Facebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook Layouts



Make Facebook Glitter Words />

La haulawala quwwata illa billa hil aliyyil azim...Knowing Is Not Enough, We must Apply & finally, Willing Is Not Enough,We Must Do..

Lirik Lagu (13) Resepi (3) si cilik (20) TINTA HATI (37) utama (24)

Followers

Thursday, June 10, 2010

Terima kasih abang....


Perkenalan yang bermula sebagai seorang kawan atau rakan sekampung,dan akhirnya membawa ke jinjang pelamin.Memang terlalu banyak suka duka yang telah kami lalui bersama.Kini dah hampir 10 tahun pun....dan telah di kurniakan 2 orang cahaya mata,alhamdulillah.
Tak ternilai rasanya anugerah ini apabila dikurniakan seorang insan yang sangat menghargai dan menyayangi.Samada di dalam tangis atau tertawa,selalu ada disisi.
Mengenalinya juga memberikan pelbagai pengalaman baru dalam hidup.
Bermacam aktiviti yang tak pernah aku lakukan dulu,diperkenalkannya.
Bayangkan...sepanjang aku hidup kat kampung Balok ini,tak pernah sekalipun aku mandi dalam sungai Balok.Tapi semenjak hidup bersama huby,bukan kata mandi sungai Balok,boleh katakan setiap sungai,tasik,paya,pantai,kolam,air terjun yang ada kat tanah semenanjung ni...semua kami dah redah.Pengalaman berkhemah sekeluarga kat tepi pantai..semuanya menerujakan aku.
Hobi yang paling kami sukai adalah memancing.Daripada berpengetahuan sebanyak 5-10 jenis ikan je...sampailah sekarang dah bermacam jenis yang aku tahu dan pernah tengok.Ikan yang tak pernah aku makan dulu sekarang dah pandai nak telan dah...
Katakanlah kemana saja aku nak pergi,gunung dah sama kami daki,lautan dah kami redahi....semuanya akan sedaya upaya huby tunaikan demi melihat aku sentiasa gembira dan bahagia.Ungkapan terima kasih pun tak memadai rasanya untuk aku ungkapkan untuknya.
Bersama berkongsi meng'explore' dunia,menerokai keindahan alam.Pernah kami sama2 panjat bumbung rumah dan lepak kat atasnya semata2 nak tengok betapa indahnya bintang malam dan tengok bulan mengambang penuh..seronoknya waktu tu..
Jikalau aku ada program kat mana2,dia selalu setia menemani aku atau jadi driver aku.Kalau ada ceramah atau kuliah,cakap je kat mana mesti kami akan sampai.
Terlalu banyak cerita sepanjang 10 tahun ni...tak habis.
yang aku tahu,betapa aku bersyukur kerana dipinjamkan Mohd Akmal kepadaku...luv u huby (^_^)

No comments:

Daisypath Anniversary tickers

.

Thank You
Egic’98