Setiap kali menyambut ulangtahun kelahiran,ucapan sewajarnya bukanlah 'selamat panjang umur' tetapi 'selamat pendek umur'.Hal ini kerana tempoh mati seseorang telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi.Ertinya semakin hari semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu maka semakin hari semakin pendek umur kita.Hari ini setapak lagi kita menghampiri tarikh kematian kita.
Namun kematian bukanlah pengakhiran.Mati adalah satu permulaan kepada hidup yang kekal abadi yakni hidup di alam akhirat.Hidup di sini(dunia) adalah mengusahakan tanaman untuk tuaian bagi hidup di akhirat.Itulah tujuan hidup yang fana ini demi kelangsungan hidup yang baqa' itu.
Mati untuk hidup?Banar...kerana kematian di dunia ini hakikatnya untuk hidup yang kekal abadi di akhirat nanti.Jika demikian,apa ada pada umur?umur adalah ukuran pada putaran bulan dan matahari yang dilakarkan oleh jarum jam,minit,saat sebuah arlogi.umur itu relatif sifatnya.Apa yang penting panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti tapi kualitinya.
Imam al-Nawawi,pendek umurnya tetapi panjang ilmu dan asadi jasanya.imam as-Syaf'i,Imam al-Ghazali .......impak perjuangannya melangkaui dekad dan abad.Begitu juga Umar Ibn Aziz memerintah hanya lebih kurang 2 tahun sahaja tetapi keunggulannya mengatasi khalifah Umayyah yang memerintah lebih lama daripadanya,sama ada yang sebelum atau selepasnya.
Oleh sebab itu kaedah memanjangkan umur adalah dengan memanjangkan amal,ilmu dan jasa. Harta misalnya,boleh memanjangkan umur jika disedekahkan atau diwakafkan.Maka jadilah harta itu amal jariah.Pahalanya berterusan.Akhlak juga boleh memanjangkan umur yakni dengan menyambung tali silaturrahim.
Rahsia kejayaan orang yang panjang umur itu ialah kesedaran mereka tentang tujuan hidup. Mereka ialah peribadi yang sentiasa sedar akan tujuan segala sesuatu...tujuan hidup dan tujuan mati.Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan.Dan impaknya,dunia sentiasa menyediakan jalan kepada orang yang punya tujuan.Mereka sentiasa kreatif dan innovatif dalam menambah amal kebaikan.Salah satu kaedah memanjangkan umur juga adalah mati syahid.
Para sahabat Rasullullah panjang umur(dalam kebaikan dan pahala berterusan)kerana mereka sangat mencintai mati.Aneh,orang yang cintakan mati panjang umurnya.Manakala orang yang cintakan dunia,pendek pula umurnya.
Apapun,ucapan panjang umur lebih sesuai di ucapkan pada bila-bila masa bukan hanya pada hari sambutan ulangtahun kelahiran kita sahaja.
Jadi.....SELAMAT PANJANG UMUR untuk anda semua!!!!
No comments:
Post a Comment