Make Facebook Glitter Words />
La haulawala quwwata illa billa hil aliyyil azim...Knowing Is Not Enough, We must Apply & finally, Willing Is Not Enough,We Must Do..
Followers
Wednesday, July 21, 2010
sejarah pengantin...
Hari yang membahagiakan bila sekeluarga berkonvoi ke Kuala Lumpur bagi meraikan majlis perkahwinan adik bongsu...
Bertolak dari Kuantan seawal 11 pagi setelah mempersiapkan bekal makanan untuk berkelah di dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan menunya adalah gulai daging,nasi minyak dan acar kubis yang di masak oleh bonda....sangat menyelerakan.Kami tiba di Kuala Lumpur pada jam 5 petang dan berkumpul di rumah abang yang sulung di Kampung Baru.
Pada jam 7 malam kami bertolak ke Kelana Jaya dimana majlis berlangsung pada jam 8.30 malam.Sudahlah kami terlewat...jalan pula jem teruk di tambah pula driver kami(kereta yang depan skali) dah beli buah langsat berbakul2...(sesat).Oleh kerana dah tersesat terpaksalah kami calling2 pihak lelaki yang telah pun berada di dewan bagi menghantar seseorang untuk mengambil kami.Lucunya..2 orang pertama yang dihantar pun sesat jalan...yang ketiga barulah ketemu kami yang dah lama menunggu.Dah lah perut lapar..jam pun dah menunjukkan 10.30 malam dan ini bermakna lagi setengah jam majlis akan selesai.Dah nasib,tak dapatlah kami tengok majlis adik bongsu yang gilang gemilang tu..
Alhamdulillah...kami tiba juga di dewan Kelana Jaya tersebut.Setibanya kami,terus duduk menghadap hidangan yang dah lama menanti..jadi sejarah tetamu vip sebelah pengantin perempuan datang lambat tatkala majlis dah habis...tetamu dah bersurai dan dewan dah mula dikemaskan...aduhai.....nak buat macamana....dah rezeki tahap itu ajer.....^_^
Apapun semuanya bergembira dan perut pun kenyang...dapat mengabadikan foto bersama pengantin dan yang best sekali dapat kutip semua bunga ros yang ada dalam dewan!!...bahagianya......i love roses!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
Egic’98
No comments:
Post a Comment