Facebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook Layouts



Make Facebook Glitter Words />

La haulawala quwwata illa billa hil aliyyil azim...Knowing Is Not Enough, We must Apply & finally, Willing Is Not Enough,We Must Do..

Lirik Lagu (13) Resepi (3) si cilik (20) TINTA HATI (37) utama (24)

Followers

Wednesday, November 28, 2012

Berhenti Lakukan 30 Perkara Ini!

Tiada sesiapapun boleh berundur kembali ke masa lepas dan memulakan kehidupan baru, tetapi sesiapapun boleh memulakannya hari ini dan membuat kesudahan yang baru.”


Berhenti menghabiskan masa dengan orang-orang yang salah. – Hidup ini terlalu singkat untuk menghabiskan masa dengan orang-orang yang seperti ini. Jika seseorang mahu anda dalam kehidupan mereka, mereka akan memberi ruang untuk anda. Anda tidak perlu berjuang untuk mendapatkannya. Pernah, pernah menegaskan diri kepada seseorang yang sentiasa menghadap bernilai. Ingat, orang yang berada di tepi anda ketika anda senang adalah musuh anda tetapi orang yang berada di tepi anda ketika susah adalah sahabat anda.

Berhenti lari dari masalah anda. – Semua orang di dunia ini tidak mudah untuk menahan tumbukan dari orang lain tetapi bagaimana untuk kita mengatasinya? adakah hanya sekadar mengelakkan diri hingga akhir? Pasti ada cara untuk menahan tumbukan dengan cara yang bijak. Jadi berhenti lari dari masalah kerana setiap permasalahan merupakan pengujian terhadap kemantangan kita.

Berhenti menipu diri sendiri. – Anda boleh berbohong kepada sesiapa sahaja di dunia, tetapi anda tidak boleh berbohong kepada diri sendiri. Dalam kehidupan kita mempelajari memperbaiki hanya apabila kita ada peluang, dan peluang yang pertama dan yang paling sukar yang boleh kita ambil adalah untuk menjadi jujur dengan diri kita sendiri.

Berhenti meletakkan keperluan diri anda di belakang. – Perkara yang paling menyakitkan adalah jika anda hilang arah, hilang tujuan hidup dalam proses mencintai seseorang melampau! dan lupa yang diri anda juga istimewa. Ya, tolong orang lain; tetapi tolong diri anda juga. Jika tiba masa anda ada sesuatu perkara yang ingin anda lakukan dan perkara yang membawa kebaikan untuk diri anda, kinilah masanya!

Berhenti cuba untuk menjadi seseorang yang anda tidak boleh jadi. - Salah satu cabaran terbesar dalam kehidupan di dunia ini ialah cuba untuk membuat diri anda seperti orang lain. Seseorang akan sentiasa menjadi lebih cantik, seseorang itu akan sentiasa menjadi lebih bijak, seseorang akan sentiasa menjadi lebih muda, tetapi mereka tidak akan menjadi seperti anda. Jangan mengubah supaya orang akan suka anda. Jadilah diri sendiri dan orang yang ikhlas akan menyukai diri sebenar anda.

Berhenti bergantung pada masa lalu. – Anda tidak akan dapat memulakan episod baru sekiranya anda asyik melihat berulang kali episod lama

Berhenti menjadi takut untuk membuat kesilapan. - Melakukan sesuatu dan mendapat kesalahan sekurang-kurangnya sepuluh kali lebih bagus daripada tidak melakukan apa-apa. Setiap kejayaan mempunyai kegagalannya dan setiap kegagalan akan menuju ke arah kejayaan.

Berhenti menilai diri dengan kesilapan lalu. – Anda mungkin cinta orang yang salah, menangis perkara yang salah, walau macam mana pun benda jadi salah, yang pasti, kesalahan membantu kita ke arah perkara dan orang yang betul. Manusia, semua buat kesilapan, ada perjuangan, dan juga ada penyesalan tentang yang lalu. Tetapi anda bukan kesalahan anda, anda bukan perjuangan anda, anda di sini SEKARANG dengan kuasa untuk membentuk hari dan masa depan anda. Setiap benda yang berlaku terhadap diri anda adalah penyediaan anda untuk masa yang akan datang.

Berhenti cuba untuk membeli kebahagiaan. – Banyak perkara yang kita inginkan adalah mahal. Tetapi hakikatnya, perkara-perkara yang benar-benar memuaskan kita benar-benar bebas – cinta, ketawa dan bekerja dengan gembira.

Berhenti melihat orang lain untuk kebahagiaan. - Jika anda tidak gembira dengan siapa yang anda berada di sekeliling anda, anda tidak akan gembira dalam hubungan jangka masa panjang dengan sesiapa pun. Anda perlu untuk mewujudkan kestabilan dalam kehidupan anda sendiri terlebih dahulu sebelum anda boleh berkongsi dengan orang lain.

Berhenti jadikan diri anda terbiar. - Jangan berfikir terlalu banyak atau anda akan mewujudkan satu masalah yang tidak ada di tempat pertama. Menilai situasi dan mengambil tindakan tegas. Anda tidak boleh mengubah apa yang anda tidak mahu kerana meningkatkan kemajuan adalah melibatkan risiko.

Berhenti pemikiran anda yang selalu tidak bersedia. - Tiada siapa yang pernah merasakan 100% bersedia apabila peluang timbul. Kerana peluang yang paling besar dalam kehidupan akan memaksa kita untuk berkembang dengan lebih maju.

Berhenti terlibat dalam hubungan untuk sebab-sebab yang salah. - Hubungan mesti dipilih dengan bijak. Ia adalah lebih baik untuk bersendirian daripada berada dalam kumpulan yang buruk. Tidak perlu tergesa-gesa. Jika anda berniat baik, pasti akan di balas dengan baik.

Berhenti menolak hubungan baru hanya kerana yang lama berjalan dengan baik. - Dalam kehidupan, anda akan menyedari bahawa terdapat tujuan untuk setiap orang yang anda jumpai. Sesetengah akan menguji kamu, sesetengah akan menggunakan anda dan ada yang akan mengajar anda. Tetapi yang paling penting, ada yang akan membawa jalan keluar yang terbaik untuk diri anda.

Berhenti cuba untuk bersaing dengan orang lain. - Jangan bimbang tentang apa yang orang lain lakukan walaupun ianya lebih baik daripada anda. Tumpukan sahaja dengan mengalahkan rekod anda sendiri setiap hari. Kejayaan adalah pertempuran antara ANDA dan DIRI sahaja.

Berhenti cemburu dengan orang lain. - Cemburu merupakan satu sifat yang kurang elok yang boleh mengundang bahaya sekiranya tidak pandai mengawalnya. Cemburu sikit-sikit bolehlah. Jangan sampai memudaratkan diri dan orang lain.

Berhenti mengadu tentang diri sendiri. - Semua orang pasti ada kelemahan diri. Walaupun kita tidak dapat menjadi seperti orang kaya atau berjaya, percayalah, sebenarnya diri kita adalah yang paling terbaik.

Berhenti berdendam. - Jangan hidup dengan kebencian ada di dalam hati anda. Anda akan berakhir sehingga mencederakan diri sendiri lebih daripada orang yang anda benci. Pengampunan adalah jawapannya … mari mencari kedamaian, bebaskan diri sendiri! Dan ingat, keampunan tidak hanya untuk orang lain, ia adalah untuk anda juga.

Berhenti membiarkan orang lain membawa anda ke tahap mereka. - Jangan asyik menjaga hati orang lain sedangkan hati sendiri tidak terjaga.

Berhenti membuang masa menerangkan diri anda kepada orang lain. - Kawan-kawan anda tidak memerlukannya dan musuh anda tidak akan percaya juga. Hanya melakukan apa yang anda tahu di dalam hati anda sudah memadai.

Berhenti melakukan sesuatu yang sama berulang-ulang kali tanpa rehat. - Masa untuk tarik nafas ketika anda tidak ada masa untuknya. Kalau anda kerap melakukan sesuatu yang anda selalu melakukan, anda selalu dapat apa yang anda ingini. Kadangkala, anda perlu jauhkan diri anda dari melihat sesuatu dengan jelas.

Berhenti melupakan kenangan detik-detik kecil. - Nikmati perkara-perkara kecil, kerana satu hari jika anda teringatkannya, ia boleh menjadi perkara yang sangat besar dalam kenangan anda. Bahagian terbaik dalam hidup anda ialah kenangan yang kecil, ingat kembali detik-detik kecil anda tersenyum dengan orang yang anda bahagia.

Berhenti cuba untuk membuat perkara yang sempurna. - Di Dunia ini tidak ada ganjaran yang sempurna tetapi balasannya adalah baik jika anda lakukannya dengan ikhlas.

Berhenti mengikuti jalan yang kurang rintangan. - Hidup tidak mudah, terutama apabila anda merancang untuk mencapai sesuatu yang berfaedah. Jangan mengambil jalan yang mudah. Adakan sesuatu yang luar biasa.

Berhenti bertindak seperti segala-galanya adalah baik tapi ianya tidak. - Ia okay untuk jatuh selain untuk seketika. Anda tidak perlu sentiasa berpura-pura untuk menjadi kuat, dan tidak ada kekuatan untuk sentiasa membuktikan bahawa segala-galanya akan baik. Anda tidak perlu bimbang dengan apa yang orang lain sedang pikirkan – menangis jika anda perlu – ia sihat untuk menitiskan air mata anda. Lebih cepat anda lakukan, lebih cepat anda akan tersenyum lagi.

Berhenti menyalahkan orang lain dalam masalah anda. - Sejauh mana anda boleh mencapai impian anda? ia hanya bergantung kepada sejauh mana anda memikull tanggungjawab dalam hidup anda. Apabila anda menyalahkan orang lain atas apa yang anda lalui, anda menafikan tanggungjawab anda.

Berhenti cuba untuk menjadi segala-galanya kepada semua orang. - Berbuat demikian adalah mustahil, dan ia hanya akan membakar diri anda. Tetapi membuat seseorang tersenyum BOLEH mengubah dunia ini. Mungkin tidak seluruh dunia, tetapi dunia mereka.

Berhenti bimbang banyak sangat. - Jangan asyik berasa bimbang sahaja, kita tidak pasti bila ia akan berlaku. Tumpukan perkara yang ada di depan mata.

Berhenti memberi tumpuan kepada apa yang anda tidak mahu berlaku. – Fokus kepada apa yang anda mahu berlaku. Letakkan pemikiran positif di barisan hadapan dan setiap kisah itu adalah kejayaan yang sangat besar. Jika anda bangun setiap pagi dengan pemikiran bahawa sesuatu yang indah akan berlaku dalam hidup anda hari ini, dan anda memberi perhatian teliti, anda sering akan mendapati bahawa anda adalah betul.

Berhenti yang tidak bersyukur. – Tidak kira bagaimana baik atau buruknya keadaan anda, bangun setiap hari dan bersyukur dengan kehidupan anda. Ada Seseorang di tempat lain yang lebih susah dan sedaya upaya berjuang untuk diri mereka.

Tuesday, November 27, 2012

belajar erti hidup

Kita pernah “DILUKAI”
dan mungkin pernah “MELUKAI”
tapi kerana itu kita BELAJAR ...
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.
Kita pernah “DIBOHONGI”
dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”,
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.
Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini,
mungkin kita tidak pernah belajar erti diri
MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.
Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini,
tidak akan terulang kembali.
Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..
yaitu BELAJAR dari masa lalu
untuk hari ESOK yang lebih baik.
Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencuba lagi
GAGAL, bangkit lagi,
Sehinggalah Allah memanggil:
“Waktu untuk PULANG”

Friday, September 7, 2012

Adrenalin

Rangkap satu
Kata mula pendahuluanku
Salam mula cara kita
Sejahtera semua

Jangan banyak jangan sikit
Sederhana cukup
Cara aku cara kamu
Sama tak serupa

Pandanganku hanya ke langit biru
Sabar menanti kelam berlalu pergi
Tampil matahari berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu


Siapa bilang siapa kata
Bulan itu jauh
Siapa sangka siapa tahu
Naik turun aku

Pandanganku hanya ke langit biru
Sabar menanti kelam berlalu pergi
Tampil matahari berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu

Kau juga aku bukan tak biasa
Dah jatuh dan bangun semula

Semua tahu semua tipu
Benar jadi palsu
Makin dekat makin mahu
Adrenalin laju

Berlari laju
Ku terbang tinggi
Menuju ke bintang itu


Thursday, July 5, 2012

amalan agar dimurahkan rezeki


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.


Diantaranya:



1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:


“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)


2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:


“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)


3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:


“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)


4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:


“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)


5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:


“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)


Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:


“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:


“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)


7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:


“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)


8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.


9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:


“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”


10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:


“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)


12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:


“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)


13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:


“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)


14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .


15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:


“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:


“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)


Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)


17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.


Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.


Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.


18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.


19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)


Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:


“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)


Nabi s.a.w. bersabda:


“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)


Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)


Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Daisypath Anniversary tickers

.

Thank You
Egic’98