Ketika bertautnya dua hati
Tertunduk mengiyakan cinta
Yang nyata ada pada adam hawa
Lantas bersemadilah rindu sayang
Dan akad menyucikan ikatan
Menjadi lambang indahnya Islam
Tatkala itu..aku milikmu
Dan aku memilikimu..
Walau berbahasa antara insan kepada insan
Tapi yakinlah janji tuhan
milik memiliki sampai ke negeri abadi..
Kau cinta aku..
aku cinta kamu...
Namun tanpa cintaNya kau dan aku tiada
Suburlah kasih kita kerana cintaNya
Cintailah aku kerana mencintaiNya
Bahagialah mahligai kita kerana rahmatNya
aku tanpamu...
Kau tanpa aku...
Kita tanpa Nya...
Bagai layang-layang terputus talinya...
Saat memiliki cinta ini
Selalulah berada dalam cintaNya
Agar cinta kita bertemu kelak disana...........
2 comments:
sjdhsdjsfg
semoga bahgia kekal abadi....
Post a Comment