Terasa baru sahaja aku dan dia diijabkabulkan.....rupanya sudah menjangkau hampir 10 tahun kami menempuhn onak duri bersama.Melayari bahtera kehidupan bertemankan dua cahaya mata...Puteri sulung kami pula sudahpun berusia 8tahun..
Hmm...cepatnya masa berlalu.Terasa belum puas menggendong putera kami Ahmedi Nejad yang kini telahpun 3 tahun 6 bulan usianya.Syukur aku tak terhingga kehadrat Ilahi,meskipun perkahwinan ini telah 10 tahun tetapi kemesraan kami seolah tiada penghujungnya.Setiap hari pun memadu kasih dan cinta...setiap hari pun handphone ku akan terpapar message rindu dan sayang dari hubyku tercinta.
Bahagianya.....ingin aku terus terlena di sini......
Ramadhan kali ini menyaksikan betapa rahmat Allah tak pernah terhenti kapada kami sekeluarga.Anak-anak membesar dengan sebaik mungkin.Nurul Najihah puteri kami tahun ini mencatat rekod setelah berpuasa tanpa meninggalkan satu hari pun setakat ini..Alhamdulillah.Ahmedi Nejad pula rajin mengikut abahnya berterawih di surau walaupun hanya sekadar duduk dan melihat namun aku bersyukur anak kecil itu mahu ke surau.Insyaallah...satu masa nanti anak itu akan solat berjemaah pula...aminn.
Suasana berbuka kami biasa sahaja.Lauknya seperti hari-hari biasa akan tetapi kegembiraan kami bertambah apabila setiap hari kami makan bersama.Tidak seperti bulan-bulan biasa,kami jarang menjamah makanan bersama.Ahmed Nejad pun seolah-olah berpuasa kerana pada siang hari dia langsung tak menjamah apapun melihat orang diselilingnya berpuasa. Kadang-kadang aku juga manjakan Najihah dengan membuat hidangan yang dipintanya sebagai menyokong supaya anak itu terus berpuasa sehingga akhir Ramadhan.
Sepanjang Ramadhan juga,aktiviti aku dan huby berjalan seperti biasa...iaitu memancing.Tambahan pula huby sering off day.Hobi memancing ini semakin mengeratkan hubungan kami sekeluarga.Hobi ini juga kami kongsikan dengan adik aku Edzsya tu...suaminya juga kaki pancing.Tambah meriahlah hubungan kami sekeluarga.Ikan yang dipancing pula dijadikan hidangan berbuka puasa...seronok!
No comments:
Post a Comment