Alhamdulillah akhirnya hatiku tergerak jua untuk menitip bingkisan kata di ruangan sepi ini.Telah lama aku kaku di hadapan skrin dengan rasa kekosongan.
Entah apa yang aku ingin coretkan....aku buntu.Di awal tahun baru...aku merasakan satu debar dan sepi dihati.Entah aa yang menantiku di hadapan sana..wallahua'lam.
Seperti insan lain,di awal tahun baru...meniti hari baru tentunya hidup ini penuh dengan cita-cita.Tak kurang juga penuh dengan kerinduan pada masa lalu.Bila terbayangkan keindahan masa lalu.....aku sedikit merasa gagah untuk meredah ranjau mendatang.Memandang wajah insan tersayang terutamanya anak-anak,kakiku seakan melangkah penuh girang walau jatuh berkali-kali di awal tahun baru............aku tetap gah berdiri.segala kebencian lalu aku tinggalkan jauh di telan masa.Aku ingin sucikan hati menanam bunga membelai taman jiwaku sendiri yang sekian lama aku abaikan.Meskipun teman-teman melihat aku tersenyum gembira.......namun hatiku seolah bergetar debar menanti sesuatu yang aku sendiri tak pasti.Entah apa yang aku mengarut ni...hehehe...
Bermulanya sesi persekolahan bererti bermulanya rutinku seperti biasa.InsyaAllah akan bermula rutin baru tidak lama lagi.Ah.....tak sabar rasanya nak mula!!.Tapi kebosanan di rumah sebenarnya terubat dengan celoteh angah yang non stop.Siang malam pot pet ada saja ceritanya.Di suruh ke sekolah angah katakan 'tak mahu lagi...tunggulah angah 5 tahun dulu baru angah nak sekolah.Kat rumah pun angah boleh belajar dengan ibu,"katanya.Kadang-kadang rimas dengan celoteh angah yang tak henti-henti tapi sedikit sebanyak aku sebenarnya terhibur dan senang kerana angah memang bijak berbicara.
Kak long pula tak kurang pandainya.Aku bersyukur kerana kak long seorang yang senang belajar dan sudah faham akan tugas-tugas sehariannya.Cuma aku berharap dapat menyediakan persekitaran yang lebih baik untuk kak long.Sebagai seorang ibu tentulah aku mahukan yang terbaik untuk anak-anak.Anak-anak semakin dewasa.....ertinya dah lama aku menjadi seorang ibu.Ianya semakin mematangkan aku dalam membuat penilaian dan cara menangani pertelingkahan kefahaman dalam berkeluarga.itu sesuatu yang amat aku syukuri.
Bermulanya tahun baru ini bererti usia perkahwinan aku telah menjangkau 10 tahun.Diam tak diam.....tapi terasa seolah-olah baru saja ikatan ini terbina.Aku sentiasa usahakan supaya kasih kami semakin hari semakin utuh.Alhamdulillah.......
meskipun tahun lalu merupakan rintangan dan cabaran paling besar dalam perkahwinan ini tapi ia sebenarnya semakin mengeratkan hubungan kasih sayang dari hati ke hati.Meskipun banyak luka dan calar di sana sini tapi dia masih malah semakin menyayangi aku sepenuh hatinya.terima kasih Ya Allah kerana Engkau membuka hatinya dan menaburkan rasa kemaafan dihatinya.Sesungguhnya hanya Engkau yang bisa merubah hati manusia dan seluruh isi alam ini.Dan hanya kepadaMu aku berserah.
No comments:
Post a Comment