Facebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook Layouts



Make Facebook Glitter Words />

La haulawala quwwata illa billa hil aliyyil azim...Knowing Is Not Enough, We must Apply & finally, Willing Is Not Enough,We Must Do..

Lirik Lagu (13) Resepi (3) si cilik (20) TINTA HATI (37) utama (24)

Followers

Sunday, April 24, 2011

Berseronok!


Hari ini sempat keluar berfoya-foya bersama keluarga tercinta.Seawal 10 pagi keluar makan roti canai pisang kegemaran aku kat kedai abg Fauzi kemudian ke pengkalan TLDM yang menganjurkan pertandingan memancing.Hajat hati sambil tengok orang memancing dapatlah juga bawak anak-anak tengok kapal perang.Lagipun seumur hidup tak pernah lagi aku masuk pengkalan TLDM ni.Dalam cuaca yang teramatlah teriknya berlatarbelakangkan lautan yang jernih dan cantik,kami meronda-ronda sekitar kawasan sambil memerhati 


 kot-kot lah ada orang dapat pancing ikan besar.Sebenarnya lebih mengambil kesempatan meninjau kawasan sekeliling almaklumlah bukan mudah nak dapat masuk pagar TLDM.Dapat masuk pun kalau ada hari terbuka TLDM atau pertandingan memancing sebegini saje.Puas tengok orang memancing tapi tak dapat ikan,kami tinjau kapal pula.Saja nak tunjuk kapal perang kat anak-anak secara lebih dekat dan bergambar kenangan.Sedang tengok-tengok,tiba-tiba ada seorang  lelaki berpakaian seragam  
menghampiri kami.Nah!Memang tak sia-sia datang hari ni...hajat nak tengok-tengok kapal aje tapi tak sangka dipelawa naik kapal!
Wah...memang happy la.Di bawa melawat khas dan tawaran istimewa untuk kami saja!!.Kapal perang paling besar dan canggih.Khabarnya pula kapal ni baru saja balik berlayar dari Filiphina.
Sangat teruja dan special bilamana boleh tinjau semua tempat dalam kapal,bermula dari bilik kawalan,sehinggalah ke bahagian dek kapal malah 

 turut berpeluang duduk dalam tempat menembak dan merasai suasana mengemudi kapal.Tambah istimewa tatkala pengawai penerangan kapal itu sendiri En.Rashidi memberikan penerangan secara terperinci mengenai sistem dan segala macam berkenaan kapal dibantu oleh technician bahagian enjin kapal iaitu En.Sharip.Sorrylah pasal dah lupa apa pangkatnya.

Memang hari ini adalah merupakan dalam senarai yang cukup menarik untuk tahun ini.
Nejad pun teruja sangat bila kapal beroleng di lambung gelombang.Sebelum berpisah sempat bergambar kenangan bersama mereka yang peramah dan memberikan penerangan yang cukup baik dan bermakna.


Sewaktu menuruni tangga,terasa berat hati sebab belum puas membuat tinjauan.
Akan tetapi kata En.Sharip,dia akan menunggu kedatangan kami pada hari terbuka TLDM pada 30april dan 1mei nanti.
Surelah kami datang lagi!!!
InsyaAllah....

 Keluar dari bilik kawalan,sempat jugak aku pose kat pintu kedap udara bilik kawalan ni.
















Ini pula picca sewaktu medengar penjelasan mengenai sistem peluru dan meriam dari En.Rashidi.
 Angah malu-malu nak bergambar dekat muncung meriam kapal.











Ini kerusi kapten kapal!
Ai ai kapten!!














Action!!













Haaa...                                                 
kalau nak tahu inilah stereng kapal ni.ciput je kan??






Ini tempat kawalan meriam.
















Selesai membuat lawatan tak rasmi di TLDM dalam cuaca yang panas terik,kami singgah di pantai Batu Hitam bagi membasahkan tekak.
Selepas itu terus ke Taman Teruntum menunaikan hajat anak-anak nak main taman dan melawat zoo.Anak-anak main taman,ibu dan abahnya melepak melepaskan penat dalam kelongsong batu!!

Selesai satu hari yang memenatkan tapi puas hati.Alhamdulillah....

Wednesday, April 20, 2011

Sangat penat!

Alhamdulillah...rezeki,itulah ucapan yg terbaik dapat aku gambarkan betapa sibuknya aku hari ini.Sehari suntuk di kedai tanpa henti...Allah saja tahu betapa penatnya.Badan,kepala dan kaki semuanya sakit.
Adik aku lagilah penatnya,seawal 8 pagi  sehinggalah membawa ke jam 2 pagi,dahlah pregnant.
Seawal pagi membuat persiapan,syukur semuanya berjalan dengan lancar...Alhamdulillah.Hampir-hampir pitam tapi syukur masih sihat dan masih dapat mencoret peristiwa hari ini....di sini.
Hari ini bersusun kereta depan kedai dan tepi jalan,semuanya gara-gara Hi-Tea di Lemonade dan ceramah sempena kedatangan Bob Lokman.Alhamdulillah sambutan amatlah menggalakkan dan kami semua tak menang tangan di buatnya!.Sempat juga bergambar bersama abg Bob dan huby pula tak ketinggalan ambil autograf abg Bob Lokman siap minta tuliskan 'utk Isabellaku' khas untuk aku!Sukenye...Maklumlah Bob Lokman kan penulis lirik lagu Isabella nyanyian Amy Search.
(❤◕‿◕❤)Hari ini adalah hari yang menggembirakan dan juga menyedihkan bagi aku.
Yang gembiranya,semuanya berjalan dengan lancar dan kami dapat melakukannya dengan baik atas kerjasama semua pihak terlibat.Sambutan di kedai juga amatlah menggalakkan.
Yang menyedihkan pula,hari ini anak-anak sedikit terabai.Tak sempat nak bermanja-manja dengan angah atau nak mengajar kak long mengaji dan membuat kerja sekolah.Anak-anak pun tak dapat santai-santai kat kedai tadi kerana penuh sesak dengan orang.Kesian anak-anak.
Selesai kerja,balik saja ke rumah...anak-anak dan huby dah pun tido.(-_-).Sedih sangat...
Apa yang dapat aku buat ialah cium pipi huby dan anak-anak dan say gudnite walaupun tahu kesemuanya telahpun lena di buai mimpi.
Hmm....mengantuknya rasa tapi tak dapat aku pejamkan mata kerana badan penat sangat-sangat dan kepala pun berpinar-pinar.Lagipun terpaksa mengemas rumah yang bersepah-sepah ni dulu sebelum tidur sebab esok pagi-pagi lagi sahabat-sahabat nak datang meeting kat rumah.Walaupun rasa nak cancel jek meeting tapi aku tahu susah-payah demi kerja-kerja Islam ini akan di bayar di akhirat nanti,insyaAllah.
Oklah...kalau nak bercerita tak habis-habis rasanya.Oleh kerana masih banyak kerja yang menunggu,i think better stop here dulu....salam tata!!(^^,)

Sunday, April 17, 2011

Surat cinta..

Segala puji bagi Allah, Tuhan kami seluruh kaum muslimin, menjadikan siang dan malam sebagai suatu tanda kebesaranNya, menjadikan sang matahari yang sentiasa merindui sang bulan, tanpa kedua2nya, dunia ini tidak sempurna, manusia tidak mampu hidup lama. Salawat dan salam buat promoter Islam terhebat, 'Muhammad Bin Abdullah', keberadaannya di dunia ini, memupuk perasaan cinta dan sayang sesama manusia dalam menuju redhaNya.

Alhamdulillah dalam keadaan yang penuh dengan ujian dan cobaan ini, dengan anak2, test dan bermacam cobaan2 lain, akhirnya terlintas di pemikiran separa sedar ini tentang suatu yang seharusnya menjadi pegangan, perhatian, Cinta dan Sayang kita tatkala sibuk sekalipun.



Jom kita refresh diri, pernahkah masa di bangku sekolah dahulu kita menerima surat cinta dari sang kekasih? Bagaimana rasanya tatkala pertama kali kita menerima sepucuk surat cinta? Berdebar-berdebar dada kerana ingin segera tahu keindahan kata-kata dan kelembutan bahasa sang kekasih tercinta. Setelah membaca sekali, kita terus mendakapkan surat tu ke dada sambil memejamkan mata dan menarik nafas dalam-dalam.

Setelah itu ketika pun sangat ingin kembali membaca surat itu dengan rasa bahagia yang makin dalam di dada. Huruf demi huruf berlalu dalam pandangan mata dan hati, sambil menyebarkan aura asmara dan kerinduan yang dalam. Hanya keindahan di atas keindahan yang selalu melingkupi hati yang masih dalam kerinduan.


Apabila sang kekasih dalam suratnya mengatakan bahawa akan tampak lebih cantik dengan pakaian batik, tentu tanpa ragu lagi akan memakainya. Tidak perlu memikirkan ok atau tidak  kerana di hati kita apa pun yang dikatakannya pasti benar. Kerana itu, kita bukan hanya mengenakan pakaian batik saat menghadapnya, bahkan dalam keseharian pun akan memakai pakaian batik tersebut.

Begitu juga hendaknya seorang mukmin dalam menyikapi Al-Quran sebagai "surat cinta" Allah yang Maha Penyayang kepada semua makhluk-Nya. Ada rasa senang jika dapat melihat Al-Quran dari kejauhan. Rasa senang itu makin bertambah-tambah tatkala menyentuhnya. Juga semakin membuncah rasa senang itu, ketika melihat keindahan kata dan kelembutan bahasa yang ada di dalamnya,

"Allah Yang Maha Pengasih, yang telah mengajarkan Al-Quran. Dia telah menciptakan manusia, dan mengajarinya pandai berbicara. Matahari dan bulan beredar menurut keseimbangan, serta tumbuhan dan pepohonan keduanya tunduk kepadaNya. Langit telah ditinggikan Nya dan Dia ciptakan keseimbangan agar kamu jangan merosak keseimbangan itu. Tegakkanlah keseimbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi keseimbangan itu. Bumi telah dibentangkan Alah untuk makhlukNya. Didalamnya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. Juga ada biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman : 1-13)

Lihatlah, setiap huruf menebar cinta, setiap kata menebar bahagia, dan setiap kalimat mengandungi kerinduan untuk berjumpa Sang Pencipta. Sumber firman itu adalah Dia Yang Maha Indah, bahasa yang digunakan mengalun merdu dalam keindahan, dan apa yang disampaikan adalah nikmat-nikmat yang penuh keindahan. Jadi, nikmat keindahan manakah yang kamu dustakan?
Setelah membaca sekali, kita terus mendakapkan Al-Quran itu ke dada sambil memejamkan mata dan menarik nafas dalam-dalam. Lalu berguman, "Maha benar Allah dengan segala firmanNya". Dada akan merasa luas dan lapang sebagaimana sabda Nabi Saw dalam hadis riwayat Ibnu jarir, "Jika cahaya petunjuk masuk ke dalam hati, maka hati akan merasa luas dan lapang."

Kemudian kita pun sangat ingin kembali membaca surat itu dengan rasa bahagia yang makin dalam di dada. huruf demi huruf berlalu dalam pandangan mata dan hati, sambil menyebarkan aura asmara dan kerinduan yang dalam. Hanya keindahan di atas keindahan yang selalu melingkupi hati yang masih dalam kerinduan.

Apabila sang Kekasih dalam suratnya mengatakan bahawa sebaik-baiknya bekal adalah takwa, tentu kita tanpa ragu lagi akan berupaya mempersiapkannya. Kerananya, sikap kita apabila mendengar perintahNya adalah, "Kami dengar dan kami taat". Kita tidak perlu memikirkan pantas atau tidak pantas kerana di hati kita apa pun yang dikatakanNya pasti benar. Kerana itu, kita bukan hanya menyiapkan bekal takwa untuk menghadapNya, bahkan dalam keseharian pun akan selalu mempersiapkan bekal takwa dengan bersikap kasih kepada sesama.

Semua itu kerana "surat cinta" dari sang Kekasih tercinta sudah kita jadikan pedoman hidup yang merupakan petunjuk bagi jalan-jalan cinta,

"Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya dan petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum engkau, serta yakin akan adanya akhirat."(Al-Baqarah : 2-4)

Tidaklah menghairankan jika dikatakan bahawa akhlak Rasulallah adalah Al-Quran. Dalam suatu riwayat disebutkan bahawa Aisya, Ummul Mukminin, ketika ditanyakan tentang akhlak Rasulallah, maka ia berkata, "Akhlak Rasulallah adalah Al-Quran".

Itu ertinya bahawa Nabi Saw dalam menjalani kehidupan ini selalu menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidupnya. Baginda manusia yang telah merealisasikan semua ajaran Al-Quran sehingga layak untuk dijadikan teladan

Airmata



Dikisahkan pada suatu hari Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabat , kemudian beliau meminta salah seorang sahabat Abdillah bin Mas’ud membaca surat An Nisa, hingga sampai surat an Nisa ayat 41 :

” Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu).”

Beliau meminta Abdillah bin Mas’ud menghentikan bacaannya , para sahabat melihat airmata Rasulullah berlinang, beliau menangis.

Aisyah RA menceritakan bahawa ia sering melihat Rasulullah SAW menangis ketika mengerjakan solat malam, beliau menangis sepanjang solatnya . Mathrab bin Abdillah menceritakan bahawa ayahnya sering mendapati Rasulullah SAW menangis dalam solat, dari dada beliau terdengar suara bergemuruh bagai air yang mendidih didalam cerek.

Sesungguhnya Allah SWT menciptakan air mata sebagai pengingat hamba akan dirinya. Cukuplah ia menjadi penggerak kesedaran, betapa manusia dalam keadaan lemah. Saat ia terlalu bahagia, tanpa sedar ia menangis. Saat ia terlalu bersedih, tanpa sedar ia menangis. Saat itu, ia tahu dirinya tidak ada kuasa akan atas dirinya. Maka celakalah hati yang beku dan mata yang sulit untuk menangis…terutama jika ia seorang pelaku dosa kepada Allah SWT.

Menurut riwayat, seorang lelaki datang menjumpai Rasulullah SAW. dan berkata: "Wahai Rasulullah, dengan apakah saya dapat menjaga diri daripada neraka?" Rasulullah SAW. menjawab:

"Dengan lindungan air matamu.

" Tanya lelaki itu lagi: "Bagaimanakah caranya?" Rasulullah SAW. menjelaskan: "Cucurkanlah air matamu kerana takut kepada Allah. Sebab, mata yang menangis kerana takut kepada-Nya tidak akan mendapat seksa."

Air mata adalah tanda keikhlasan, keinsafan dan petanda bahawa seseorang itu benar-benar takut kepada Allah. Orang yang mengucapkan istighfar sambil menitiskan air mata bererti dia betul-betul menyesali perbuatan yang telah dilakukannya. Orang yang menyesali perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi, dosanya akan diampuni Allah.

Allah SWT berfirman :

“Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan kekhusyukan mereka bertambah”. (QS. 17:109)

Firman-Nya yang lain,

”Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Rabbnya yang tidak tampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar” (QS. 67:12)

Rasulullah SAW bersabda: “Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada suatu hari yang tidak ada naungan kecuali naungan Allah; …(dan disebutkan diantaranya) seseorang yang berzikir (ingat) kepada Allah dalam bersendiriannya kemudian air matanya mengalir”( HR. Bukhari-Muslim)

Dari al-Abbâs Bin Abdul Muthallib Radhiallaahu anhu , Nabi Shalallaahu alaihi wasalam bersabda, ertinya:

“Dua jenis mata yang tidak tersentuh api neraka, (pertama) mata yang menangis (disaat bersendirian) di malam hari kerana takut pada Allah SWT , dan (kedua) mata yang digunakan untuk berjaga-jaga (pada malam hari) di jalan Allah.” (HR. At-Thabrani)

Dari Zaid Bin Arqom RA , dia berkata, “Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah dengan apa aku membentengi diri dari api neraka? Rasulullah menjawab, “Dengan air matamu, kerana mata yang menangis kerana takut pada Allah niscaya neraka tidak akan menyentuhnya selama-lamanya” ( HR. Ibnu Abi Dunya dan Ashbahâny )

Dari saat ini mari kita mempertimbangkan air mata kita yang keluar, jangan sampai keluarnya air mata kerana kita tidak mendapatkan keinginan hawa nafsu, jangan sampai kita menangis kerana kebatilan. Bijak dalam mengeluarkan air mata merupakan pertanda jernihnya hati dan benarnya iman seorang hamba.

Saturday, April 16, 2011

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Friday, April 15, 2011

Minit-minit yang sangat berharga dalam hidup



Tempat mengadu, meminta, dan kembali segala urusan bagi orang beriman hanyalah Allah, Rasulullah memberitahukan menit-menit yang sangat berharga untuk menghadap dan memohon kepada Allah
1. Waktu sepertiga malam terakhir saat orang lain terlelap dalam tidurnya, Allah SWT berfirman:

"....Mereka para muttaqin sedikit sekali tidur di waktu malam, dan di akhir malam, mereka memohon ampun kepada Allah." (QS Adz Dzariyat: 18-19). 

Rasulullah SAW bersabda: "Rabb (Tuhan) kita turun disetiap malam ke langit yang terendah, yaitu saat sepertiga malam terakhir, maka Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepadaKu maka Aku kabulkan, siapa yang meminta kepadaKu maka Aku berikan kepadanya, dan siapa yang meminta ampun kepadaKu maka Aku ampunkan untuknya." (HR Al Bukhari)

Dari Amr bin Ibnu Abasah mendengar Nabi SAW bersabda: "tempat yang paling mendekatkan seorang hamba dengan Tuhannya adala saat ia dalam sujudnya dan jika ia bangun melaksanakan sholat pada sepertiga malam yang akhir. Karena itu, jika kamu mampu menjadi orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu maka jadilah." (HR At Tirmidzi dan Ahmad)


2. Waktu antara adzan dan iqamah, saat menunggu shalat berjamaah

Rasulullah SAW bersabda: "Doa itu tidak ditolak antara adzan dan iqamah, maka berdoalah!" (HR Ahmad dan Ibnu Hibban)

Hadits Abdullah bin Amr Ibnul Ash ra, bahwa ada seorang laki-laki berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya para muadzin itu telah mengungguli kita," maka Rasulullah SAW bersabda: "Ucapkanlah seperti apa yang diucapkan oleh para muadzan itu dan jika kamu selesai (menjawab), maka memohonlah, kamu pasti diberi". (HR Abu Dawud dan Ibnu Hibban)


3. Pada waktu sujud, yaitu sujud dalam shlat atau sujud-sujud lain ang diajarkan Islam. (seperti sujud syukur, sujud tilawah dan sujud sahwi)

"Kedudukan hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa." (HR Muslim)

Dan dalam hadits Ibnu Abbas ra, ia berkata: "Rasulullah SAW membuka tabir (ketika beliau sakit), sementara orang-orang sedang berbaris (sholat ) dibelakang Abu Bakar ra, maka Rasulullah SAW bersabda; ""Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak tersisa dari mubasysyirat nubuwwah (kabar gembira lewat kenabian) kecuali mimpi baik yang dilihat oleh seorang muslim atau diperlihatkan untuknya. Ingatlah bahwasanya aku dilarang untuk membaca Al Qur'an ketika ruku' atau ketika sujud. Adapun didalam ruku', maka agungkanlah Allah dan adapun di salam sujud, maka bersungguh-sunguhla h berdoa, sebab (hal itu) pantas dimaqbulkan bagi kamu semua." (HR Muslim)


4. Setelah sholat fardhu. Yaitu setelah melaksanakan sholat-sholat wajib yang lima waktu, termasuk sehabis sholat Jumat

Allah berfirman: "dan bertasbihlah kamu kepadaNya di malam hari dan selesai sholat" (QS Qaaf: 40)
"Rasulullah SAW ditanya tentang kapan doa yang paling didengar (oleh Allah), maka beliau bersabda: "Tengah malam terakhir dan setelah sholat-sholat yang diwajibkan." (HR At Tirmidzi)


5. Waktu-waktu khusus, tetapi tidak diketahui dengan pasti batasan-batasannya

"Sesungguhnya di malam hari ada satu saat (yang mustajab), tidak ada seorang muslim pun yang bertepatan pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan urusan dunia dan akhirat melainkan Allah pasti memberi kepadanya." (HR Muslim)

Dalam kitab Al JAwabul Kafi dijelaskan: "...JIka doa itu disertai dengan hadirnya kalbu dan dalam penuh khusyu' terhadap apa yang diminta dan bertepatan dengan salah satu dari waktu-waku yang ijabah yang enam itu yaitu: (1). sepertiga akhir dari wakt malam, (2). ketika adzan, (3). waktu antara adzan dan iqamah, (4). setelah sholat-sholat fardhu, (5) ketika imam naik ke atas mimbar pada hari Jumat sampai selesainya sholat Jumat pada hari itu, (6). waktu terakhir setelah Ashar".

ujian

Sakit lagi...........

Selalu aku terfikir,mungkin sampai di sini saja masa yang ada.......

dari kak long...

Wednesday, April 13, 2011

kak long birthday

   Dah lama tak bawa anak-anak bersiar-siar.Alhamdulillah sempena ulangtahun hari lahir kak long,dapat juga luangkan masa tunaikan hajat anak-anak nak main bowling.Bukan main seronok lagi terutamanya kak long sebab ini kali pertama kak long main sendiri menghabiskan satu game.












 Si cilik angah ni pula pada mulanya beriya-iya sangat mengajak ibu dan abah main bowling,tapi bila sampai aje angah hanyalah berperanan sebagai penyusun bola.Tengok tu gelagat angah..sambil kira bola dan warnanya sekali.








 Puas menyusun bola angah pegi kacau skrin pulak sambil gelak-gelak tengok gambar kartun bila bola kak long jatuh longkang!!



Ini pula gambar sewaktu kak long memulakan balingan.Gurunya pula sibuk pot pet mengajar kat sebelah tu!walhal yang mengajar pun baling bola masuk longkang jugak!!(^_^).


  Satu lagi hari yang bahagia dah berlalu.Buat kak long selamat hari lahir dan lepas ni mesti belajar lebih gigih lagi tau!Ini juga sebagai satu galakan supaya kak long akan belajar lebih tekun lagi sebab kak long dah turun ke kelas ke2...huhuuu.....Belajar ye sayang.Lain kali kita main bowling lagi.

Sunday, April 10, 2011

Memori Tercipta

✿♫•*¨*•.¸¸❤✿*´✿ (❤◕‿◕❤) ✿`*:.☆♥●•٠·˙˙·٠•●♥

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka


Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka


Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Wednesday, April 6, 2011

Mimpi

Jika di sebut tentang mimpi,kebanyakkan orang akan menyatakan mimpi itu adalah mainan tidur.Tak kurang juga mempercayai mimpi sebelum masuknya waktu subuh adalah peringatan daripada Allah.
Kadangkala pernah terasa apa yang kita lakukan selah pernah terjadi sebelumnya yang mana mungkin pernah berlaku di dalam mimpi.
Pernah juga mimpi-mimpi menjadi kenyataan.

Aku pernah bermimpi sebanyak 3 kali ,ombak besar setinggi pokok kelapa menenggelamkan rumah .Dan sebulan selepas itu tsunami telah melanda Acheh.Entahlah...mungkin juga kebetulan.Selepas itu,aku bermimpi pula yang aku bersama keluarga leka mandi-manda di satu kawasan air terjun.Tiba-tiba air terjun menjadi besar seakan berombak dan menghempas orang ramai.Peristiwa itu berlaku di Kedah beberapa hari selepas aku bermimpi.
Yang paling seronoknya ,tatkala aku bermimpi pantai berombak menunjukkan air pasang tapi tenang saja.....dan setiap kali bermimpi begitu aku akan mendapat keuntungan!

Berbagai-bagai andaian tentang mimpi.Kadang-kadang kita bermimpi kerana terlalu penat berkerja seharian.Ataupun bermimpi kerana terlalu memikirkan perkara tersebut sehingga terbawa-bawa dalam mimpi.Mimpi siang atau mimpi selepas waktu subuh pula adalah mimpi dari syaitan..wallahua'lam.

Semalam...aku bermimpi lagi.Mimpi yang menakutkan kalau ditafsirkan mengikut penafsir bijak pandai.Aku bermimpi gigi bahagian bawah aku tertanggal!.Berdebar juga,tapi apalah daya  aku selain menerima andai ianya satu kenyataan nanti.Mungkin juga mimpi itu bermaksud supaya aku lebih menghargai orang di sekeliling aku.Siapa tahu...

Apapun mimpi kita,aku yakin bukan semua mimpi adalah mainan tidur.Kadang-kadang Allah ingin mengingatkan kita tentang perjalanan hidup supaya kita lebih mengenal diri.Wallahua'lam.

Monday, March 28, 2011

maafkan aku suamiku


Bismillahirrahmanirrahim.

Pic is from Google.

Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati disatukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.

Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!

Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapai-kapailah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.

Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!

Ego sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.

Ego siisteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.

Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?

Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.

Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.

Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.

Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.

Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:
“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”

Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?

Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.

Firman Allah:
“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”

Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.

Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.

Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.

Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.

Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!

MAAFKANKU WAHAI SUAMI

Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!

Wednesday, March 23, 2011

lagi-lagi angah

Suasana petang riuh rendah seperti biasa dengan celoteh angah dan kak long.Sedang aku busy berfacebook,terdengar angah keluar ke rumah nendanya.kak long pula menonton cerita kartun tv9.Tak lama kemudian angah balik sambil menunjuk-nunjuk gula-gula kopiko yang dipegangnya kepada kak long.Terliur gengan gula-gula angah,kak long bertanya,

"Angah ambil kat mana gula-gula tu?"

Tanpa berfikir banyak,angah jawab selamba je...
"angah ambil kat atas lantai.."
sambil berlalu masuk ke bilik.

Lebih kurang 10 minit selepas itu,angah keluar dari bilik dan menyapa kak longnya,

"Jia nak tau ke angah ambil kat mana?"

Kak long angguk.

Dengan penuh penghayatan angah cakap,
"Lantai bagi kat angah....!
Angah cakap gini kat lantai tu...Hei...lantai bagi angah gula-gula 3..!"

Kak long terlopong dengar...
Aku tergelak sampai nak guling-guling gitu!

Hahahaaa.....boleh angah terfikir nak kelentong kak long macam tu!!

Cubalah bayangkan angah cakap dengan penuh penghayatan,tangannya ..serius bercerita dengan loghat bahasa angah..alahai anak-anak.Banyak sangat tengok cerita kartun...

Cerita terbaru pula...sebentar tadi angah menangis sakit hidung.Aku panik la angah beriya2 menangis macam ada something dalam hidung.

Aku tenangkan angah dan ajar angah supaya hembus keluar.

Apalagi....keluarlah benda yang menyumbat hidungnya.

Astaghfirullah....sebutir manik gelang kak long di sumbatnya dalam hidung!!!

Tergamam aku....

Thursday, March 10, 2011

Rutinku

  Alhamdulillah..sedar tak sedar telah sebulan Lemonade beroperasi.Penat sudah semestinya dan masih menyesuaikan diri dengan rutin baruku ini.Begitu juga huby dan anak-anak.Kalau dulu tidur seawal jam 11 malam tapi kini tidur selewat 3 hingga 4 pagi adalah pekara biasa.Jikalau dulu selepas solat maghrib,sempat membaca Al-Quran dan mengajar anak-anak akan tetapi sekarang rutin itu bertukar.Pulang ke rumah,anak-anak telahpun melelapkan mata.Mujurlah ada Nendanya yang sudi ajarkan cucunya mengaji.Sedikit sebanyak aku akui,anak-anak dan suami sedikit terabai.Buat masa sekarang aku masih cuba membahagiakan masa sebaik mungkin.
   Dalam kesibukan aku bersyukur anak-anak dan suami memahami situasi sekarang.Angah dan kak long pun pandai bawa diri.Kadang-kadang aku terlupa akan persiapan kak long untuk ke sekolah sehinggakan kak long terpaksa menggosok pakaiannya sendiri.Akibatnya berlubang telekong sekolah kak long dan terpaksalah di ganti baru.Angah pula sudah ada minat menulis dan membaca.Alhamdulillah selain sudah mampu menghafal Al-Fatihah dan beberapa baris ayat surah Yassin, angah pun dah pandai menulis huruf A-Z.Angah pun minta aku ajarkan dia mengeja.
   Harapnya kehidupan selepas ini bertambah baik...insyaAllah..
Buat huby tercinta,terima kasih kerana selalu memahami dan menyokong ayang.Buat anak-anak,ibu sayang sangat dan harap anak-anak ibu selalu di samping memberikan semangat.

Wednesday, March 9, 2011

Sedetik Lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku… ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Saturday, March 5, 2011

Tiada Duka..

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam ‘kan berakhir, hari ‘kan berganti
Takdir hidup ‘kan dijalani

Sunday, February 20, 2011

kekasihku...

Jika sepasang kekasih berdating di taman,
Kita takkan sabar-sabar dating dalam halaqoh,
Jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi, dibawah cahaya rembulan, berdua-duaan, jauh dari orang,
Kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang, tanpa takut dan bimbang,
Jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah,
Kita berhibur dengan madah kalamullah,
Jika sepasang kekasih sering memadu kasih @ rangsangan nafsu,
Kita berkasih atas landasan ukhuwahfillah, bebas dari dorongan nafsu semata,
Jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,
Kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kemahuan Sang Pencipta kita,
Jika sepasang kekasih sentiasa saling menjaga hati,
Kita sentiasa saling menjaga akhlak dan pekerti sesama, saling menasihati agar makin berkualiti,
Jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,
Kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini Allah yang punya,
Jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta,keluarga dan maruah demi cinta,
Kita sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agung-Nya, dalam masa yang sama mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya.

Saturday, February 19, 2011

Bilalah tiba masa itu??

   Memandang langit malam ini begitu sepi tanpa bintang-bintang di langit....sesepi hatiku....(hehhee...ayat xleh bla).
Tapi itulah perasaanku saat ini.Terasa benar kerdilnya diri.Adoii.....
Sebentar tadi berlangsungnya kenduri solat hajat dan doa selamat di rumah bapa mertuaku sempena keberangkantannya ke tanah suci.Entah timbangan apa difikiranku...atau dek kerana sibuk lantas terlupa,aku hanya sempat menjenguk hanya sebentar saja.Apalah agaknya diperkatakan mereka semua.Hmm...........tak habis aku mengeluh.Terasa juga bersalahnya diri.sepatutnya aku tutup kedai hari ni dan pergi meraikan atau menolong apa yang patut.Entah kenapa,hatiku terasa sayu mengenangkan keberangkatan ayahanda ke tanah suci nanti.Mungkin kerana memikirkan bila agaknya giliran aku pula...atau.....entahlah.Sukar untuk aku tafsirkannya.

Hmm.......................
   Keluhan demi keluhan dilepaskan malam ini.Tapi masih ada kesedihan terbuku di ruang hati.Sepatutnya aku gembira kerana kehadiran orang baru di dalam keluarga ini.Beberapa hari lepas kakak iparku selamat melahirkan seorang baby girl yang comel setelah berderet-deret lelaki ajer yang keluar(^_^).Sekarang menanti seorang lagi kerana adik perempuan aku pun dah pregnant.
Jauh di sudut hati...............aku kesyahduan(hehehee....lama x guna ayat camni).
Dah bertahun aku menunggu,tapi masih tiada rezeki lagi.Huhuhuuu...jelez!
Kawan-kawan yang lewat berkahwin dari aku pun dah berderet-deret rakyat diorang.Huhuuu.............bukan rezeki aku lagi.

    Apapun aku bersyukur akan kebahagiaan dan segala yang aku kecapi hari ini.Sesungguhnya Allah itu lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya dan perancangan Allah siapalah yang tahu.Semoga kami semua tergolong dalam orang-orang yang soleh.Aminn

Tuesday, February 8, 2011

aduhai angah...

    Sunyi + bosan keseorangan di kedai,tak semena-mena aku terkenangkan angah si cilik bermulut petah yang berada di rumah.Tenga buat apa agaknya dia?.
Tiba-tiba aku tersenyum sendirian tatkala terimbas peristiwa di suatu petang menjelang maghrib.
    Petang itu aku terjerit-jerit memanggil angah kat luar rumah yang comot bergelumang tanah supaya cepat balik mandi.Angah pula cukup susah nak mandi.Tapi pada hari itu angin bertiup sepoi-sepoi bahasa agaknya,angah cepat-cepat masuk mandi tanpa banyak soal.dai dalam bilik air terdengar angah mandi sambil bernyanyi-nyanyi.lama pulak angah mandi kali ni...
   Sedang aku sibuk di dapur,angah keluar dari bilik mandi sambil mengelap badan yang basah dan berlari kecil mendapatkan aku.

'ibu...tengok!cantik berkilat-kilat...bersih kuku angah..'sambil menunjukkan kuku kakinya kepada aku.
Wah...!memang bersih betul....aku pun pujilah..
'pandai angah,kalaulah hari-hari macam ni..'aku gosokkan kepala angah.

Angah bangga di puji..katanya,
'bersih sangat angah berus...'sambil membelek-belek kuku kakinya..
kemudian emnyambung kata-katanya..
'bersih sangat!angah berus guna berus gigi abah...'

mendengar saja kata-kata angah...aku apalagi terbahak-bahaklah aku ketawa!!

Agaknya,berapa kali angah pernah guna berus gigi untuk berus kaki???
Sejak tu aku akan pastikan berus gigi aku terselamat dari menjadi mangsa angah!!

New job...new time table @ a new LEMONADE steak house(^_^)



   Alhamdulillah...impian termakbul jua akhirnya.Hasrat hati nak ber'restoran'(biarpun partner aku edzsya myz yg kuar modal besar)kini menuju ke titik mula.
    Penat?memang penat...penat menunggu pun ye jugak..Yela....cabaran memulakan bisnes...promotion kena meluas.Pelanggan baru nak mengenali.Tapi yang syoknye 2nd day buka kedai dah dapat tempahan buffet untuk 40 orang(^_^)...senyum manjang la jawabnya.Walhal 1st time mengendalikan terdapat banyak kepincangan namun akan di cuba untuk mengatasi dan semestinya akan cuba membuat yang terbaik!!Chaiyok!!
    Walaupun demikian sibuknya(hehhee....)sempat jugak aku melilau ke bandar bagi mencari hadiah harilahir untuk angah.Itupun huby yang ingatkan aku.
6 februari 2011 genaplah umur angah 4 tahun(walaupun ikut tahun hijrah dah sebulan lepas).Aku hanya membeli kereta kontrol sahaja...puas melilau cari kek tapi semua kedai tutup kerana hari ahad dan cuti tahun baru cina.Walaupun takde kek tapi hari lahir angah tetap menggembirakan kerana semua ahli keluarga berkumpul bersama sambil makan nasi minyak dari air tangan nenda.
 
   Rutin harian sekarang,pagi mengemas rumah...masak-masak,menganyam bakul tempahan,lepas zohor ke kedaiprepare apa yang patut,malam tutup kedai...muhasabah diri dan  tidur.Sedang menyesuaikan diri dengan keadaan baru.Penat?Demi memajukan hidup dan ummah,apa salahnya...(^_^)
Sejak bertambah job ni,sakit kepala..sakit pinggang makin menjadi-jadi la pulak.
Selalu bertahan dengan pain killer..huuhuu...
Hati pun selalu rasa sayu bila terpandangkan angah yang selalu main keseorangan.Masa nak peluk cium angah pun dah kuarang...huuhu,sedey(-_-).
Mesti kena fikirkan penyelesaian nih!
   Apapun terima kasih tak terhingga istimewa kepada huby tersayang kerana sudi korbankan masa cuti ini untuk menolong meringankan beban isteri tercinta ini...ahaks  =D
Selalunya cuti 10 hari dimanfaatkan untuk cuti-cuti malaysia.Takpe,nanti kita pergilah bercuti puas-puas ye huby...(^_^)

Apapun...semoga hari yang mendatang terus dipayungi kejayaan dan rahmat Allah....aminn

 

Monday, January 31, 2011

doa-doa harian


Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:


Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.


Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir
daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.

Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.
Umpamanya:


a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:

Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)
b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:
...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)
c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:
...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...
(Surah Al-Mukmin ayat 60)
d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:
Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...
(Surah Al-Isra' ayat 52)
e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:
Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...
(Surah Al-Isra' ayat 110)
f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:
Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...
(Surah Yunus ayat 10)

Saturday, January 29, 2011

Tanda-tanda penyakit

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. Batuk
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
cool.gif Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

cool.gif KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
cool.gif AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
cool.gif SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
cool.gif BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah
Daisypath Anniversary tickers

.

Thank You
Egic’98