Facebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook Layouts



Make Facebook Glitter Words />

La haulawala quwwata illa billa hil aliyyil azim...Knowing Is Not Enough, We must Apply & finally, Willing Is Not Enough,We Must Do..

Lirik Lagu (13) Resepi (3) si cilik (20) TINTA HATI (37) utama (24)

Followers

Tuesday, May 11, 2010

memancing @ Sukida Resort

Seronoknya dapat memancing di Sukida Resort.Inilah kali pertama memancing kolam di sini.
Umpan yang digunakan pun tak sama seperti memancing di pantai dan sungai.Pada mulanya aku dan hubby terasa janggal tapi memandangkan adik aku yang dah biasa gunakan umpan yang sama,kami ikutkan saja.Alhamdulillah,tuah joran baru aku agaknya...tak begitu lama menunggu...umpan dah mengena.Seronok bukan kepalang sebab aku yang first dapat ikan!!
Inilah ikan Pacu yang aku dapat tapi orang lain yang tolong pegang sebab aku geli pegang ikan hidup..hehhe...Selang beberapa ketika aku dapat ikan buat kedua kalinya sebagaimana gambar diatas...itulah ikan Lampam seberat 1 setengah kilo...fuh!Boleh tahan...Menariknya berkenaan memancing kat Resort ini,dapat saja ikan terus boleh upahkan pekerja Resort ini untuk masakkan ikan yang telah di pancing.Seronokkan?Apalagi.....terus saja kami minta digoreng berlada ikan Lampam tadi..Sangat sedap!!langsung tak hanyir dan payau.Semuanya makan dengan begitu berselera. Bakal adik ipar aku pun dapat pancing ikan talapia tapi taklah seberat ikan aku tadi.Ikan Talapia itupun digoreng berlada.

Najihah pun bukan main seronok sebab di sini ada seekor kucing yang gemuk dan sangat besar lagi hensem yang bernama Gemang...Sibuk mengiau dan 'mengecek' ikan dengan kami.
Hari yang memuaskan dan semuanya berseronok meskipun hanya aku seorang yang dapat 2 ekor ikan besar!!!hehehhee................

Saturday, May 8, 2010

semua enjoy

Alhamdulillah selesai sudah program Persona Nisa' 2010.Penghargaan tak terkira kepada hubby tersayang kerana sanggup menjaga anak seharian dan selalu memberikan sokongan kepada diri ini dalam memilkul tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Sepanjang program Persona yang diadakan di Semporna Resort iaitu bermula dari seawal 8 pagi hingga berakhirnya jam 6 petang,hubby lah yang menguruskan dan melayan anak2.Seronok anak2 walaupun ibunya tak ada kerana dapat mandi kolam.3 jam bermain air,abahnya panggil langsung tak diendahkan dan tak hiraukan makan minum.Kalau aku pun seronok sebab kolamnya sangat menyeronokkan.

Begitulah seronoknya anak2 bila dapat bermain air.Dan aku pula sempat enjoy dengan hubby di tepi kolam renang...santai sambil memerhatikan anak2 bermain.







Apapun cuti sekolah anak2 tetap bermakna meskipun ibunya sibuk dengan pelbagai program..Alhamdulillah..syukur.

Saturday, May 1, 2010

Memancing

Minggu ini hubby cuti......percutian yang sangat menyeronokkan.
kami sekeluarga menghabiskan masa bersama dengan memancing.Pada hari
kedua hubby cuti kami ke Pantai Kemasik.Waktu kami tiba air masih
pasang dan ombak besar.Sebenarnya dah lama kami sekeluarga tidak ke Kemasik.Entah kenapa pada hari itu hubby tiba-tiba teringin nak memancing dan mandi-manda kat sana.Kebetulan kami sampai ombak masih besar dan pantainya agak curam.
Kasihan anak-anak tak dapat mandi pantai.Cuma mandi air yang bertakung dalam batu besar yang ada kat situ.Aku dan hubby pula asyik memancing.
Tapi nasib tak menyebelahi kami...umpan habis tapi seekor ikan pun tak dapat...hehehe....takde rezeki....Namun anak-anak tetap seronok kerana walaupun tak dapat mandi pantai,tapi setelah itu dapat main di taman permainan yang disediakan kat situ.Setelah hari beransur petang,
kami pun pulang.

Keesokkan harinya,sekali lagi kami ke Kemasik.Nak lepaskan
geram semalam...
Tapi kali ini kaklong tak turut serta kerana bersekolah.Malangnya angah masih tak dapat mandi pantai kerana air masih dalam dan ombak besar.
Aku dan hubby pula mula melontarkan joran kami.Namun tak sampai 2 jam kami
putuskan untuk berpindah ke tempat lain memandangkan ombak yang besar
arus yang kuat sehingga seringkali kail tersangkut di celah batu-batu yang ada.
Kami kemaskan peralatan dan berpindah tempat di Bakau Tinggi kemaman.
Sewaktu kami sampai di Bakau Tinggi air beransur surut.Dan jangkaanku,kalau air surut mesti tak seronok memancing...memandangkan
aktiviti memancing kami yang lepas
pun macam tu juga.Dan jangkaan aku memang tepat.
Dah lah umpan habis,ikan tak
dapat...kail selalu tersangkut dan kadang-kadang putus!hehhee...
Itulah lumrah bagi kaki pancing..............Apapun kami masih seronok
kerana
dapat meluangkan masa bersama-sama melakukan aktiviti yang kami gemari.
Petang itu kami balik dengan tangan kosong tapi hati penuh bahagia.

Keseronokkan memancing tak berhenti setakat itu sahaja.Meskipun dah 2 hari memancing tapi tak berhasil,tapi aku dan hubby masih enjoy dan masih mahu meneruskan aktiviti kami.Pada kali ini pula kami mencuba nasib memancing di Esplanade Kuantan.Waktu malam sememangnya ramai orang memancing di
ini.



Suasana memancing disini memang tenang.Kebetulan pula malam itu cuaca
cerah,bulan bersinar terang dan bintang-bintang jelas kelihatan.
Kira romantik la kami memancing pada malam tu....kaklong pula tak ikut,
tidur kat rumah dan angah pula tidur lena dalam kereta....takde gangguan kami memadu kasih malam tu...hehehe.........

Berbalik kepada kisah memancing tadi,harapan kami mestilah
nak dapat ikan namun harapan tinggal harapan.Rupanya kali ini lebih
malang lagi.
Dahlah umpan habis,joran pula sangkut setiap kali baling.....
Dahlah sangkut,mata kail hilang dengan batu ladung sekali!!!.
Aku tergelak jelaa......apa lagi nak dikata.

Malam itu kami pulang awal...sebabnya,peralatan dah habis!!
Semuanya
berkubur di dasar sungai kuantan...
hahhaa.........tanpa berlengah kami balik rumah dan tidur..........
Daisypath Anniversary tickers

.

Thank You
Egic’98