Facebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook Layouts



Make Facebook Glitter Words />

La haulawala quwwata illa billa hil aliyyil azim...Knowing Is Not Enough, We must Apply & finally, Willing Is Not Enough,We Must Do..

Lirik Lagu (13) Resepi (3) si cilik (20) TINTA HATI (37) utama (24)

Followers

Saturday, July 31, 2010

Baik-Baik Sayang.....

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2009/08/lirik-baik-baik-sayang-wali.html#ixzz0vEC3vLsn

Tuesday, July 27, 2010

komedi seram

Waktu tengahari huby rehat sebentar dan pulang ke rumah untuk makan tengahari.Huby pulang dengan meminjam motosikal kawan yang satu department dengannya.Seperti biasa huby balik,rehat,makan dengan selambanya....santai2.
Waktu rehat hampir tamat,huby start motor dan memecut ke tempat kerja..sempat layan lap dan merempit lagi.
Alkisahnya nak dijadikan cerita...sesampai huby kat kilang,pak guard tegur huby..tanya motor siapa yang huby bawa.Huby selamba cakap motor kawan yang memang dah minta izin nak pinjam.Guard tu cakap tadi ada motor yang sama jenis hilang.Huby terkejut dan tengok plate no motor tu.CBY..ex5,sah memang motor kawan aku...kata huby lam hati.Kunci yang kawan bagi tadi pun memang boleh buka handle lock,seat dan boleh start...jadi sure la tak silap motor kan?
Rupanya memang tersalah motor!...CBY sama,model sama tp kaler lain la...no tak ingat.Janji kunci boleh on je,kira betullah tu.
Masuk dalam kilang,satu kilang kecoh dibuatnya mengatakan ada motor hilang dipercayai di curi.Tuan punya motor yang dicuri pun dah selamat buat report kat balai polis.Huby mula rasa tak sedap hati.Ditariknya 'tuan punya motor' yang dipinjamnya tadi.....huby katakan yang dia dah silap bawa motor!
Itulah gara2 malas nak bawa kereta sendiri..!!
Siap rempit motor orang lagi..kalau masa tu ada polis perasan,sure kena angkut balai punyer.
Lucu pun ada...seram pun ada.Tuan punya motor yang sebenarnya dah tarik balik report.Fuh!nasib baik......Buat huby:lain kali bawa kereta sendiri ye.......^_^
Inilah muka suspek utama!!!....hehhehe........

Sunday, July 25, 2010

holiday

Alhamdulillah...masih dikurniakan kesihatan dan hari minggu berkelapangan untuk bercuti bersama keluarga.Kali ni niatnya nak bercuti sambil memancing di sekitar pantai Terengganu.Dengar kata pantai Terengganu cantik,curam dan kaya dengan ikan-ikan yang lapar...^_^.
Kami bertolak dari rumah selepas maghrib berbekalkan nasi dan khemah kerana kami bercadang untuk bermalam di tepi pantai dan merasai suasana malam yang romantik.Anak-anak pun seronok sangat bila diberitahu nak tidur dalam khemah.Destinasi yang pertama adalah Pantai Teluk Lipat yang terletak di daerah Dungun.Tempatnya cantik berlatarbelakangkan Pulau Tenggol dan sesuai untuk berkhemah sambil memancing di waktu waktu kerana tempatnya diterangi lampu jalan dan terdapat surau beserta tandas.Banyak juga ikan yang dapat kami pancing disana.
Puas hati memancing di Teluk Lipat kami beralih angin ke Pantai Tanjung bidara yang sangat cantik dengan bukit yang tinggi, air yang jernih serta pasir pantai yang bersih.Seolah kami berada di sebuah pulau yang cantik.Sewaktu kami tiba,ada penggambaran drama yang sedang di rakamkan di sana.Cerita ulik mayang arahan Rashid Sibir.Tapi kami tak hiraukan sangat sebab memancing lebih penting.^_^.Kami melontarkan kail, lebih kurang satu jam menunggu tapi tak berhasil.Anak-anak pula seronok sangat bermain pasir pantai yang nyata berbeza di pantai sekitar Kuantan.
Seterusnya kami singgah di Pantai Rantau Abang dan mencuba nasib disana.Tapi malang nasib kami sebab tak ada seekor ikan pun yang makan umpan.Kami buat unggun api disana untuk bakar ikan yang kami dapat sebelum ini.Sedapnya ikan fresh walaupun dibakar kosong apatahlagi dimakan ditepi pantai bersama keluarga tercinta.
Selesai makan,kami menuju ke destinasi seterusnya di Pantai Marang yang berteluk dan jernih airnya.Destinasi kali ini sangat memuaskan hati.Banyak ikan yang dapat di pancing.Unggun api di hidupkan dan kami makan ikan fresh sepuasnya.Angah dan kaklong kekenyangan dibuatnya.Anak-anak pula dapat berenang sepuasnya kerana airnya yang tenang ,jernih dan tidak berombak.Kami berseronok sehinggalah waktu siang melabuhkan tirainya.

Akhir sekali sebelum pulang kami langkaukan perjalanan kami ke Kuala Terengganu bagi menjamu selera serta mencuci mata.Hari beransur lewat sekitar 11 malam kami bertolak pulang ke Kuantan.
Jarang dapat bercuti sebegini dan keseronokkan tergambar di wajah masing2 walaupun kepenatan.Alhamdulillah...satu lagi hari berakhir dengan kegembiraan.

Wednesday, July 21, 2010

sejarah pengantin...


Hari yang membahagiakan bila sekeluarga berkonvoi ke Kuala Lumpur bagi meraikan majlis perkahwinan adik bongsu...
Bertolak dari Kuantan seawal 11 pagi setelah mempersiapkan bekal makanan untuk berkelah di dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan menunya adalah gulai daging,nasi minyak dan acar kubis yang di masak oleh bonda....sangat menyelerakan.Kami tiba di Kuala Lumpur pada jam 5 petang dan berkumpul di rumah abang yang sulung di Kampung Baru.

Pada jam 7 malam kami bertolak ke Kelana Jaya dimana majlis berlangsung pada jam 8.30 malam.Sudahlah kami terlewat...jalan pula jem teruk di tambah pula driver kami(kereta yang depan skali) dah beli buah langsat berbakul2...(sesat).Oleh kerana dah tersesat terpaksalah kami calling2 pihak lelaki yang telah pun berada di dewan bagi menghantar seseorang untuk mengambil kami.Lucunya..2 orang pertama yang dihantar pun sesat jalan...yang ketiga barulah ketemu kami yang dah lama menunggu.Dah lah perut lapar..jam pun dah menunjukkan 10.30 malam dan ini bermakna lagi setengah jam majlis akan selesai.Dah nasib,tak dapatlah kami tengok majlis adik bongsu yang gilang gemilang tu..
Alhamdulillah...kami tiba juga di dewan Kelana Jaya tersebut.Setibanya kami,terus duduk menghadap hidangan yang dah lama menanti..jadi sejarah tetamu vip sebelah pengantin perempuan datang lambat tatkala majlis dah habis...tetamu dah bersurai dan dewan dah mula dikemaskan...aduhai.....nak buat macamana....dah rezeki tahap itu ajer.....^_^
Apapun semuanya bergembira dan perut pun kenyang...dapat mengabadikan foto bersama pengantin dan yang best sekali dapat kutip semua bunga ros yang ada dalam dewan!!...bahagianya......i love roses!

Tuesday, July 13, 2010

Family Day


Seharian semalam aku dan keluarga ke Dungun..destinasinya adalah taman rekreasi hutan lipur Chemerong yang terkenal dengan kejernihan dan keindahan air terjunnya.
Perjalanan yang memakan masa hampir 2jam tak dirasakan kerana keseronokan yang amat sangat.Maklumlah..dah lama tak berkumpul sekeluarga berkelah bersama dan lebih meriahnya apabila bertambahnya seorang lagi ahli baru dalam keluarga.
Kami berkonvoi 3 buah kereta.Di tengah perjalanan,anak abang aku Ghomidi muntah dalam kereta...terpaksalah kami berhenti sebentar.
Sesampainya di tapak perkelahan,yang lelaki bertungkus lumus mengumpul ranting2 kayu untuk dibuat unggun api manakala yang perempuan pula sibuk menyusun bekal makanan yang dibawa disamping melayan karenah anak2 yang nak mandi-manda.
Huby aku pula,sampai aje terus menyiang ikan yang baru kami beli tadi...fresh lagi..untuk dibakar.Belum selesai membakar ikan,hujan turun dalam kadar yang sederhana.
Selesai makan,semuanya turun berendam dalam air yang sedikit keruh kerana hujan.Ahmad Nejad seorang saja yang taknak berendam dalam air sejuk.Belum puas berendam,hujan mulai turun dengan lebatnya dan siren amaran dibunyikan.Apalagi ,semuanya bergegas naik ke tebing...bimbang tiba2 air menjadi semakin besar dan deras.
Aku pula sibuk melancarkan misi memancing bersama adik shu dan zafran.Hasilnya Zafran dapat pancing anak Tengas 3 ekor dan dah berjaya di bawa balik ke kolam depan rumah aku.
Selepas solat asar dan sesi fotografi sebagai kenang-kenangan,kami pun bertolak pulang.Setibanya kami di rumah azan maghrib berkumandang.
Alhamdulillah perjalanan kami lancar dan semuanya gembira.

Sunday, July 11, 2010

sekuntum bunga....



Bunga ros....
Aku suka sangat bunga ros..cantik,wangi....
Bunga ros jugalah antara pengikat kasih sayang aku dan huby dari awal perkenalan sehingga sekarang.

Sehari, sekuntum ros.......
Hari ni dapat lagi sekuntum ros...tak kisah la warna apapun...janji bunga ros..
Semalam sebelum huby pergi kerja,sempat aku hulurkan sekuntum ros untuk huby.
Huby bawa ros pergi kerja..katanya letak dalam poket baju bawa kesana kemari...ntah ye ke tak..aku pun tak pasti...tapi itulah kata huby...hehhee....
Aku percaya jek...pasal huby kan sayang aku..
Kata huby lagi...kalau rindu,huby akan cium bunga ros tu...ibarat cium aku la tu...

Itulah salah satu penguat kasih sayang antara kami....makin hari makin sayang...
Romantik selalu.......

Sunday, July 4, 2010

indahnya setiap kenangan...



Tanpa sedar....dah hampir 10 tahun hidup bersama membina bahagia...
Sepanjang tempoh itu..betapa banyak tawa dan tangis kita lalui bersama.

Aku masih ingat sewaktu kita mula2 diijabkabulkan...kita tak punya apa2 pun kecuali berbekalkan kasih sayang yang telah bertaut erat.
Sehinggalah lahirnya cahaya mata pertama..kita miliki sebuah motorsikal.Kau bawa aku dan najihah kemana saja yang aku mahu dengan motor tu...
hmm...indahnya waktu tu...kita sangat bahagia dalam kesederhanaan.
Aku masih ingat kita bertiga kehujanan sewaktu balik dari Terengganu pada malam hari.Seronok walaupun kesejukkan...najihah pula lena tidurnya diantara kita berbungkus baju hujan yang aku jahitkan khas untuknya.
Kita selamat sampai kerumah meskipun dalam keadaan basah kuyup.

Sewaktu Najihah berusia setahun...kita beli sebuah kereta walaupun hanya kancil...tapi memadailah untuk kita bertiga.Dengan kereta itu kita sama-sama terokai dunia yang luas ni....semua tempat kita pergi..
Sehinggalah Najihah berusia 5 tahun...lahirlah Ahmedi Nejad yang hensem lagi comel.Bertambah mekarlah kasih sayang dalam rumahtangga kita.
Tuah lahirnya Nejad,kita dapat berpindah ke rumah sendiri dan dapat tukar kereta baru.Biarpun masih sederhana tapi kita sangat bahagia dan bersyukur.

Kini....anak-anak telahpun membesar dengan sempurna.Kasih abang pada sayang juga tak pernah berbelah bahagi...Aku sungguh bahagia.
Ketika aku gembira,duka,kesakitan....semuanya sentiasa ada di sisiku..dan mengambil berat,aku sangat bersyukur.....

Tiada apa yang aku harapkan..kepada Ilahi ku panjatkan doa..
Semoga kasih sayang terus mekar mendampingi kita..semoga rumahtangga mendapat redha Ilahi dan bertemu pula di negeri yang abadi...Aminn

Thursday, July 1, 2010

si comelku sayang

Korek idung.3gp

home sweet home

Pagi-pagi lagi huby mengangkut kayu dari belakang rumah untuk di potong dan dicantikkan.Projeknya ialah mengindahkan halaman rumah kami yang kering kontang.Selalunya hari cuti kami ni tak lekat kat rumah...ada je destinasi yang kami nak tuju.Tapi lama2 bosan jugak..rumah juga tempat rehat dan mencari ketenangan yang paling baik.....
Inilah hasilnya kolam ikan kami...dah 90% siap.Setelah penat mengutip batu kat jeram2 yang ada...Semoga halaman cinta kami akan jadi tambah indah...walaupun kami berdua main hentam buat jek...maklumlah buat kerja di luar bidang kami...
Bekerjasama mengindahkan halaman rumah....projek yang sekian lama dirancangkan tapi sekarang baru berjalan....baru lulus...hehhehe...
Tengoklah si angah tu....nak tolong sangat.Ibu bukannya tak bagi angah tolong tapi takut nanti pisau makan tangan...

Aku suka sangat bunga ros....cantik dan wangi.Dek kerana terlalu gemar jadi aku penuhkan laman rumah aku dengan menanam ros.Aku sedang membina laman ros bersama huby...bunga-bunga cintalah katakan.....
Kat laman tu aku dan huby akan dirikan pondok rehat beratapkan pohon ros....wah...mesti cantik.Nanti dah siap aku akan uploadkan gambar kat sini dan akan bercerita pula tentang waktu santai kami dipondok ros....tunggu tau..
Daisypath Anniversary tickers

.

Thank You
Egic’98