Facebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook Layouts



Make Facebook Glitter Words />

La haulawala quwwata illa billa hil aliyyil azim...Knowing Is Not Enough, We must Apply & finally, Willing Is Not Enough,We Must Do..

Lirik Lagu (13) Resepi (3) si cilik (20) TINTA HATI (37) utama (24)

Followers

Tuesday, April 20, 2010

Blackout......

Malam tadi aku terjaga dari tidur kerana terasa suhu begitu membahang.Huby pun turut terjaga.Rupanya talian elektrik terputus.Patutlah panas sangat.Huby pun sampai berpeluh-peluh.Jam waktu itu menunjukkan pukul 2.30 pagi.Huby nyalakan lilin.Kerana kepanasan,aku menyuarakan cadangan kepada hubby supaya kami sekeluarga mengambil angin diluar.
Tanpa banyak soal,kami bersiap....hubby capai kunci kereta,bawa bantal satu untuk anak-anak berbaring di kerusi belakang...dan terus memandu.Destinasinya ialah pantai Batu Hitam.Suasana baru lepas hujan...seronok juga tidur dalam kereta melihat langit malam yang luas terbentang berdepan permandangan laut malam yang indah.......hmm..romantik.
Aku dan hubby berbual-bual sambil mengungkap kata cinta.Anak-anak dah tidur di kerusi belakang.Dah lama rasanya kami tak berbual dalam suasana macam tu.Namun akhirnya kami terlena.Bila terjaga aku lihat jam dah pukul 5 pagi.Sebelum pulang hubby memandu ke teluk cempedak dan kami menikmati permandangan malam di sana pula.Maklumlah bukan selalu dapat keluar bersama waktu macam tu.Setelah hampir subuh,huby memandu pulang.Lagipun kaklong nak bersiap untuk ke sekolah.
Bermulalah satu lagi hari yang indah pagi itu.Dalam hati aku bersyukur sebab blackout...kalau tak erana tu,mungkin tiadalah tercipta kenangan seperti semalam.....Semakin hari,semakin hangat rasa cinta di antara kami...semoga kekal hingga keakhirnya..Amin.

Wednesday, April 7, 2010

Demam....

Rasanya dah lama aku tak men-update-kan blog aku nih..Sekarang musim panas terik dan musim denggi.Kami semuanya demam.Tapi taklah disuspek denggi.Kak long dah demam hampir 2 minggu.Angah pula dah 4 hari.Tapi alhamdulillah...anak-anak demam namun masih cergas macam biasa.Takdelah baring aje.Ibunya pula demam yang menyebabkan sakit kepala.
Kak long jenis yang sangat payah nak makan ubat...terlalu memilih tapi kak long rajin basuh kepala dan letakkan tuala basah di dahi.Angah pula suka sangat dengan ubat.Selalu cemburu bila tengok kak long makan ubat walhal pada masa tu angah tak demam.Tapi angah sangat payah kalau ibu nak basahkan kepalanya.Hmm...macam-macam karenah anak-anak ibu ni.
Lucunya bila angah demam,terdengar saja dek angah bila ibu cakap angah demam,terus aje dia melompat gembira.Habis semua orang yang dijumpanya,angah akan cakap yang angah demam.Apa taknya.....seronok sangat demam sebab boleh makan ubat..!!.Setiap hari bahkan setiap jam angah akan ingatkan ibu bahawa angah demam.....dan tentulah angah minta nak makan ubat.Dah dibuatnya macam gula-gula pulak.....Bila ibu katakan yang angah dah baik..tak boleh makan ubat,angah akan marah dan akan buat-buat demam!!.Kak long pun tak kurang perangainya.Asal pagi nak ke sekolah...mulalah muka dah jadi macam orang demam.Tapi bila petang time main......macam orang yang tak pernah sakit!!
Hai.......anak-anak ibu ni.Meskipun ibu sakit....tapi hati ibu selalu gembira dengan karenah kamu berdua.Beruntungnya ibu memiliki anak-anak yang comel dan sentiasa buat ibu tersenyum bahagia.Sayang semuanya.........mmmuuuah!!

Friday, April 2, 2010

Berkelah










Cuaca sangat panas hari ini menyebabkan aku dan hubby membuat keputusan untuk pergi berenang dan berendam.Sementara menunggu Kaklong pulang dari sekolah,of coz la aku siapkan barangan keperluan.

Destinasi perkelahan kami sekeluarga hari ini ialah air terjun Panching.Setelah sekian lama kami tak berkelah disini,banyak perubahan yang telah berlaku.
Memang seronok mandi-manda disini apatahlagi suhu airnya yang sejuk lagi dingin.
Lucunya angah cuma berendam kurang dari setengah jam kerana dah menggeletar kesejukan!.Kaklong pula terus aje sihat...dah tak demam lagi dah bila tengok air.
Memang seronok berenang dan menyelam apatahlagi kebetulan tempat ini sedikit sunyi dan kurang pengunjung.Maklumlah bukan hari cuti.Bila dah kesejukan kami rehat sebentar sambil menikmati goreng pisang suam....
Sayangnya kami mandi tak lama.Oleh kerana hari dah petang dan tempat ini akan ditutup pada jam 6.00 petang,kami pun bersiap untuk pulang.
Lucunya waktu nak salin pakaian,kami tersedar yang baju angah dan abah tertinggal!!.Apalagi...angah dan abah balik pakai tuala aje laa....hahahaa...
Mujur naik kereta...kalau naik bas??.
Apapun ini tetap percutian/perkelahan yang menyeronokkan.Tq hubby.....................
























Ini adalah antara gambar yang sempat aku snap untuk kenangan kami sekeluarga.
air yang sangat sejuk,dan best...macam kolam renang.Ditengahnya ada direntangkan tali yang diikat pelampung kecil untuk pegangan kerana air yang dalam.





Hubby siap mencuci baju lagi....kampung style...menggosok atas batu....
Angah pula tengah kesejukan tu..berbungkus dengan tuala.
Daisypath Anniversary tickers

.

Thank You
Egic’98