Make Facebook Glitter Words />
La haulawala quwwata illa billa hil aliyyil azim...Knowing Is Not Enough, We must Apply & finally, Willing Is Not Enough,We Must Do..
Followers
Tuesday, September 7, 2010
salam idulfitri buat suamiku...
Suamiku...
Dikala aku terleka,kau selalu mengejutku..
Dikala aku kesakitan,kau selalu disampingku..
Dikala aku tersasar,kau selalu membimbingku...
Dikala aku menyakitimu,kau selalu memaafkanku...
Dikala aku perlukan teman,kau selalu ada disisiku..
Dikala aku menangis,kau hiburkan hatiku...
Dikala aku banyak karenah,kau selalu sabar...
Banyaknya khilafku tetapi kau selalu menyayangiku setulus hatimu..
Tiada ucapan seindah bahasa yang mampu aku gambarkan
Akan kesabaran dan ketabahanmu hidup bersamaku....
Sempena bulan yang mulia ini..
Kususun sepuluh jari...memohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafanku
Dan mengharapkan keredhaan hatimu atas segala sikapku yang menyakitimu...
Monday, September 6, 2010
puasa
Penatnya anak2 berpuasa sampai tertidur!!
Anak-anak kebiasaannya jarang tidur siang..tapi hari ini mungkin kepenatan.
Puasa kak long:
Alhamdulillah..tahun ini kak long belum tinggal puasa lagi.Sangat membanggakan sebab tahun lepas kak long cuma dapat berpuasa selama 4 hari saja.Mungkin di sekolah kawan-kawan semuanya berpuasa dan mualimah pun selalu berpesan agar berpuasa.Cuma setiap hari terpaksalah ibu menahan telingan dan melayan karenahnya meminta yang bukan-bukan.Nafsu makannya pun bertambah!setiap hari berbuka puasa segelas besar air tebu dan memang wajib ada.Menu berbuka pula terpaksa mengikut keinginannya demi nak menyokong supaya anak ini terus berpuasa.Penat,letih,dahaga,nak berbuka..hampir setiap hari ibu kena dengar.Biasalah anak baru belajar berpuasa.
Puasa angah
"Ibu,esok angah nak puasa.."
Itulah ayat angah hampir setiap malam.Angah juga akan bangun sahur sekali sekala tanpa dikejut.Akan tetapi bila bangun pagi esoknya..Ibu,angah lapar..nak nasi..nak air susu..
Bila ditanya,angah puasa tak?angah akan jawab,puasalah....tapi angah nak minum air sikit aje...
Itulah angah.Marah angah kalau cakap dia tak puasa.Bila sampai waktu berbuka,angahlah yang paling lapar seolah-olah memang betul dia berpuasa dan tak makan apa-apa pun sehari tu...
Walaupun angah tak pandai berpuasa tapi angah tak pernah ketinggalkan ke surau ikut abahnya berterawih.Tapi kata abahnya,angah tengok je...tak terawih sama pun.Apa- apa ajelah angah oi.....
Tahun depan angah belajar berpuasa ye.....

Thursday, September 2, 2010
angah oh angah
Di suatu petang sedang aku sibuk menyiapkan hidangan untuk berbuka puasa dan angah berada di sampingku sambil makan pisang.....
"Ibu,monyet makan pisang kan?"tanya angah tiba-tiba.
Aku jawab,"yelah.."
Selapas dengar jawapan aku,angah bertanya lagi,
"orang pun makan pisang.....kan ibu?"
Aku angguk sambil jawab, "iya...." mengiyakan apa yang di katanya.
Aku pandang angah dan nampak seperti angah sedang berfikir.
"So....apa kesimpulannya?" Tanya aku memancing apa yang ada i fikiran anak kecil aku ini.
Angah pandang aku dengan wajah yang manidakkan sesuatu sambil geleng kepala..
kata angah....
"Angah bukan monyetttt............."
Serta merta aku tergelak besar...!!
Itu rupanya yang angah fikirkan!!
Alahai anak kecil.....cerdik sungguh!
Subscribe to:
Posts (Atom)
.
Egic’98