Jika di sebut tentang mimpi,kebanyakkan orang akan menyatakan mimpi itu adalah mainan tidur.Tak kurang juga mempercayai mimpi sebelum masuknya waktu subuh adalah peringatan daripada Allah.
Kadangkala pernah terasa apa yang kita lakukan selah pernah terjadi sebelumnya yang mana mungkin pernah berlaku di dalam mimpi.
Pernah juga mimpi-mimpi menjadi kenyataan.
Aku pernah bermimpi sebanyak 3 kali ,ombak besar setinggi pokok kelapa menenggelamkan rumah .Dan sebulan selepas itu tsunami telah melanda Acheh.Entahlah...mungkin juga kebetulan.Selepas itu,aku bermimpi pula yang aku bersama keluarga leka mandi-manda di satu kawasan air terjun.Tiba-tiba air terjun menjadi besar seakan berombak dan menghempas orang ramai.Peristiwa itu berlaku di Kedah beberapa hari selepas aku bermimpi.
Yang paling seronoknya ,tatkala aku bermimpi pantai berombak menunjukkan air pasang tapi tenang saja.....dan setiap kali bermimpi begitu aku akan mendapat keuntungan!
Berbagai-bagai andaian tentang mimpi.Kadang-kadang kita bermimpi kerana terlalu penat berkerja seharian.Ataupun bermimpi kerana terlalu memikirkan perkara tersebut sehingga terbawa-bawa dalam mimpi.Mimpi siang atau mimpi selepas waktu subuh pula adalah mimpi dari syaitan..wallahua'lam.
Semalam...aku bermimpi lagi.Mimpi yang menakutkan kalau ditafsirkan mengikut penafsir bijak pandai.Aku bermimpi gigi bahagian bawah aku tertanggal!.Berdebar juga,tapi apalah daya aku selain menerima andai ianya satu kenyataan nanti.Mungkin juga mimpi itu bermaksud supaya aku lebih menghargai orang di sekeliling aku.Siapa tahu...
Apapun mimpi kita,aku yakin bukan semua mimpi adalah mainan tidur.Kadang-kadang Allah ingin mengingatkan kita tentang perjalanan hidup supaya kita lebih mengenal diri.Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment