Facebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook Layouts



Make Facebook Glitter Words />

La haulawala quwwata illa billa hil aliyyil azim...Knowing Is Not Enough, We must Apply & finally, Willing Is Not Enough,We Must Do..

Lirik Lagu (13) Resepi (3) si cilik (20) TINTA HATI (37) utama (24)

Followers

Sunday, July 25, 2010

holiday

Alhamdulillah...masih dikurniakan kesihatan dan hari minggu berkelapangan untuk bercuti bersama keluarga.Kali ni niatnya nak bercuti sambil memancing di sekitar pantai Terengganu.Dengar kata pantai Terengganu cantik,curam dan kaya dengan ikan-ikan yang lapar...^_^.
Kami bertolak dari rumah selepas maghrib berbekalkan nasi dan khemah kerana kami bercadang untuk bermalam di tepi pantai dan merasai suasana malam yang romantik.Anak-anak pun seronok sangat bila diberitahu nak tidur dalam khemah.Destinasi yang pertama adalah Pantai Teluk Lipat yang terletak di daerah Dungun.Tempatnya cantik berlatarbelakangkan Pulau Tenggol dan sesuai untuk berkhemah sambil memancing di waktu waktu kerana tempatnya diterangi lampu jalan dan terdapat surau beserta tandas.Banyak juga ikan yang dapat kami pancing disana.
Puas hati memancing di Teluk Lipat kami beralih angin ke Pantai Tanjung bidara yang sangat cantik dengan bukit yang tinggi, air yang jernih serta pasir pantai yang bersih.Seolah kami berada di sebuah pulau yang cantik.Sewaktu kami tiba,ada penggambaran drama yang sedang di rakamkan di sana.Cerita ulik mayang arahan Rashid Sibir.Tapi kami tak hiraukan sangat sebab memancing lebih penting.^_^.Kami melontarkan kail, lebih kurang satu jam menunggu tapi tak berhasil.Anak-anak pula seronok sangat bermain pasir pantai yang nyata berbeza di pantai sekitar Kuantan.
Seterusnya kami singgah di Pantai Rantau Abang dan mencuba nasib disana.Tapi malang nasib kami sebab tak ada seekor ikan pun yang makan umpan.Kami buat unggun api disana untuk bakar ikan yang kami dapat sebelum ini.Sedapnya ikan fresh walaupun dibakar kosong apatahlagi dimakan ditepi pantai bersama keluarga tercinta.
Selesai makan,kami menuju ke destinasi seterusnya di Pantai Marang yang berteluk dan jernih airnya.Destinasi kali ini sangat memuaskan hati.Banyak ikan yang dapat di pancing.Unggun api di hidupkan dan kami makan ikan fresh sepuasnya.Angah dan kaklong kekenyangan dibuatnya.Anak-anak pula dapat berenang sepuasnya kerana airnya yang tenang ,jernih dan tidak berombak.Kami berseronok sehinggalah waktu siang melabuhkan tirainya.

Akhir sekali sebelum pulang kami langkaukan perjalanan kami ke Kuala Terengganu bagi menjamu selera serta mencuci mata.Hari beransur lewat sekitar 11 malam kami bertolak pulang ke Kuantan.
Jarang dapat bercuti sebegini dan keseronokkan tergambar di wajah masing2 walaupun kepenatan.Alhamdulillah...satu lagi hari berakhir dengan kegembiraan.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers

.

Thank You
Egic’98