Hari ini sempat keluar berfoya-foya bersama keluarga tercinta.Seawal 10 pagi keluar makan roti canai pisang kegemaran aku kat kedai abg Fauzi kemudian ke pengkalan TLDM yang menganjurkan pertandingan memancing.Hajat hati sambil tengok orang memancing dapatlah juga bawak anak-anak tengok kapal perang.Lagipun seumur hidup tak pernah lagi aku masuk pengkalan TLDM ni.Dalam cuaca yang teramatlah teriknya berlatarbelakangkan lautan yang jernih dan cantik,kami meronda-ronda sekitar kawasan sambil memerhati
kot-kot lah ada orang dapat pancing ikan besar.Sebenarnya lebih mengambil kesempatan meninjau kawasan sekeliling almaklumlah bukan mudah nak dapat masuk pagar TLDM.Dapat masuk pun kalau ada hari terbuka TLDM atau pertandingan memancing sebegini saje.Puas tengok orang memancing tapi tak dapat ikan,kami tinjau kapal pula.Saja nak tunjuk kapal perang kat anak-anak secara lebih dekat dan bergambar kenangan.Sedang tengok-tengok,tiba-tiba ada seorang lelaki berpakaian seragam
menghampiri kami.Nah!Memang tak sia-sia datang hari ni...hajat nak tengok-tengok kapal aje tapi tak sangka dipelawa naik kapal!
Wah...memang happy la.Di bawa melawat khas dan tawaran istimewa untuk kami saja!!.Kapal perang paling besar dan canggih.Khabarnya pula kapal ni baru saja balik berlayar dari Filiphina.
Sangat teruja dan special bilamana boleh tinjau semua tempat dalam kapal,bermula dari bilik kawalan,sehinggalah ke bahagian dek kapal malah
turut berpeluang duduk dalam tempat menembak dan merasai suasana mengemudi kapal.Tambah istimewa tatkala pengawai penerangan kapal itu sendiri En.Rashidi memberikan penerangan secara terperinci mengenai sistem dan segala macam berkenaan kapal dibantu oleh technician bahagian enjin kapal iaitu En.Sharip.Sorrylah pasal dah lupa apa pangkatnya.
Memang hari ini adalah merupakan dalam senarai yang cukup menarik untuk tahun ini.
Nejad pun teruja sangat bila kapal beroleng di lambung gelombang.Sebelum berpisah sempat bergambar kenangan bersama mereka yang peramah dan memberikan penerangan yang cukup baik dan bermakna.
Sewaktu menuruni tangga,terasa berat hati sebab belum puas membuat tinjauan.
Akan tetapi kata En.Sharip,dia akan menunggu kedatangan kami pada hari terbuka TLDM pada 30april dan 1mei nanti.
Surelah kami datang lagi!!!
InsyaAllah....
Keluar dari bilik kawalan,sempat jugak aku pose kat pintu kedap udara bilik kawalan ni.
Ini pula picca sewaktu medengar penjelasan mengenai sistem peluru dan meriam dari En.Rashidi.
Angah malu-malu nak bergambar dekat muncung meriam kapal.
Ini kerusi kapten kapal!
Ai ai kapten!!
Action!!
Haaa...
kalau nak tahu inilah stereng kapal ni.ciput je kan??
Ini tempat kawalan meriam.
Selesai membuat lawatan tak rasmi di TLDM dalam cuaca yang panas terik,kami singgah di pantai Batu Hitam bagi membasahkan tekak.
Selepas itu terus ke Taman Teruntum menunaikan hajat anak-anak nak main taman dan melawat zoo.Anak-anak main taman,ibu dan abahnya melepak melepaskan penat dalam kelongsong batu!!
Selesai satu hari yang memenatkan tapi puas hati.Alhamdulillah....
2 comments:
alhamdulillah..sukanya tengok anak2 gembira..itulah anugerah Tuhan yang tidak ternilai sebenarnya..Moga terus dirahmati Allah dunia akhirat,amin!
alhamdulillah..sukanya tengok anak2 gembira..itulah anugerah Tuhan yang tidak ternilai sebenarnya..Moga terus dirahmati Allah dunia akhirat,amin!
Post a Comment