Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian.Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan.Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengahari,datang 3 orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya.
Setelah menjawab salam dia berkata,"saya tidak dapat menjemput tuan-tuan masuk ke dalam rumah kerana suami saya tiada.sudikah tuan-tuan duduk di halaman sementara menunggu suami saya pulang?".
Salah seorang daripada mereka berkata,"Tidak mengapa,biar kami menunggu di luar".
Sejurus si suami pulang,mereka bersalaman dan para tetamu itu memperkenalkan diri.
"saya kekayaan" kata lelaki pertama.
"saya kejayaan" kata lelaki kedua.
"dan saya kasih sayang"kata lelaki tua yang akhir.
Si suami menjemput para tetamunya masuk.Namun yang paling tua antara mereka berkata,"Hanya seorang sahaja daripada kami yang boleh masuk".
"Jadi kami terpaksa memilih antara kamu bertiga?"tanya si suami tadi.
"ya" jawab mereka.
"Kalau begitu tunggu kami berunding dahulu",pinta tuan rumah.
"Kita pilih kekayaan",cadang si isteri.
"Semoga rumah kita akan dilimpahi kekayaan.Dengan kekayaan boleh mendapat apa sahaja yang kita dambakan selama ini".
"Tidak",kata si suami."Apakata kita pilih kejayaan.Apabila kita berjaya pasti kita akan dapat harta.Bukan itu saja malah banyak lagi".
"Ayah,ibu.Saya cadangkan kita pilih kasih sayang",Kata si anak.
"Biarlah kita hidup seperti hari ini,hidup sederhana tapi ianya penuh dengan kasih sayang.Saya gembira dan rasa amat bahagia bila ayah dan ibu saling berkasih sayang dan menyayangi saya..."
Kedua suami isteri itu tersentak dengan pandangan si anak yang begitu murni.
"baiklah...kita akan jemput kasih sayang masuk kedalam rumah kita",kata si ayah.
"Tuan-tuan yang dihormati,kami membuat keputusan untuk menjemput pakcik kasih sayang sebagai tetamu.Kami memohon maaf kerana menolak tuan kekayaan dan kejayaan,kerana itu jua yang tuan-tuan minta".
Maka tetamu kasih sayang masuk ke dalam rumah mereka,namun diiringi oleh kedua-dua tetamu yang lain.Tuan rumah terkejut apabila melihat ketiga-tiganya masuk ke dalam rumah.
"Eh,maafkan saya!Mengapa tuan-tuan semua masuk.Bukankah tadi kami hanya memilih kasih sayang?"
"Anakku,jika kau menjemput kasih sayang bererti kau juga menjemput kekayaan dan kejayaan.Sudah menjadi prinsip kami,kami akan pastikan ke mana sahaja kasih sayang pergi kami akan mendampinginya".
Mendengar yang demikian,si suami serta isteri dan anaknya tersenyum gembira.
Pengajaran:Keluarga yang berkasih sayang mempunyai segala kebaikan.Dengan kasih sayang,kejayaan dan kekayaan akan menyusul.Jika bukan kekayaan harta,mereka akan meraih kekayaan jiwa atau lebih daripada itu mereka akan memperoleh kedua-duanya sekali.kaya harta,kaya jiwa...dan kejayaan hidup.wallaua'lam(^_^)
No comments:
Post a Comment