Make Facebook Glitter Words />
La haulawala quwwata illa billa hil aliyyil azim...Knowing Is Not Enough, We must Apply & finally, Willing Is Not Enough,We Must Do..
Followers
Tuesday, October 26, 2010
Sakit mata
Tanggal 16 oktober 2010,doktor mengesahkan aku mengidap cornea ulcer.Bermula dengan sakit mata kemerahan biasa,sehinggalah bengkak dan menanah akhirnya aku di tahan di wad mata selama seminggu.
Alhamdulillah dikurniakan anak-anak yang tidak cerewet bila ibunya tiada di rumah,di samping memiliki seorang suami yang sangat prihatin serta penyayang.
Sepanjang berada di wad,suami tidak jemu menemani.Bermula hari pertama pada siangnya sehinggalah malam malah sudi tidur dilantai demi menemani aku.
Bersyukur juga kerana dikurniakan kedua ibubapa yang sudi menjaga anak-anakku di rumah.
Berada di hospital,aku ditempatkan di wad mata dalam sebuah bilik pengasingan kerana bimbang akan berlaku jangkitan dari luar.
Sakit mata yang aku anggap biasa rupanya begitu serius.Kata doktor mujurlah aku cepat ke hospital.Jikalau lambat kemungkinan aku akan kehilangan mata kananku malah mungkin akan kehilangan nyawa juga!.
Jangkitan sejenis kuman yang aku dah lupa namanya ini sangat cepat merebak,dalam tempoh 24jam kuman ini boleh merebak ke otak!!.Nauzubillah.....
Namun alhamdulillah,seminggu berada di hospital aku dibenarkan pulang walaupun belum sembuh sepenuhnya.
Aku terpaksa membuat jadual bg menitis ubat kedalam mata setiap 2jam sekali dan selang 3 hari akan ke hospital bagi membuat pemeriksaan susulan.
Berada di hospital begitu membosankan apatahlagi kerinduan terhadap rumah dan anak-anak yang sangat merentap jiwa.Tambahan lagi rindu juga akan aktiviti memancing yang hampir setiap hari aku lakukan bersama suami tercinta.
Sehinggakan pada hari aku dibenarkan pulang,sempat aku singgah di sungai tanjung api bagi melunaskan kerinduan!!
Monday, October 4, 2010
Eidulfitri 1431H
Salam eidulfitri buat semua..
Alhamdulillah kali ini masih berkesempatan mencoret sedikit kenangan di hari raya yang lepas...
Eidulfitri disambut dengan meriah apatahlagi bertambahnya ahli baru dalam keluarga.Apa yang meriahnya semua ahli keluarga meluangkan masa bersama dari awal menziarahi pusara arwah terdekat hinggalah ke rumah sanak saudara.
Pada hari raya yang ke3 sempat kami meraikan eidulfitri dan ulangtahun kelahiran kak ida merangkap kakak iparku dengan berkhemah serta berkelah di air terjun Berkelah Maran.Alhamdulillah sangat meriah apatahlagi jarang bertemu dan meluangkan masa bersama.
Paling seronok melihat keletah anak-anakku beraya.Terutamanya si angah yang begitu teruja di awal pagi raya sebab nak pakai baju melayu baru dan kononnnya nak solat hari raya di masjid bersama abahnya.Tapi kerana terlalu seronok pada malam raya dan tidur terlalu lewat,pagi hari raya angah dah terlambat bangun...maka tak sempatlah angah ikut abahnya ke masjid.
Angah seronok sangat berziarah dari rumah ke rumah..mana taknye..dapat duit raya!
Hingga abahnya kepenatan melayan karenah angah.
Hmm...apa halnya kak long pula?
Kak Long lagilah seronoknya...maklumlah dah besar dan dah pun pandai kira duit raya sendiri.Kak long tak nak bagi ibu simpan duit rayanya.Semua kak long simpan sendiri.
Setiap minit kak long akan kira duit raya dah ada banyak mana....aduhai....naik serabut ibu dan abah tengok!!
Satu hari kak long tercicir sampul angpaunya atas lantai dalam bilik..kebetulan ibu menyapu lantai dan terjumpa.Apalagi,ibupun ambil dan simpan lepas tu buat-buat tak tahu!...
Malam tu....muka kaklong sedih sangat.ibu dan abah tanyakan kak long kenapa muka sedih sangat...buat2 tanya...hahahaa....
Kak long tak nak cakap.Mungkin takut kena marah sebab hilangkan duit raya.
3 hari lepas tu barulah kak long bercerita...apalagi,ibu pun buat2 la marah,alasan kak long degil sangat tak nak bagi ibu simpan.
Tapi kesian la pulak...kak long menangis sehari suntuk...
Tak sampai hati,aku pun bongkarkan rahsia...
Setelah itu,kaklong tak nak dah simpan sendiri.Dapat aje duit raya,kaklong akan bagi ibu simpan...^_^
Bila ditanya angah,nak buat dengan duit raya angah ni?
Angah akan jawab,angah nak beli basyikkal(basikal)!
Akhirnya basikal dah pun di beli tapi angah main tak sampai seminggu lepas tu tersadai....huhuuu....
Basikal kak long pula tak sampai seminggu main,dah pun putus rantai...
Alahai anak-anak...apa nak dikata..(^_^)
Subscribe to:
Posts (Atom)
.
Egic’98