pula khemahnya bukan atas jalan.Waktu tu kami nampak pengantin dari jauh..kurang jelas ditambah pula makeup pengantin yang dah hilang rupa asalnya...
Kami majukan kereta masuk simpang yang berhampiran tapi still dalam kawasan peta.Kami jumpa satu lagi kenduri kahwin.Dan kali ni khemahnya atas jalan pula.Namun masih teragak-agak nak pergi sebabnya,walaupun khemah dah atas jalan,tapi tak nampak pun simpang sebagaimana atas peta yang kononnya rumah pengantin kat tepi simpang!
Dalam pada teragak-agak dan kebingungan itu,sekonyong2 ternampaklah kelibat pengantinnya.
Hahaha.......pengantinnya sama,sebijik macam yang kami lihat kat khemah yang sebelum ni...
Haahha......Rupanya khemah yang atas jalan tu,adalah dibuat atas simpang sebab tu kami tak jumpa simpang!

Penat je kami konpius!!!Dahlah waktu tu dah hampir pukul 2 petang....laparrrr!!


No comments:
Post a Comment