Rasanya dah lama aku tak men-update-kan blog aku nih..Sekarang musim panas terik dan musim denggi.Kami semuanya demam.Tapi taklah disuspek denggi.Kak long dah demam hampir 2 minggu.Angah pula dah 4 hari.Tapi alhamdulillah...anak-anak demam namun masih cergas macam biasa.Takdelah baring aje.Ibunya pula demam yang menyebabkan sakit kepala.
Kak long jenis yang sangat payah nak makan ubat...terlalu memilih tapi kak long rajin basuh kepala dan letakkan tuala basah di dahi.Angah pula suka sangat dengan ubat.Selalu cemburu bila tengok kak long makan ubat walhal pada masa tu angah tak demam.Tapi angah sangat payah kalau ibu nak basahkan kepalanya.Hmm...macam-macam karenah anak-anak ibu ni.
Lucunya bila angah demam,terdengar saja dek angah bila ibu cakap angah demam,terus aje dia melompat gembira.Habis semua orang yang dijumpanya,angah akan cakap yang angah demam.Apa taknya.....seronok sangat demam sebab boleh makan ubat..!!.Setiap hari bahkan setiap jam angah akan ingatkan ibu bahawa angah demam.....dan tentulah angah minta nak makan ubat.Dah dibuatnya macam gula-gula pulak.....Bila ibu katakan yang angah dah baik..tak boleh makan ubat,angah akan marah dan akan buat-buat demam!!.Kak long pun tak kurang perangainya.Asal pagi nak ke sekolah...mulalah muka dah jadi macam orang demam.Tapi bila petang time main......macam orang yang tak pernah sakit!!
Hai.......anak-anak ibu ni.Meskipun ibu sakit....tapi hati ibu selalu gembira dengan karenah kamu berdua.Beruntungnya ibu memiliki anak-anak yang comel dan sentiasa buat ibu tersenyum bahagia.Sayang semuanya.........mmmuuuah!!
No comments:
Post a Comment