Facebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook Layouts



Make Facebook Glitter Words />

La haulawala quwwata illa billa hil aliyyil azim...Knowing Is Not Enough, We must Apply & finally, Willing Is Not Enough,We Must Do..

Lirik Lagu (13) Resepi (3) si cilik (20) TINTA HATI (37) utama (24)

Followers

Monday, January 31, 2011

doa-doa harian


Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:


Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.


Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir
daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.

Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.
Umpamanya:


a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:

Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)
b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:
...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)
c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:
...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...
(Surah Al-Mukmin ayat 60)
d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:
Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...
(Surah Al-Isra' ayat 52)
e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:
Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...
(Surah Al-Isra' ayat 110)
f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:
Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...
(Surah Yunus ayat 10)

Saturday, January 29, 2011

Tanda-tanda penyakit

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. Batuk
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
cool.gif Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

cool.gif KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
cool.gif AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
cool.gif SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
cool.gif BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah

Portal Maklumat Rawatan Kanser


BOLEHKAH PESAKIT KANSER SEMBUH

BOLEHKAH PESAKIT KANSER SEMBUH?
Artikel dari DR HAMID ARSHAD.COM
http://home.hamidarshat.com/ISPKanser.htm
Reaksi orang terhadap pesakit kanser adalah berbeza. Ada yang terlalu takut kepada penyakit kanser, ada yang biasa sahaja dan ada juga yang tidak kisah terhadap penyakit kanser. Ada sesetengah orang pula mengalami ketakutan atau fobia kanser. Ini merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu sentiasa bimbang dan terganggu fikirannya; mungkinkah dia diserang penyakit kanser apabila timbul sesuatu tanda di badannya! Orang seperti ini sering menemui doktor jika timbul apa-apa masalah walaupun remeh-temeh dan fikirannya sentiasa terganggu oleh sebab ketakutan terhadap penyakit kanser. Walaupun kita mesti berwaspada terhadap kemungkinan penyakit kanser, khususnya mereka dalam golongan berisiko sama ada dari segi umur, terdedah terhadap bahan-bahan yang mungkin karsinogenik seperti tabiat merokok, pendedahan terhadap bahan kimia, pancaran X-ray dan sebagainya, namun kita tidak perlulah sentiasa hidup dalam ketakutan hingga jiwa kita tidak tenteram. Sebaiknya, kita mengambil langkah berjaga-jaga dan terdapat ujian-ujian penapisan seperti X-ray, ujian sel pangkal rahim (pap smear), ujian darah atau sebagainya yang boleh mengesan kanser sebelum ada tanda kita patut mengambil langkah-langkah yang sewajar.
Tanda-Tanda Penyakit Kanser
Di antara tanda-tanda penyakit kanser ialah:
1. Bagi wanita yang mengalami pendarahan selepas persetubuhan, pendarahan haid yang tidak tentu masa, keluar darah haid selepas putus haid, keluar keputihan dari kemaluan, perut kembung, bengkak kaki khususnya jika di sebelah sahaja, susut badan, tidak ada selera makan, bonggol atau ketumbuhan pada buah dada, keluar darah atau susu daripada puting buah dada walaupun tidak menyusukan dan kesakitan pada buah dada.
2. Bagi kanser paru-paru pula, tanda-tandanya ialah batuk yang tidak boleh dikawal dengan ubat biasa, batuk darah dan sesak nafas. Pada bahagian tekak pula, hidung berdarah atau muntah darah.
3. Bagi kanser dalam perut dan tali usus, antara tanda-tandanya ialah muntah darah, berak darah, sakit perut dan muntah-muntah yang tidak boleh dikawal. Bagi kanser pada buah pinggang dan saluran perkencingan, antara tanda-tandanya ialah kencing berdarah, sering hendak kencing dan sukar untuk membuang air kencing.
4. Antara tanda-tanda kanser pada bahagian otak pula ialah sakit kepala, pening kepala yang biasanya tidak boleh diubat dengan ubat penawar sakit biasa. Manakala tanda-tanda bagi kanser tulang dan sendi ialah bengkak tulang atau sendi. Tanda-tanda bagi kanser sistem pendarahan ialah muka pucat, letih-lesu, mudah berdarah jika terkena luka dan sukar hendak tos darahnya serta demam yang tidak dapat dikesan puncanya.
Pengesahan Penyakit Kanser
Pengesahan penyakit kanser biasanya dilakukan secara ujian tisu yang diambil daripada kawasan yang disyaki mengidap kanser (Biopsy) dan seterusnya dikaji di makmal kaji sel (hispatologi). Biasanya, di sinilah sel-sel kanser dapat dipasti dan disahkan. Walaupun demikian, ujian-ujian lain boleh menolong dalam membuat pengesahan kanser seperti ujian Ultrasound, X-ray, skaning MRI, Cat dan lain-lain
Kaedah Rawatan Kanser
Satu perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan rawatan kanser ialah peringkat ketumbuhan kanser tersebut, sama ada ia masih terhad pada satu bahagian tubuh badan ataupun telah merebak ke kawasan persekitaran atau telah merebak jauh melalui saluran darah ke organ-organ penting seperti paru-paru, otak, hati, tulang dan sebagainya. Di peringkat awal, sebelum ketumbuhan kanser dapat merebak, rawatan yang tepat akan memberi hasil yang memuaskan, malah ia mungkin boleh pulih seperti sediakala. Tetapi, apabila kanser telah merebak jauh, kesan rawatan mungkin tidak begitu memuaskan dan pertumbuhan kanser mungkin sukar dikawal.
Satu lagi perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan kanser ialah jenis sel kanser itu dan di bahagian mana kanser itu berlaku. Pelbagai jenis kanser boleh tumbuh dalam badan kita. Jika bentuk sel kanser itu amat luar biasa (anaplastik) maka kemungkinan sel itu membiak dengan cepat dan merebak luas dan ini akan menimbulkan masalah rawatan. Sesetengah sel-sel kanser pula kebal walaupun diberi rawatan dengan ubat-ubat kemoterapi atau dengan rawatan radioterapi. Dalam keadaan begini, hasil rawatan dari pemulihan tidak begitu memuaskan.
Sesetengah penyakit kanser mengeluarkan tanda di peringkat awal lagi, misalnya kanser pangkal rahim di kalangan wanita. Biasanya, sebelum menjadi kanser, sel-sel pada pangkal rahim menjalani beberapa peringkat perubahan, iaitu daripada sel normal kepada sel luar biasa. Kemudian ia menjadi kanser di peringkat awal dan seterusnya kanser membiak Lagipun, kanser pangkal rahim pada wanita boleh dikesan sebelum ia mencapai ke peringkat kanser dengan ujian pap smear. Dengan ini, ia mungkin boleh dicegah daripada menjadi kanser. Dan jika ia telah menjadi kanser, dan dapat dikesan di peringkat awal, ia boleh dirawat sepenuhnya. Tetapi, kanser di dalam perut seperti kanser usus besar, perut, hati ataupun kilang ovari, kadang-kadang menimbulkan tanda yang agak lewat dan apabila tanda-tanda itu timbul, keadaannya telah tenat dan sel-sel kanser telah merebak. Dalam keadaan demikian, rawatan secara pembedahan dan rawatan dengan kaedah yang lain mungkin tidak akan memberi kesan pemulihan yang seratus-peratus baik
Konsep Pembinasaan Sel Kanser Secara Spontan
Pernah kita mendengar cerita orang yang telah disahkan menghidap kanser dan setelah dirawat doktor itu mengatakan keadaan kansernya amat berat dan dia diberi tempoh hidup selama enam bulan atau setahun. Kemudian selepas tempoh tersebut, pesakit itu masih hidup lagi, malah dia lebih sihat daripada sebelum terkena kanser. Ini adalah di antara cerita-cerita yang kita pernah dengar. Pesakit-pesakit yang telah hampa dengan rawatan moden telah pergi berjumpa dengan perawat-perawat tradisional yang memberi bermacam-macam cara rawatan, mungkin secara jampi, atau secara rawatan tradisional seperti jamu, akar kayu, ubat sinseh dan sebagainya. Kita juga telah mendengar kisah seorang pengidap kanser, iaitu Jason Winters yang pernah menghidap penyakit kanser dan telah tempoh hidup enam bulan tetapi dia terus hidup dengan menggunakan ubat-ubatan tradisional daripada berbagai-bagai ramuan akar kayu dan beliau telah mengolah satu ramuan yang dinamakan “Teh Jason Winters” yang beliau percaya boleh mengubati pelbagai penyakit kanser.
Dalam keadaan cemas dan genting seperti ini, manusia akan menggunakan bermacam-macam cara dan kaedah untuk mengatasi masalah dan apabila rakan, teman atau saudara memberi cadangan tentang rawatan yang berkesan, mereka akan terus mencubanya. Walaupun kadang-kala kita tidak mengetahui logik atau asas saintifiknya, memang tidak boleh disangkal, bahawa ramuan-ramuan dalam akar kayu atau ubat-ubatan tradisional mungkin mempunyai kesan yang boleh membinasakan sel-sel kanser. Setakat ini belum banyak kajian yang telah dilakukan ke atas ramuan ubat-ubatan tradisional dan ubat akar kayu ke atas pelbagai jenis penyakit termasuk juga kanser.
Pakar-pakar perubatan memang mengakui, bahawa sel-sel kanser pun boleh binasa dengan sendirinya, iaitu dalam proses yang dinamakan regresi spontan. Ini semua adalah dalam penguasaan Allah dan sebagai manusia kita hanya berdoa dan mengharapkan agar penyakit yang dihidapi sembuh
Prinsip-Prinsip Rawatan Bagi Penyakit Kanser
Beberapa kaedah moden telah digunakan untuk merawat penyakit kanser. Antaranya ialah:
1. Pembedahan
2. Ubat kemoterapi
3. Radioterapi
Pembedahan
Kadang-kala kanser hanya perlu dibedah sahaja tanpa rawatan yang lain. Tetapi ada kalanya, kita melakukan pembedahan ke atas ketumbuhan kanser kemudian diikuti dengan rawatan secara kemoterapi atau radioterapi. Ada sesetengah kanser pula boleh dirawat secara radioterapi sahaja seperti kanser pangkal rahim ataupun kanser tekak jika kanser tersebut masih di peringkat awal lagi.
Pembedahan bagi kanser adalah dianggap sebagai satu pembedahan yang besar dan kadang-kala melibatkan pembuangan anggota terpenting. Contohnya, jika kanser itu melibatkan pangkal rahim maka keseluruhan rahim akan dibuang. Bagi kanser buah dada pula keseluruhan buah dada perlu dibuang termasuk sistem kelenjar di sekelilingnya. Jika kanser melibatkan tulang kaki, mungkin kaki tersebut perlu dipotong, dan jika melibatkan paru-paru kemungkinan satu paru-paru perlu dibuang. Begitulah keadaannya jika ia melibatkan lain-lain bahagian dalam badan. Biasanya, pembedahan untuk penyakit kanser memerlukan kepakaran pembedah yang mahir, dan pembedahan biasanya disertai dengan pendarahan. Oleh itu, bekalan darah mestilah cukup.
Waktu pemulihan selepas pembedahan mungkin lama jika ia melibatkan pembuangan anggota penting dalam tubuh. Kadang-kala ia melibatkan pembedahan untuk membaik-pulih atau reconstructive surgery. Misalnya, pembedahan pada muka yang disebabkan oleh kanser pada tulang dagu.
Semua bahagian tubuh yang telah dibedah perlu dihantar ke makmal kaji sel untuk dikaji setakat mana dan apa jenis kanser yang telah dihidapi pesakit. Jika sel-sel kanser telah merebak melalui saluran darah ataupun saluran kelenjar ke bahagian tubuh yang lain, maka pembedahan tidak dapat mengatasi masalah secara keseluruhan. Kaedah rawatan lain perlu diberikan seperti kemoterapi atau radioterapi. Sekarang ini, para pakar penyelidik penyakit kanser telah cuba berbagai-bagai teknik untuk mengesan sejauh manakah sel-sel kanser telah merebak ke organ-organ terpenting dalam tubuh seperti otak, paru-paru, hati, tulang dan sebagainya. Dengan ini, rawatan lanjutan dapat diberikan dengan sewajarnya
Kemoterapi
Sesetengah penyakit kanser seperti kanser darah (leukimia), dan kanser rahim yang dinamakan choricarcinoma biasanya tidak memerlukan rawatan secara pembedahan, tetapi ia boleh dirawat dengan ubat-ubatan atau kemoterapi. Kegunaan ubat-ubat kemoterapi sebagai perawat kanser utama, hanya terhad kepada beberapa jenis kanser sahaja dan sesetengahnya telah saya nyatakan di atas. Tetapi, ubat-ubat kemoterapi sering digunakan sebagai cara rawatan lanjutan selepas seseorang itu dibedah akibat daripada kanser yang dihidapi dan setelah dipastikan kanser itu telah merebak ke tubuh yang lain.
Terdapat banyak jenis ubat-ubat kemoterapi yang biasanya diberikan secara suntikan atau secara ubat tablet. Di negara kita ini, Institut Barah Kuala Lumpur banyak memberikan rawatan ke atas penyakit kanser. Rawatan ini memerlukan pengawasan yang rapi kerana ubat-ubat kemoterapi ini bukan sahaja membinasakan sel-sel kanser, tetapi ia juga boleh merosakkan sel-sel normal.
Kesan sampingan ini boleh menimbulkan beberapa masalah kepada seseorang yang sedang mendapat rawatan kemoterapi, misalnya ia boleh menindas pertumbuhan sel-sel darah menyebabkan penghidap mengalami kekurangan dan juga sel-sel darah putih untuk melawan penyakit, menyebabkan pesakit mudah diserang penyakit, khususnya kuman. Kadang-kala, pesakit mengalami masalah rambut gugur ketika menjalani rawatan kemoterapi, bibir mungkin pecah terkena ulser. Inilah di antara beberapa kesan sampingan, tetapi dengan pengawasan dan rawatan daripada doktor yang mahir dalam bidang ini, masalah ini, Insya-Allah akan dapat dikawal. Rawatan dengan kemoterapi kadang-kala perlu diulang setelah satu atau dua bulan kemudian, dan khususnya jika doktor yang merawat itu mendapati ada tanda-tanda bahawa penyakit kanser itu masih aktif lagi
Rawatan Dengan Radioterapi
Ini adalah satu kaedah rawatan yang penting bagi penyakit kanser. Pelbagai jenis radiasi telah digunakan dan kaedah rawatan ini boleh didapati daripada Institut Barah di Hospital Besar Kuala Lumpur untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit kanser. Pesakit perlu dimasukkan ke hospital dan rawatan boleh dilakukan secara pancaran dari luar ataupun pancaran daripada logam radium yang dimasukkan ke dalam bahagian tubuh badan. Misalnya, dalam kes kanser pangkal rahim, rawatan secara radiasi adalah pilihan utama. Dalam kaedah rawatan ini, logam radium radioaktif dimasukkan ke dalam rahim untuk beberapa hari dengan tujuan supaya logam ini akan mengeluarkan bahang radiasi dan membinasakan sel-sel kanser. Di samping ia membinasakan sel-sel kanser, bahang radiasi juga boleh membinasakan sel-sel yang normal. Misalnya, dalam rawatan kanser pangkal rahim, sel-sel normal (kilang telur atau ovari) boleh juga musnah dan ini menyebabkan kehabisan hormon estrogen bagi wanita tersebut selepas rawatan. Kesan kehabisan hormon estrogen pada wanita ialah seperti kaedah putus haid.
Di antara kesan sampingan yang mungkin timbul akibat daripada rawatan radioterapi ialah kesan bakar pada kulit yang mungkin berwarna kehitaman sedikit. Tetapi dengan teknik rawatan baru, kesan sampingannya dapat dikurangkan. Kadang-kala, organ-organ lain di sekeliling ketumbuhan kanser boleh terganggu akibat daripada pancaran X-ray, misalnya seseorang pesakit yang sedang mendapat rawatan radioterapi bagi kanser pangkal rahim. Kadangkala pundi-pundi air kencing dan saluran najis akan mengalami kerosakan sedikit menyebabkan gangguan sementara dalam fungsi organ tersebut
Perubatan alternatif
Terdapat terlalu banyak keadah-kaedah perubatan alternatif atau pilihan lain, samaada di pasaran tempatan atau luar negara untuk mengubati penyakit kanser. Pada asasnya saya bersetuju dengan kegunaan ubatan alternatif tetapi dengan syarat pesakit-pesakit perlu menjalani rawatan perubatan moden dahulu. Perubatan alternatif digunakan sebagai rawatan tambahan atau sokongan khususnya dalam kes-kes di mana rawatan moden kurang berkesan.
Dalam internet terdapat banyak laman-laman berkenaan perubatan alternatif. Baca dan nilailah dengan teliti sebelum membuat apa-apa keputusan untuk mendapatkan rawatan alternatif. Ada kalanya rawatan-rawatan tersebut berkesan dan ada kalanya tidak. Kita berusaha dan bertawakkal kepada Allah swt.
Rumusan
Walaupun ada hadis-hadis Nabi yang bermaksud,
“bahawa setiap penyakit ada ubatnya”,
masih banyak lagi kaedah rawatan yang belum kita ketahui. Apa yang kita ketahui hanya sedikit sahaja, Allah yang Maha Mengetahui. Walaupun demikian, kita sebagai pesakit perlulah berusaha mencari di mana sahaja kita ketahui ada kaedah rawatan yang berkesan, khususnya rawatan yang berasaskan sains perubatan moden. Di samping itu, kita juga berdoa pada Allah S.W.T dengan insaf atas musibah yang menimpa diri kita. Kita patut banyak bersabar dan banyak bertasbih. Mungkin ini satu cubaan untuk menguji kesabaran kita, mungkin juga satu balasan bagi kesalahan yang telah kita lakukan di masa lepas. Yang pentingnya ialah kita percaya, bahawa penyakit kanser adalah satu perkara yang diturunkan oleh Tuhan. Tentulah ada sebabnya, hanya kita sahaja tidak mengetahui apa puncanya. Perbanyakanlah berzikir dan bertafakur sambil memuji kebesaran Allah. Dengan bersabar menanggung kesakitan, kita akan mendapat pahala. Rawatan yang berlebihan boleh mempercepatkan maut. Saya sendiri pernah melihat pengidap kanser diberi rawatan secara pembedahan diikuti dengan rawatan kemoterapi serta radioterapi atas keghairahan saudara-mara atau doktor yang merawat. Perbuatan ini boleh memberi kesan yang tidak begitu baik kerana seperti yang saya nyatakan di atas, bahawa kaedah-kaedah rawatan seperti kemoterapi dan radioterapi boleh juga merosakkan sel-sel yang normal dan seterusnya mengganggu dan menjejaskan fungsi-fungsi organ tubuh badan yang lain. Rawatan yang berlebihan (overdose) boleh mempercepatkan maut seseorang penghidap kanser.
Satu perkara yang amat penting dalam rawatan penyakit kanser ialah pengesanan diperingkat awal. Oleh itu, kita perlu sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengesan penyakit tersebut di peringkat awal supaya apa juakaedah rawatan yang diberikan boleh membaikpulih pesakit.
http://home.hamidarshat.com/ISPKanser.htm

MENCEGAH PENYAKIT KANSER ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA
http://www.gojiking.co.uk/shop/images/apricot_kernels.jpg
Kernels aprikot merupakan kumpulan nut dan seed ( kekacang dan bijirin ). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan hasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Apricot Organik . Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (kanser).

Friday, January 28, 2011

Bila kita cintakan seseorang...


Cinta layaknya seperti rama-rama,
semakin kamu mengejarnya
semakin ia terbang meninggalkan kalian,
biarkn rama-rama mu terbang kemana saja ia suka,
siapa tahu bila ia lelah dan tidak sedar akan kehadiranmu,
ia bakal mengibaskan sayapnya ke arahmu,
menumpang teduh dari panas hujan badai duniawi,
dalam keadaan yg tidak kamu sangka,
mungkin saja rama-rama yang kau kejar waktu itu
bukan rama-rama yang ALLAH peruntukkan buatmu.......


"Bila kita jatuh cinta pada seseorang..
jgn menyeksa diri dgn menganggap bahawa cinta kita tidak diterima..

Cinta itu tidak pernah ditolak kerana setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai..

Wujudkan cinta itu dgn memberikan sesuatu, bukan mengharapkan sesuatu sebab apa yg diberikan.. kerana cinta selalu dtg pada kita di saat itu juga..

Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna daripada kebahagiaan menerima.. Tapi..

lain bila kita menginginkan sesuatu yg kita cintai..Keinginan itulah memberikan pahit² yg menghiris dada..

Jgn menyiksa diri dgn menginginkan sesuatu..
Jgn siakan cinta dgn beban yg berat mengharap mampu dipikul bahu..

Keinginan memiliki mungkin x kesampaian..

Tapi..

Percayalah pd diri..

selalunya cinta yg kita berikan..
Tidakkan pernah bertepuk sebelah tangan....."



Yakinlah...dan haraplah kepada Allah.Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hambanya melainkan kita yang menzalimi diri sendiri.

Kitalah yang memacu hati..jangan sampai hati memacu minda.Jodoh ajal pertemuan telah dijanjikan Allah sejak azali lagi.Berdoa semoga dikurniakan insan terbaik untuk diri kita.


Thursday, January 27, 2011

Puding Gula Hangus


GULA HANGUS :

1 cawan gula pasir
sedikit air (jika perlu)

HIASAN :
1 tin koktel
PUDING :

1 tin susu cair
½ cawan gula pasir
4 biji telur
2 sudu besar tepung kastad
sedikit esen vanilla
Cara:
Untuk membuat gula hangus, gula dimasak hingga keperangan,jika perlu masukkan sedikit air. Tuang kedalam bekas.

Sementara itu sediakan pengukus.

Pukul telur dengan gula hingga kembang dan masukan susu cair, tepung kastad dan esen vanilla.
Pukul lagi dan tuangkan kedalam bekas gula hangus dan kukus.

kukus selama 30 minit.
Cadangan Hidangan:
Sejukkan didalam peti ais dan hidang bersama koktel.

Monday, January 24, 2011

Detik sukar kembali...

Lumrahnya dalam alam rumahtangga dan kehidupan....detik sukar datang tanpa pernah kita duga.Kerana itu kita mesti harus bersedia dari segi mental mahupun fizikal.
Kini kehidupan kembali bergolak.....malaysia ni kaya raya sepatutnya...tp atas sebab memiliki kerajaan yang rakus dan zalim,rakyat menjadi mangsa.Sesuai la dengan slogan kerajaan 'rakyat di dahulukan'.Adoi...........yang terhimpitnya termasuklah aku sekeluarga.Dengan kenaikan harga barang mentah n petrol bebannya sangat dirasai.Berhempas pulas kini menambah pendapatan keluarga dengan modal untuk memulakan bisnes lagi.....yuran kak long lagi...hutang lagi.Wah...buntu camni.
Ternyata bukan aku saja yang merungut tapi hampir semua orang merasai tekanannya.Hati aku mula rasa risau.Kedai makan area kampung aku dah banyak yang tutup.Mampukah aku nanti?Ya Allah.....bantulah hambaMu ini.Tunjukkanlah jalan yang terbaik untuk kami sekeluarga.
Membuka restoran sendiri memang impian aku selama ini.Tapi kadang-kadang aku terfikir,bimbang dengan penilaian aku...mampukah aku membahagikan masa untuk duniaku,untuk akhiratku...untuk anak-anak.Bimbang andainya kepenatan lantas terabai semua tanggungjawab.Tapi aku harus memecahkan tembok kebuntuan kewangan kami.Aku harus memajukan hidup melawan dunia yang serba mementingkan wangringgit.Ya Allah...hanya Kamu yang kami sembah dan padaMu lah tempat meminta pertolongan...

Kita hampir kesitu......

Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu ku punya
Harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkah ku miliki

Sudah jauh kita temu
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmah yg akan menunggu di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya cuba


Jika halangan menduga
Perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Kerna ku ada di sisi
Setia menemani
Andai semangat mu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegah
Tetapi apakan andainya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan tapi
Kau atau aku
Tandaku punya kamu
Apa telah akhirnya
Tetap bersama

Thursday, January 20, 2011

3 Tetamu misteri......

Seorang isteri tinggal di rumahnya bersendirian.Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan.Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengahari,datang 3 orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya.
Setelah menjawab salam dia berkata,"saya tidak dapat menjemput tuan-tuan masuk ke dalam rumah kerana suami saya tiada.sudikah tuan-tuan duduk di halaman sementara menunggu suami saya pulang?".
Salah seorang daripada mereka berkata,"Tidak mengapa,biar kami menunggu di luar".
Sejurus si suami pulang,mereka bersalaman dan para tetamu itu memperkenalkan diri.
"saya kekayaan" kata lelaki pertama.
"saya kejayaan" kata lelaki kedua.
"dan saya kasih sayang"kata lelaki tua yang akhir.

Si suami menjemput para tetamunya masuk.Namun yang paling tua antara mereka berkata,"Hanya seorang sahaja daripada kami yang boleh masuk".

"Jadi kami terpaksa memilih antara kamu bertiga?"tanya si suami tadi.
"ya" jawab mereka.
"Kalau begitu tunggu kami berunding dahulu",pinta tuan rumah.

"Kita pilih kekayaan",cadang si isteri.
"Semoga rumah kita akan dilimpahi kekayaan.Dengan kekayaan boleh mendapat apa sahaja yang kita dambakan selama ini".

"Tidak",kata si suami."Apakata kita pilih kejayaan.Apabila kita berjaya pasti kita akan dapat harta.Bukan itu saja malah banyak lagi".

"Ayah,ibu.Saya cadangkan kita pilih kasih sayang",Kata si anak.
"Biarlah kita hidup seperti hari ini,hidup sederhana tapi ianya penuh dengan kasih sayang.Saya gembira dan rasa amat bahagia bila ayah dan ibu saling berkasih sayang dan menyayangi saya..."

Kedua suami isteri itu tersentak dengan pandangan si anak yang begitu murni.
"baiklah...kita akan jemput kasih sayang masuk kedalam rumah kita",kata si ayah.

"Tuan-tuan yang dihormati,kami membuat keputusan untuk menjemput pakcik kasih sayang sebagai tetamu.Kami memohon maaf kerana menolak tuan kekayaan dan kejayaan,kerana itu jua yang tuan-tuan minta".

Maka tetamu kasih sayang masuk ke dalam rumah mereka,namun diiringi oleh kedua-dua tetamu yang lain.Tuan rumah terkejut apabila melihat ketiga-tiganya masuk ke dalam rumah.

"Eh,maafkan saya!Mengapa tuan-tuan semua masuk.Bukankah tadi kami hanya memilih kasih sayang?"

"Anakku,jika kau menjemput kasih sayang bererti kau juga menjemput kekayaan dan kejayaan.Sudah menjadi prinsip kami,kami akan pastikan ke mana sahaja kasih sayang pergi kami akan mendampinginya".

Mendengar yang demikian,si suami serta isteri dan anaknya tersenyum gembira.

Pengajaran:Keluarga yang berkasih sayang mempunyai segala kebaikan.Dengan kasih sayang,kejayaan dan kekayaan akan menyusul.Jika bukan kekayaan harta,mereka akan meraih kekayaan jiwa atau lebih daripada itu mereka akan memperoleh kedua-duanya sekali.kaya harta,kaya jiwa...dan kejayaan hidup.wallaua'lam(^_^)

Wednesday, January 19, 2011

rahsia awet muda

JUS PUCUK PEGAGA
Dipetik dari majalah Wawasan Pertanian Bil. 16/2002

200 gm pucuk pegaga
100 ml gula batu yang dicairkan
50 gm gula pasir
2 sudu teh susu cair
Ais secukupnya

Caranya: Pucuk pegaga dikisar sehingga halus dan ditapis kemudian diambil airnya. Campurkan dengan gula batu, air gula pasir dan susu cair. Kacau hingga sebati dan hidangkan dengan ketulan ais.

JUS PEGAGA
Dipetik dari majalah Wawasan Pertanian Bil. 16/2002

1 genggam pegaga
1 gelas air besih

Caranya: Satu genggam pegaga dicuci bersih bersama batang dan akarnya. Kemudian masukkan satu gelas air bersih (seperti air suam, air "reverse osmosis" atau air distril) bersama pegaga dalam pengisar dan dikisar sehingga hancur. Jus diminum tana ditapis.

Tuesday, January 18, 2011

Selamat panjang umur!!

Setiap kali menyambut ulangtahun kelahiran,ucapan sewajarnya bukanlah 'selamat panjang umur' tetapi 'selamat pendek umur'.Hal ini kerana tempoh mati seseorang telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi.Ertinya semakin hari semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu maka semakin hari semakin pendek umur kita.Hari ini setapak lagi kita menghampiri tarikh kematian kita.
Namun kematian bukanlah pengakhiran.Mati adalah satu permulaan kepada hidup yang kekal abadi yakni hidup di alam akhirat.Hidup di sini(dunia) adalah mengusahakan tanaman untuk tuaian bagi hidup di akhirat.Itulah tujuan hidup yang fana ini demi kelangsungan hidup yang baqa' itu.
Mati untuk hidup?Banar...kerana kematian di dunia ini hakikatnya untuk hidup yang kekal abadi di akhirat nanti.Jika demikian,apa ada pada umur?umur adalah ukuran pada putaran bulan dan matahari yang dilakarkan oleh jarum jam,minit,saat sebuah arlogi.umur itu relatif sifatnya.Apa yang penting panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti tapi kualitinya.

Imam al-Nawawi,pendek umurnya tetapi panjang ilmu dan asadi jasanya.imam as-Syaf'i,Imam al-Ghazali .......impak perjuangannya melangkaui dekad dan abad.Begitu juga Umar Ibn Aziz memerintah hanya lebih kurang 2 tahun sahaja tetapi keunggulannya mengatasi khalifah Umayyah yang memerintah lebih lama daripadanya,sama ada yang sebelum atau selepasnya.

Oleh sebab itu kaedah memanjangkan umur adalah dengan memanjangkan amal,ilmu dan jasa. Harta misalnya,boleh memanjangkan umur jika disedekahkan atau diwakafkan.Maka jadilah harta itu amal jariah.Pahalanya berterusan.Akhlak juga boleh memanjangkan umur yakni dengan menyambung tali silaturrahim.

Rahsia kejayaan orang yang panjang umur itu ialah kesedaran mereka tentang tujuan hidup. Mereka ialah peribadi yang sentiasa sedar akan tujuan segala sesuatu...tujuan hidup dan tujuan mati.Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan.Dan impaknya,dunia sentiasa menyediakan jalan kepada orang yang punya tujuan.Mereka sentiasa kreatif dan innovatif dalam menambah amal kebaikan.Salah satu kaedah memanjangkan umur juga adalah mati syahid.
Para sahabat Rasullullah panjang umur(dalam kebaikan dan pahala berterusan)kerana mereka sangat mencintai mati.Aneh,orang yang cintakan mati panjang umurnya.Manakala orang yang cintakan dunia,pendek pula umurnya.

Apapun,ucapan panjang umur lebih sesuai di ucapkan pada bila-bila masa bukan hanya pada hari sambutan ulangtahun kelahiran kita sahaja.
Jadi.....SELAMAT PANJANG UMUR untuk anda semua!!!!

Opick - Tiada Duka Yang Abadi




Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang

Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

kepak ayam panggang


Bahan-bahan ( 50 kepak ayam)

BAHAN PERAP

10 sudu besar kunyit

10 sudu besar garam

10 ketul kiub ayam maggi (hancurkan)

10 sudu besar jintan manis

1 botol sos cili thai

1 cawan gula pasir

1 cawan gula merah

1 botol sos tiram

1 botol kecil kicap manis

1 sudu besar MSG

1 cawan canola oil

BAHAN PENCICAH

1 botol sos cili thai

5 sudu besar gula pasir

5 sudu besar gula merah

1 inci halia

4 ulas bawang putih

5 sudu besar cuka

1 cawan air

1 sudu teh garam

50 kepak ayam

Cara-cara

Kisarkan kesemua bahan perap hingga lumat.Gaulkan bersama kepak ayam yang telah dibersihkan.Perap sekurang-kurangnya 2 jam.Semasa memerap hendaklah sentiasa menbalik-balikkan kepak tersebut.

Sediakan tempat memanggang.Panggang kepak ini hingga masak.

Kisarkan kesemua bahan pencicah hingga lumat.Masak di atas api kecil hingga pekat.Angkat dan hidangkan bersama kepak ayam yang telah siap dipanggang.

tolong ingatkan aku.......

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

sana sini

Hari ini.........aku di sini.....
Masih menyemai benih-benih cinta
menganyam rindu agar dapat ku bentangkan di taman kampung halaman ini
mencantas kejahilan diri
menghampar permaidani dengan lebar senyuman paling indah
Kuwarnai dengan keceriaan
kelak....kesempatan yang tersisa
aku tidak lagi kesal dan sesal

Hari ini......dia di sana.....
Ku doa dengan harapan bahagia
selalu tersenyum padaku seikhlasnya
memimpin aku berdiri tanpa jemu
membimbing jalanku supaya berani
berkat kesabarannya.......

Hari esok.....aku tidak di sini lagi...

Awal tahun baru...

Alhamdulillah akhirnya hatiku tergerak jua untuk menitip bingkisan kata di ruangan sepi ini.Telah lama aku kaku di hadapan skrin dengan rasa kekosongan.
Entah apa yang aku ingin coretkan....aku buntu.Di awal tahun baru...aku merasakan satu debar dan sepi dihati.Entah aa yang menantiku di hadapan sana..wallahua'lam.

Seperti insan lain,di awal tahun baru...meniti hari baru tentunya hidup ini penuh dengan cita-cita.Tak kurang juga penuh dengan kerinduan pada masa lalu.Bila terbayangkan keindahan masa lalu.....aku sedikit merasa gagah untuk meredah ranjau mendatang.Memandang wajah insan tersayang terutamanya anak-anak,kakiku seakan melangkah penuh girang walau jatuh berkali-kali di awal tahun baru............aku tetap gah berdiri.segala kebencian lalu aku tinggalkan jauh di telan masa.Aku ingin sucikan hati menanam bunga membelai taman jiwaku sendiri yang sekian lama aku abaikan.Meskipun teman-teman melihat aku tersenyum gembira.......namun hatiku seolah bergetar debar menanti sesuatu yang aku sendiri tak pasti.Entah apa yang aku mengarut ni...hehehe...

Bermulanya sesi persekolahan bererti bermulanya rutinku seperti biasa.InsyaAllah akan bermula rutin baru tidak lama lagi.Ah.....tak sabar rasanya nak mula!!.Tapi kebosanan di rumah sebenarnya terubat dengan celoteh angah yang non stop.Siang malam pot pet ada saja ceritanya.Di suruh ke sekolah angah katakan 'tak mahu lagi...tunggulah angah 5 tahun dulu baru angah nak sekolah.Kat rumah pun angah boleh belajar dengan ibu,"katanya.Kadang-kadang rimas dengan celoteh angah yang tak henti-henti tapi sedikit sebanyak aku sebenarnya terhibur dan senang kerana angah memang bijak berbicara.

Kak long pula tak kurang pandainya.Aku bersyukur kerana kak long seorang yang senang belajar dan sudah faham akan tugas-tugas sehariannya.Cuma aku berharap dapat menyediakan persekitaran yang lebih baik untuk kak long.Sebagai seorang ibu tentulah aku mahukan yang terbaik untuk anak-anak.Anak-anak semakin dewasa.....ertinya dah lama aku menjadi seorang ibu.Ianya semakin mematangkan aku dalam membuat penilaian dan cara menangani pertelingkahan kefahaman dalam berkeluarga.itu sesuatu yang amat aku syukuri.

Bermulanya tahun baru ini bererti usia perkahwinan aku telah menjangkau 10 tahun.Diam tak diam.....tapi terasa seolah-olah baru saja ikatan ini terbina.Aku sentiasa usahakan supaya kasih kami semakin hari semakin utuh.Alhamdulillah.......
meskipun tahun lalu merupakan rintangan dan cabaran paling besar dalam perkahwinan ini tapi ia sebenarnya semakin mengeratkan hubungan kasih sayang dari hati ke hati.Meskipun banyak luka dan calar di sana sini tapi dia masih malah semakin menyayangi aku sepenuh hatinya.terima kasih Ya Allah kerana Engkau membuka hatinya dan menaburkan rasa kemaafan dihatinya.Sesungguhnya hanya Engkau yang bisa merubah hati manusia dan seluruh isi alam ini.Dan hanya kepadaMu aku berserah.
Daisypath Anniversary tickers

.

Thank You
Egic’98