Facebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook LayoutsFacebook Layouts



Make Facebook Glitter Words />

La haulawala quwwata illa billa hil aliyyil azim...Knowing Is Not Enough, We must Apply & finally, Willing Is Not Enough,We Must Do..

Lirik Lagu (13) Resepi (3) si cilik (20) TINTA HATI (37) utama (24)

Followers

Thursday, March 25, 2010

Syabas!!

Bersyukur kepada Allah kerana hari ini aku masih dapat menulis sedikit coretan untuk dikongsi bersama.Hari ni aku nak bercerita tentang kaklong.
Kaklong atau Jia, sape lagi kalau bukan puteri aku yang comel tu.Sekarang kaklong dah darjah 2.
Tiap-tiap pagi aku akan kejutkan kaklong bangun dari tidur untuk ke sekolah dan setiap kali itulah kaklong menangis.Susah betul nak bangun mandi.Kadang-kadang lewat hinggakan ditinggalkan van sekolah.Terpaksalah abah hantarkan kaklong sebelum abah pergi kerja.Itulah perangai kaklong setiap hari.
Akan tetapi,sejak dari hari Isnin yang lepas membawa kepada hari ini iaitu hari khamis,satu keajaiban dah berlaku!.Betul........ibu dan abah kaklong naik hairan dibuatnya.
Selalunya Kaklong makin liat nak bangun pagi setelah lama bercuti.Pada hari isnin,iaitu hari pertama bersekolah setelah cuti selama seminggu,tiba-tiba kaklong berubah.Pagi itu kaklong bangun pada jam 6 pagi tanpa dikejutkan.Kaklong bangun dan terus mandi.Selesai mandi,kaklong terus berpakaian sekolah,kemaskan katil dan solat subuh.Dalam hati aku..'mengigau agaknya kaklong nih'.Hari itu sampai disitu sahaja kehairanan aku.Aku berpendapat mungkin hari itu kebetulan kaklong dah hilang mengantuk agaknya.
Namun...peristiwa itu tidak berakhir disitu.Sebaliknya itu adalah permulaan yang baik dalam hidup kaklong.Perkara itu masih berlarutan hingga kehari ini.Jadi aku sebagai seorang ibu tentulah merasa bangga dengan perubahan kaklong.Dalam hati mengatakan,kaklong dah dewasa dan sudahpun pandai mendisiplinkan diri.Alhamdulillah.Maka tiadalah lagi pertengkaran di waktu pagi.
Kaklong bukan sahaja dah pandai bangun pagi sendiri tanpa dikejutkan malah solat 5 waktu pun dah tak perlu aku ingatkan lagi
Kepada kaklong....syabas ibu ucapkan.Dan doa ibu semoga kaklong istiqamah dalam melakukannya.Ibu bangga denganmu sayang...........

Tuesday, March 23, 2010

Resepi Cinta

1. Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”. Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apayang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk meciptakan hubungan yang ceria,penuh cinta,dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?”dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati,kamu mesti mencari sahabat sejatiterlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian salingberpandangan, tapi lebih bererti bersama – sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat,menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..

6. Kekuatan untuk melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untukmengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata – kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan…dan sekarang…kenapa kamumenunggu?

8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setiadengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan semangat
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari – hari kita dengan penuh semangat..

10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan.Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takutdan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjaditertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan – akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar – benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri “Apakah aku benar – benar mempercayainya sepenuh hati ?” jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

Monday, March 22, 2010

Nur Kasih


Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

Demi Matahari-Snada


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya … Subhanallah

Saturday, March 20, 2010

Harakah

  Hari ini lain dari hari yang lepas.Hari hujan tak berhenti lagi semenjak semalam.Syukurlah kerana sebelum ini cuaca terlalu panas hinggakan rumput kat laman rumah aku pun kering kontang.Terpaksalah aku siram hari-hari...sebab rumput tu aku yang tanamkan.
  Sedang aku termenung sendirian,tiba-tiba aku teringatkan keletah anak2 yang selalu mencuit hati.So..aku pun login la blog aku dan sekarang inilah yang aku buat.Teringat aku waktu itu najihah(kaklong)masih kecil seawal 3 tahun.Nejad of course la takde lagi waktu itu.
  Ketika itu aku masih menetap dirumah bonda.Hubby aku tak ingat ada atau berkerja pada masa tu.Kak long sewaktu kecil sangat nakal dan aktif(sekarang pun).Langsung tak tahu duduk diam.Ada aje kerja dia.Explore  sana...selongkar sini.Kadang2 aku rimas.Kebetulan hari  itu banyak sangat kerja yang aku kena buat.Selepas solat zohor,aku kuncikan diri kat dalam bilik ...nak rehat.Kalau tak kunci tak dapat rehat almaklumlah ada anak yang nakal.Jadi kaklong main2 kat ruang tamu bersama nenda dan akinya.
   Sewaktu hampir terlena,tiba2 kaklong ketuk pintu...aiseh!kacau betul la...aku tak terus buka.Sebaliknya aku suruh kaklong menonton tv dengan nendanya...dengan harapan boleh la aku sambung tidur.
Tapi kaklong tak mahu.diketuknya lagi pintu bilik.Aku tanya kaklong nak apa?
Kak long jawab..'ibu bukalah pintu,nak ambik harakah kejap'
Aku garu kepala...'harakah?'Sejak bila pulak la anak aku yang kecik ni pandai baca harakah?
Aku layan je la...aku cari harakah kat dalam bilik untuk kaklong.Tak ada.........
'Mana ada harakah dalam bilik ibu ni..',laung aku pada kaklong disebalik pintu.
'Ada........'jawab kaklong kemudiannya dengan penuh yakin.
'Tak ada,ibu dah cari.pergi mintak dengan aki la..'kataku.
'Ada kat atas almari tu..'
Aku berpaling melihat almari.Tak ada pulak harakahnya.
Kak long tak berputus asa.Aku ingat tu cuma trick kaklong je agar aku bukakan pintu.
Tapi apabila mendengarkan kesungguhan kaklong,akhirnya aku mengalah dan aku bukakan pintu.
Sebaik pintu dibuka,kaklong terus meluru masuk..dan mencapai sesuatu diatas almari..katanya,
'Ni ada ni!'..dengan nada yang marah dia tunjukkan aku ,,MUQADDAM!
Haha...terguling aku gelak.patutlah aku tak jumpa.Sampai bila pun aku takkan jumpa cari kalau itulah namanya harakah!Hahaha....kelakar betul.
Kak long dengan muka marah..keluar dari bilik aku dan terus duduk kat ruang tamu untuk mengaji muqaddam tadi.Reaksinya macam dialah yang betul dan akulah yang salah.Itulah diantara kerenah anak yang terpaksa aku layan setiap hari.ada-ada saje karenahnya yang buatkan aku ketawa.Malam tu kecohlah satu rumah ketawa....
apalah kak long!


*Harakah adalah surat khabar

Friday, March 19, 2010

Mencari Bahagia

Alangkah gembiranya… 
Apabila kita tahu ada yang menyayangi diri kita. 
Dan alangkah hibanya hati bila ada pula yang membenci.
Gembira bila ada yang mengingati..berduka pula andai dikhianati. 
Luahkan rasa sayang bila dicintai.....pasrah bila dilukai. 
Pilihlah jalan mana yang kita sukai tapi 
tak dapat kita memaksa sesiapa mengikuti. 
Yang penting..hidup mesti diteruskan. 
Apa yang kita mahu,sering kita kejari 
Hingga terlupa apa yang telah kita miliki 
Dan tak pandai pula kita hargai 
Sering kita memilih sesuatu yang tidak pasti 
Sengaja pula menyakiti diri 
Menyalahkan takdir andai tak menyebelahi 
Apapun alasan kita..... 
Tepuklah dada tanyalah hati 
Semuanya terletak ditangan kita 
Hidup...kita yang mencoraknya 
Andai jatuh, Allah yang menghendaki-Nya 
Apapun perasaan kita....... 
Ketawalah.....................andai gembira 
Menangislah…………..andai berduka 
Memang itu fitrah manusia 
Mengajar kita lebih berdikari.. 
Dan lebih berani.. 
Luahan hati kita 
Biarkanlah hanya Allah yang tahu 
Semua yang kita miliki tetap milik-Nya 
Semua yang kita rasai masih milik-Nya 
Semua yang kita dapat hari ini 
Adalah pinjaman dari-Nya 
Seluruh hidup ini 
Dalam genggaman-Nya 
Hidup dan mati ketentuan-Nya 
Bergembiralah dengan hidup ini 
Berterima kasih pada yang telah menyayangi
Maafkan sesiapa yang menyakiti 
Belajarlah menerima dan memberi 
Dan bahagiakanlah hati 
Berikanlah senyuman 
Ceriakanlah hidupmu dan orang lain 
Suburkanlah kasih sayang 
Lepaskanlah kekecewaan 
KAU PASTI AKAN MENGECAPI BAHAGIA.. 
Kerana bahagia adalah milik……… 
Hati yang ikhlas memberi 
Hati yang ikhlas menerima
Hati yang zuhud 
Hati yang tawaddu’ 
Hati yang merasai kehambaannya 
KAU PASTI AKAN BAHAGIA......... 
Pilihlah jalan bahagia ini 
Laluilah walau ketika kau berduka 
Susurilah...
 Indahkan dunia ini.dengan senyumanmu 
Kau pasti temui  

KEBAHAGIAAN.........

Thursday, March 18, 2010

Bila Waktu Telah Berakhir

Artist: Opick
Song Category: Nasyid
Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi

Wednesday, March 17, 2010

Soalan bertemu jawapan..

KENAPA AKU DI UJI?

QURAN MENJAWAB :
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (”I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN
QURAN MENJAWAB :
“Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB :
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB :
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB :
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB :
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ”
(Surah At-Taubah ayat : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB :
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB :
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
(Surah Yusuf ayat 12)

Cinta?

INTA 

heart hearts glitterCINTA 

flowers roses rose“Apa maknanya impian datang dan pergi
Membawa hati menyusuri kembali jalan-jalan sepi
Kaukah di situ yang menantiku
Atau jelmaan titik kenangan
yang bernama pengalaman..
Siapakah diantara kita dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan Kau mainkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang
Kau..bayang-bayang…..
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
…Oleh resah mimpi yang tak sudah…”
                                                           
heart rose hearts flower

 Setiap orang mempunyai cinta.Ada yang cintakan insan,cintakan makhluk,
tak kurang pula yang cintakan dunia dan kemewahan.
Namun haruslah diingat,cinta pada agama.Allah dan Rasul  jualah yang
flower flowers butterfly butterflies butterflys rose roses kekal abadi.Ada cinta yang membawa bahagia.Ada pula yang
memakan jiwa.Tepuk dada tanyalah hati.Allah yang menerbitkan
 cetusan cinta dari hati manusia antara insan sesama insan.
Selebihnya,kitalah yang mengawalnya.Cinta tak semestinya berjodoh..
betul tak?Cinta juga tak selalunya sama merasa,sama membalas.
Lalu timbullah persoalan”mengapa dipertemukan?”.Cinta yang hadir bukanlah
flower flowers rose rosessemestinya bersatu.Kadang-kadang ia datang hanya sebagai ujian.
Kerana itulah Islam melarang bertentang mata lelaki
dan wanita,bimbang jatuh kehati yang bukan sebenar untuknya.
Kerana itu hati akan menderita.Tak dinafikan,walau kita tidak
pernah melayan rasa cinta itu,tapi ia hadir tanpa kita tahu sebabnya.
Sedaya upaya kita cuba melupakannya,semakin dalam ia terasa.
Apakah benar itu CINTA?Sedangkan dia bukanlah pasangan

yang Allah takdirkan sedari azali lagi.Setiap kali bertemu,jantung
 berdegup bagai ingin keluar meluahkan rasa gementarnya.Pelikkan?
Benarkah debaran yang dirasa atau adakah sekadar bisikan
syaitan yang ingin memesongkan hati-hati yang lalai?
Setiap orang pernah merasakannya.Tapi pernahkah jiwa-jiwa kamu merasakan
 getaran itu apabila menghadap Tuhanmu?Atau adakah kita juga lalai..Go to fullsize image
lantas ia terasa kosong…sepi.Dek kerana kekosongan itu maka
hadirlah bisikan-bisikan cinta yang penuh noda dan dosa.
Maka,adakah kita masih ingin kepada cinta yang lalai?
Persoalan yang sukar dijawab…kerana hati masih bergetar
mengenangkannya cinta itu..cinta yang ternyata kosong dan sepi.
Cinta yang tak tahu kesudahannya.
“Ya Allah,peliharakanlah hati-hati kami dari cinta yang melalaikan.
Bantulah kami,bukakanlah hati kami agar kami sentiasa
merasakan cinta-Mu dan cinta Rasul-mu.Dan hiasilah hati kami
 dengan rasa kasih kami kepada suami/isteri kami,ibubapa kami
dan saudara-saudara kami.Peliharalah jiwa kami agar
cintakan syurgamu tidak pada duniamu”-Amin


 


RENUNGKANLAH…….

Tuesday, March 16, 2010

Muhasabah Cinta


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar

Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Doa anak Soleh

Mimpi Abu Qilabah

Seorang yang bernama Abu Qilabat telah bermimpi ada kubur-kubur pecah di kawasan perkuburan. Dari kubur-kubur itu keluar mayat. Semua mayat kelihatan bercahaya pada wajahnya kecuali seorang. Mayat yang wajahnya tidak bercahaya itu adalah juran Abu Qilabat ketika hidup dahulu.

Abu Qilabat pun berkata kepada mayat itu, “Aku tidak nampak cahaya di wajahmu seperti yang lain-lain.”
“Mereka ada anak-anak dan teman yang berdoa serta bersedekah. Anakku tidak mendoakan aku dan tidak bersedekah untukku.” Kata mayat itu.

Keesokan harinya, Abu Qilabah pun mencari anak jirannya itu. Dia menceritakan mimpi itu kepadanya. Anak jiran Abu Qilabat pun segera menyedari kesilapannya. Semenjak ayahnya meninggal dunia memang dia tidak pernah berdoa dan bersedekah. Dia berasa bersalah apabila mendengar cerita Abu Qilabah.

Semenjak hari itu, dia sentiasa beribadat, berdoa, dan bersedekah untuk ayahnya yang sudah meninggal dunia. Dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh.

Selepas beberapa lama Abu Qilabah bermimpi lagi. Kali ini dia melihat ada cahaya pada wajah mayat yang dahulu tidak bercahaya. Malah cahaya itu lebih terang daripada mayat lain.

Semoga kisah ini menjadi satu teladan kepada anak-anak ibu.
Berbaktilah kepada ibubapa samada ibubapa masih hidup atau telah meninggal dunia.Sentiasalah berdoa untuk mereka.

Anak Soleh dan lembu

Al-Baghawi menceritakan kepada peserta pengajiannya, di kalangan Bani Israil ada seorang lelaki yang saleh, Ia punya seroang anak kecil dan seekor anak lembu. Menjelang hari kematiannya, lelaki itu melepaskan anak lembu tersebut di suatu hutan seraya berdoa. "Wahai Tuhanku, aku menitipkan anak lembu ini untuk anakku sampai ia besar"
Doa lelaki ini dikabulkan oleh Allah SWT. Setelah ia meninggal dunia, anak lembu itu tidak pernah keluar hutan dan selalu menyembunyikan diri agar tidak terlihat orang lain. Setelah anak itu dewasa, ia membaktikan diri pada ibunya. Ia berkerja mencari kayu bayar untuk kemudian dijual di pasar. Hasil jerih-payahnya itu dibagi tiga, satu bagian untuk sedekah, satu bagian untuk makan, dan yang terakhir untuk ibunya. Ia pun membagi waktu malamnya menjadi tiga, sepertiga malan untuk beribadah, sepertiga lagi untuk tidur, dan sepertiga lagi untuk menunggui ibunya.
Suatu hari ibunya mengatakan, "Sesungguhnya ayahmu meninggalkan anak lembu untukmu yang dilepaskan di suatu hutan. Carilah lembu itu sambil berdoa kepada Tuhannya Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishaq, dan Nabi Ya''qub supaya Dia mengembalikan anak lembu itu kepadamu.
Pergilah anak muda itu ke hutan, dan menemukan lembu yang dimaksud. Lalu ia berkata, "Demi TUhan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishaq, dan Nabi Ya''qub, tenanglah engkau di situ."
Lembu yang menghampiri anak muda itu dan berkata, "Hai anak muda yang bakti pada ibunya," tegur lembu tersebut. "Naikilah aku supaya ringan bagimu." Anak berkata, "Sesungguhnya ibuku tidak memerintahkan aku menaikimu, tetapi membawamu pulang."
"Demi tuhannya Bani Israil," sumpah lembu tersebut, "Jika engkau menaikiku (berarti tidak mematuhi perintah ibunya), sesungguhnya engkau tidak akan dapat menguasaiku selamanya. Maka berjalanlah engkau, karena sesungguhnya andaikan engkau memerintahkan sebuah gunung berjalan sendiri untuk engkau naiki, niscaya gunung itu akan menurut semata-mata baktimu kepada ibumu."

Sesampai di rumah, ibunya berkata, "Anakku engkau adalah orang fakir. Tidak punya harta, berpaya-payah mencari kayu bakar. Untuk itu juallah lembu ini." Ibunya menyuruh anak itu menjual lembu itu ke pasar dengan harga tiga dinar.

Maka pergilah anak itu ke pasar. Lalu Allah mengutus seorang malaikat untuk memperlihatkan kekuasan-Nya dan memberitahukan bakti anak muda itu terhadap ibunya kepada makhluknya.
"Berapa dinar engkau jual lembu ini", tanya malaikat itu.

"Tiga dinar, dan aku mengadakan perjanjian kepadamu dengan keridhaan ibuku, "Jawab anak muda itu.

"ambillah enam dinar ini, dan usahlah engkau meminta persetujuan ibumu", bujuk malaikat itu.

"Bahkan andai engkau memberiku emas seberat lembu ini, takkan kuterima kecuali dengan keridhaan ibuku".

Anak muda itu pulang kerumah, dan menyampaikan bahwa lembu mereka ditawar enam dinar.

"Kembalilah engkau ke pasar, dan juallah lembu itu dengan enam dinar atas keridhaanku," perintah ibunya.

Anak muda itu pun kembali ke pasar.

"Sudahkah engkau minta persetujuan ibumu?" Tanya malaikat yang tadi.

"Ibuku memerintahkan aku agar menjual lembu ini tidak kuran gdari enam dinar", kata si pemuda.

"Aku akan memberimu 12 dinar, tak usahlah kamu meminta persetujuan ibumu," bujuk malaikat itu lagi.



Pemuda itu kembali lagi kepada ibunya dan memberitahukan mengenai tawaran ini. Sang ibu berkata, "Sesungguhnya orang yagn datang kepadamu itu adalah malaikat. Ia menjelma dalam bentuk manusia untuk mengujimu. Untuk itu jika ia kembali kepadamu, tanyakanlah: apakah engkau mengizinkan aku menjual lembu ini atau tidak?"
Pemuda itu melaksanakan segal perintah ibunya. Akhirnya malaikat tersebut mengatakan, "Pulanglah engkau dan katakanlah pada ibumu agar merawat lembu ini baik-baik. Kelak Musa bin ''Imran akan membeli lembu darimu, karena ada seseorang yang amti terbunuh dari kaum Bani IUntuk itu jangan engkau jual, kecuali dengan uang dinar seberat lembumu itu."

Pemuda itu pulang dan merawat lembunya baik-baik. Tak lama kemudian Allah SWT mentakdirkan Bani Israil supaya menyembelih seekor lembu*. Lalu mereka berkali-kali meminta supaya Nabi Musa a.s. menerangkan sifat-sifat lembu yang akan disembelihnya. Sehingga akhirnya lembu anak muda itulah yang memenuhi syarat. Dan itu semua terjadi semata-mata karena amal bakti anak muda itu kepada ibunya.



*Lembu yagn dimaksudkan sebagai perantara untuk mencari siapa pelaku pembunuhan di kalangan kaum Bani Israil. Kisah ini diterangkan dalam Al Quran surah Al-Baqarah ayat 67-73.



Cerita ini disarikan dari bagian buku : Ridho Allah tergantung Ridho Orang Tua. Syamsul Rijal Hamid. Penerbit Cahaya Salam

celoteh angah



Kesiannyer anak ibu ni.Penat sangat bermain sakan hari ni.Selalunya angah ni tak tidur siang.Asyik tengok ibu mengupdate blog dicampur dengan keletihan,sampai tertidur angah.Lagipun merajuk pu betul juga.....
Kak long la tak nak main dengan angah.Sedih angah.Ibu la yang kena pujuk angah yang cepat sayu hati ni.
Selebihnya sebenarnya nak bermanaj dengan ibu,nak perhatian ibu.
Dalam pada ibu mengusap rambut angah,berbual dengannya..tiba-tiba dah tak berjawab..dah tertidur rupanya.Tengok muka angah ni,ibu selalu tersenyum sendirian.Apatah lagi tatkala terkenang celoteh angah yang tak putus-putus bertanya itu dan ini.
Teringat aku salah satunya adalah pertanyaannya sewaktu dalam kereta,perjalanan pulang dari kemaman.
Masa tu panas terik dan semak di kiri kanan jalan kering-kontang.Kemudian terlihatlah oleh angah ada api yang membakar semak beserta sebuah kereta bomba yang tengah mengawal kebakaran.
Apalagi,riuhlah angah menyatakan ada api...macamlah angah sorang je yang nampak.Tapi aku bagi respon buat2 baru ternampak...
Angah cakap bomba tu yang bakar semak..
Aku betulkan,aku cakap bomba tu padamkan api.
Angah tanya lagi,siapa yang bakar?
Aku jawab,cuaca yang terlampau panas hinggakan semak tu terbakar.
Angah potong,katanya,mana boleh terbakar sendiri.
Aku terangkan padanya,Allah yang buat sebab sekarang orang dah malas solat dan berdoa..ringkas dengan harapan dia boleh menerima.
Angah jawab,kalau macam tu angah nak solat dan berdoalah..takut Allah bakar lagi nanti.
Dalam hatiku,alhamdulillah anak ini mengerti.
Pagi esoknya,angah bangun pagi,sekonyong2 sambil menggenyeh mata,angah cakap padaku,
Ibu angah nak solat la..pastu angah nak berdoa..
Subahanallah...anak yang seawal 3 tahun ini sangat mudah menerima ajaran.Aku senyum je..dan dukung angah ke bilik air..basuh mukanya dan ajar dia amik wuduk.Walaupun dah pukul 8 pagi tapi takpelah kalau dia nak belajar solat..
Itulah antara celoteh angah yang sentiasa mahu tahu mengenai semua perkara.Semoga anak ibu menjadi hamba yang soleh.Amin....

Monday, March 15, 2010

Kisah kambing

Di suatu pagi yang suam-suam kuku,aku teringatkan pokok2 kat luar rumah yang seharian semalam tidak aku siram.Lantas aku keluar dan menghala ke pili air.
Mataku terlihat ada butir-butir berwarna hitam berhampiran dengan pili.Alamak!macam kenal je.......
Lalu aku menjejaki dan terkelih olehku kesan tapak kaki ada 4 tompok betul2 dalam perkarangan pokok pegaga yang ku tanam.Memang sah!Kambing dah masuk pagar......
Alahai.....
Aku pun start la 'menge-cek' kot-kot la ada pokok yang di makannya.Aku tengok kangkung kegemarannya,still ada.Lantas aku beralih pada pokok ros kesayanganku...mujur tak terusik.
Aku hairan.Selalunya kalau kambing masuk pagar,mesti ada je yang diratahnya.Malas nak pikir lagi,maka aku pun memulakan rutinku pagi tu...siram pokok.Satu persatu aku siram dan..........
maka persoalanku terjawab!Habis!!!
Pohon yang aku semai sekian lama.....aku bajai dengan penuh manja...huhu.....
Apalah kambing nih!Pandai ia memilih.Mesti kambing tu pun tau yang pokok tu jarang dijumpanya kat sini.
Kecohlah satu kampung kambing tu bercerita pada kengkawan dia.......mana taknye.....dapat makan POKOK ANGGGUR!!
Hampeh punye kambing.........
(Gambar pokok anggur yang dah setinggi lutut aku tak dapat aku rakamkan sebab takde papepun yang kambing tu tinggal..mesti bangga gile kambing tukan?)

Sesat.......


Aduhai......
Gambar ini di rakamkan ketika kami ke jengka 10 bagi menghadiri majlis perkahwinan seorang teman.
Perjalanan yang hampir 3 jam,di tengah panas terik(walaupun kereta beraircond)
ditambah pula sesat tak jumpa rumah pengantin!
Peta rumah pengantin ada dibawa tapi terlalu banyak kenduri kahwin kat felda ni...kalau tersalah rumah,macamana?(ha..eleh-eleh-versi angah).
Kesian angah dah kaklong,terpaksa melepak bawah pokok sawit(kononnya).
Kami ikut peta yang diberi dan dahpun jumpa rumah yang ada kenduri kahwin...
tapi kami masih 'konpius' kerana dalam peta rumah pengantin tepi simpang,tapi rumah yg kami jumpa tu tiada simpang pun.....???
Bila kami hubungi orang yang berkenaan dan tanya,bangsal kenduri atas jalan ke atau tepi rumah?Dikatanya atas jalan.Rumah yang kami jumpa tu pula khemahnya bukan atas jalan.Waktu tu kami nampak pengantin dari jauh..kurang jelas ditambah pula makeup pengantin yang dah hilang rupa asalnya...
Kami majukan kereta masuk simpang yang berhampiran tapi still dalam kawasan peta.Kami jumpa satu lagi kenduri kahwin.Dan kali ni khemahnya atas jalan pula.Namun masih teragak-agak nak pergi sebabnya,walaupun khemah dah atas jalan,tapi tak nampak pun simpang sebagaimana atas peta yang kononnya rumah pengantin kat tepi simpang!
Dalam pada teragak-agak dan kebingungan itu,sekonyong2 ternampaklah kelibat pengantinnya.
Hahaha.......pengantinnya sama,sebijik macam yang kami lihat kat khemah yang sebelum ni...
Haahha......Rupanya khemah yang atas jalan tu,adalah dibuat atas simpang sebab tu kami tak jumpa simpang!
Dan apabila memandang dari sebelah sana pula,khemah ditepi jalan besar dan tak nampakpun khemah tu berdiri atas jalan!!
Penat je kami konpius!!!Dahlah waktu tu dah hampir pukul 2 petang....laparrrr!!
Apalagi,bila konpem konpius tadi sebenarnya tak berasas,kami turun dari kereta,melangkah dan makan la dulu...!!!Itulah kalau dah masuk felda.Rumah,jalan semuanya hampir sama.Takut juga kalau cerita lama berulang.pernah sekali rombongan sebuah bas dari luar daerah datang ke felda bagi meraikan kenduri kawin.Pun sesat juga dan semuanya dalam keadaan lapar!.Sampai rumah pengantin,tak pandang kiri kanan,terus menyantap hidangan.Tup2 dah kekenyangan semuanya barulah sedar rupanya salah rumah!!haha...dahlah datang sebuah bas......naya tuan rumah!.Tapi kali ni kami memang tak salah rumah.....
Lepas makan dan jumpa pengantinnya,kami pun bertolakpulang.Dalam perjalanan kami sempat singgah di jeram kuala sentul.

Bekal Cinta


>Hari nih macam biasa abang kerja malam.Kebosanan lah ayang setiap kali abang tak ada.Walaupun ada anak-anak,tapi tetap sunyi bila berjauhan....
Hari ni jugak ayang buatkan bekal versi baru untuk abang.Bekas yang lama tu dah tak cantiklah.
Ha....inilah dia,Tadaaa...!!
Cantik tak?Ayang buatkan dengan penuh rasa cinta utuk abang...sebab tu namanya bekal cinta.
Isi kat dalam pun special untuk abang..
Nanti hari2 ayang akan buatkan untuk abang tau.......selamat berkerja sayang.Jaga diri..
Mmmuaah!

Tongkat Ajaib



>Malam tu aku tak boleh tidur.Abang takde kat rumah...kerja.Kak long asyik menangis je.Petang tadi kak long terhincut-hincut sewaktu berjalan.Bila aku tanya kaklong cakap sakit kaki.Aku tanya lagi,kenapa?kaklong diam aje...
Rupanya petang tadi dia main melompat dari pokok.Apalagi terseliuh la kakinya.Aduhai...terpaksa la aku berjaga malam tu ,sapu ubat dan urut2 kaki kaklong.
Itulah nakal sangat!Dah cakap jangan main macam tu...aku membebel la...
Dah tengah malam mana la aku nak cari tukang urut.Dahlah abang takde.Kesian kaklong asyik menangis je sampaikan aku pun nangis sama...sakitnya dia.Kalau petang tadi kaklong bagitau kan bagus...malam tu jugak aku kendong kaklong untuk pergi ke tandas sebab dia tak boleh berjalan langsung.
Pagi esoknya aku dan suami pergi cheneh untuk berubat kaki kaklong.Mujur tak patah.Pakcik yang berurut tu masukkan sendi yang terkeluar.Sampai 4 sendi jari terkehel.Meraunglah kaklong bila kena urut.Apa taknya urat dah masuk angin!
Alhamdulillah sendi dah ok tapi kaklong still takleh jalan lagi.Jadi terciptalah tongkat ajaib tu menerusi kreativiti abahnya..comel tongkat untuk kaklong...
hampir 2 minggu berlalu,kaklong pun dah tak perlukan tongkat lagi.Syukur pada Allah.
Tapi kaklong memang tak reti serik...dah baik,panjat lagi!!
Hai...apa nak dikata...aktif dan lasaklah katakan..........Kalau terhincut lagi,tongkatkan ada!!!

Memancing





Hobi sekeluarga berkongsi bersama ialah memancing...Sampaikan adik aku si Edzsya tu pun suka memancing.Apatahlagi bila dapat port baik punya....
Angah pun seronok sangat bila dapat ikut pergi memancing.Cuma bimbang juga aku kerana sungai ni teramatlah dalamnya.Kawasan ini pula banyak ditempatkan sangkar ikan.Bimbang kalau-kalau terjatuh kat celah sangkar..Nauzubillah.
Sedang seronok memancing tiba-tiba angah hilang!Kalut dan panik aku juga abang.Dah nak menangis rasanya.panggil pun angah tak menyahut.Aku tinjau dalam air.dengan harapan takde kat situ!
Lepas hampir 10 minit pencarian berakhir...
Rupanya angah menyorok bawah katil buruk yang ada atas rumah sangkar tu.Syukur!
Lepas peristiwa tu,surelah mata aku tak lepas memandang angah.Kak long pun sama yang asyik celupkan kaki dalam sungai!
Leka kami memancing kat situ dan banyak juga ikan yang dapat dipancing.
Cuma sekarang rumah rakit tu dah takde lagi.Dah dihanyutkan ombak sewaktu ribut tempohari.
Hilanglah satu port yang best......

Kempen



Inilah suasana kami mengempen..hehe...
Sedari awal pagi kami bertolak ke kuala terengganu semata-mata nak ikut serta mengempen di hari pembuangan undi sempena pilihanraya kecil kuala terengganu.Suasana memang hebat.
Maklumlah yang datang bertumpu dari seluruh malaysia.Waktu ni panas terik.Angah dan kaklong pun ada tapi tidur kat dalam kereta di tepi jalan.
Tengoklah abang bersungguh mengibar bendera di tengah panas.
Tapi semuanya berbaloi dan kepen berjaya!Syabas!!

Bercuti ke perak


Perjalanan pulang dari perak,ada satu tempat yang aku teringin nak singgah.
Destinasi yang sangat menerujakan aku dan keluarga untuk pergi bercuti tentulah cameron highland.Disamping suhunya yang nyama,sejuk dan segar,ada salad yang ranum dan manis untuk dimakan..nyum...nyum..
Tapi ada satu tempat yang kalau aku pergi rasa macam taknak balik dah....
Mana lagi kalau bukan melewati kebun ros..bunga kesukaan aku.Tapi sayangnya waktu aku sampai taman ros tutup!Sedihnya tak terkira..huhu...Dapat cium jugak bunga ros tapi bunga yang dijual dekat pasar tepi jalan di sana.Apalah nasib...
Kalau nak pergi pagi esok pun tak boleh sebabnya destinasi sebenar kami ialah ke kuala lumpur.
Tak dapat melawat taman ros,kami ke ladang teh.Sedap teh panas yang diminum sambil menikmati pemandangan yang indah dan nyaman.Tapi bila melangkah masuk ke ladang teh sesuatu yang aku sangka indah sangat rupanya tak seindah pandangan dari jauh.Dari jauh memang nampak cantik dan tersusun,bila sampai dekat..haha...'ini ke pokok teh?'.
Apapun angah dan kaklong seronok dapat pegang daun teh.

Ini pula gambar ketika dalam perjalanan ke perak melalui kenyir ke simpang pulai.
Singgah di santuary gajah.Nama gajah ni ialah suria.Angah dan kaklong taknak bergambar dengan gajah.Takut........
Aku pun sebenarnya takut juga tapi buat-buat berani.
Mana taknya gajah ni bukannya jinak sangat.Nak pegang ni pun ada pemantau kat belakang tu.Tengoklah saiz kaki gajah tu,seram dibuatnya.
Angah dengar aje suara gajah dah cabut lari!
Kaklong pula tengok dari jauh je....

Mandi-manda

Hari cuti ......pergi berkelah di AirTerjun Chemerong.Cuaca panas macam ni memang sedap berendam.Air terjun yang tinggi dan sejuk sangat,sedari persimpangan jalan besar tadi dah nampak betapa tingginya air terjun ini.
Sayangnya cuma pergi berempat.Kalau sebelum ni abang Jang dan adik aku pun suka sangat join berkelah kat sini.Apa boleh buat,masing-masing ada komitmen dan payah nak dapat cuti yang sama.
Apapun aku uploadkan gambar ni specially untuk korang berdua.Seronok mandi waktu tak ramai orang,ibarat tempat tu kamilah yang punya.....


Air yang teramatlah sejuknya....Datang jauh-jauh tapi tak boleh mandi lama..sejuk!!Dulu tempat ni sunyi je,takde binaan macam sekarang yang telahpun di majukan.Jadi tempat ni dah menjadi tumpuan orang ramai.Perjalanan untuk sampai ke sini lebih kurang satu jam setengah.Tapi tempat ni sedikit berbahaya dan mesti selalu memantau anak2 mandi.Air yang amat jernih jadi terlalu sukar membezakan tempat dalam dan cetek.Aku memang tak lepas pandang pada kaklong dan angah.Mana taknya,kaklong tu dah 3 kali lemas sewaktu mandi di air terjun panching.Sampai sekarang aku dah serik nak mandi kat situ.Angah dan kaklong ni kalau dah jumpa air memang tak hiraukan sekeliling.Nasihat ibu pun buat2 tak dengar je......

Excited


Ini kisah angah yang teruja sangat dengan unit beruniform.Pantang nampak polis ke,bomba ke,ambulan ke..angah memang minat sangat.Waktu turun dari hotel Brisdale menuju ke chowkit angah ternampaklah kereta bomba yang di parking depan balai.
Apalagi melompat la angah tu sambil menjerit cakap yang dia nampak kereta bomba..
Ramai jugaklah orang yang sengih tengok gelagat angah.
Lama jugaklah angah membelek,mengusap kereta bomba tu.
Teruja angah dapat pegang.Selama ini asyik dengar je siren dan boleh nampak je kereta tu lalu depan rumah.
Hari ini dapat sentuh dan siap suruh ibu ambil gambar lagi!.
Macam-macam gelagat angah ni.
Kaklong pun taknak lepas peluang pose depan kereta bomba dan inilah pose terbaik mereka berdua!!Ada-ada je..........

Konvensyen

Kenangan ketika menyertai majlis konvensyen di Hotel Summit Subang Jaya.Kaklong tak ada bersama kerana ketika ini kaklong bercuti bersama Nenda di kuala Lumpur,rumah Ami Jang.Angah je yang ikut serta.Angah pun tak boleh berjalan lagi,baru berumur 4 bulan.
Memang seronok dapat menyertai konvensyen ni.
Abang dan angah lagi seronok dapat pose dengan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Sepanjang majlis angah diam dan tidur aje..mujur tak banyak ragam.Lagipun duduk dalam aircond yang amatlah sejuknya.
Bestla angah tidur.
Pada mulanya kami tersesat untuk sampai kemari.
Waktu itu hampir subuh,sampai dalam hutan mana ntah
diredah.
Apapun Alhamdulillah akhirnya selamat sampai.



Sunday, March 14, 2010

Seronok sangat



Kenangan ini dirakamkan ketika bercuti di Mersing.Kami bermalam di hotel Sri Malaysia.
Seronok sangat kaklong mandi kolam sampaikan biru bibir pun tak nak naik lagi.Aku dan abang pun seronok jugak sebenarnya.
Masakan tidak.......waktu itu takde orang lain cuma kita aje.Apalagi
berenang sakanlah.Kaklong pun first time bawak dia mandi kolam.
Selalunya mandi air terjun dan laut je.Walaupun hujan renyai-renyai
tapi buat dek jelaa......datang jauh-jauh takkan tak ambil peluang..kan?
Lucunya,kaklong dah menggeletar duduk kat birai kolam tu tapi buat-buat tak sejuk..
Macamlah ibu tak nampak.Kaklong takut kalau ibu nampak ibu akan suruh dia naik.
Apapun memang seronok sangat apabila sesekali dapat release tension dengan bercuti macam ni.
Oklah kaklong....dahlah.Lain kali kita mandi kolam lagi ek.....

Saat kelahiranmu....



Aku menanti dalam kesakitan dan debaran.Hati tak henti berzikir dan berdoa.Ku lihat bilik berhampiran ntah berapa kali silih berganti bayi yang lahir.Tapi aku masih lagi menanti.Belum sampai masanya.....Sedari awal pagi aku disini sampailah petang.....



Tanggal 6 Febuari 2007 jam 6 petang mendengar tangisanmu, airmata ini mengalir....syukur.
Setelah 12 jam menahan kesakitan akhirnya lahir juga seorang putera yang diberi nama Ahmed Nejad.
Airmata mengalir bukan kerana kesakitan yang dirasai akan tetapi dek kerana terlalu gembiranya hati.Terasa kesakitan itu berbaloi dengan dikurniakan seorang lagi cahaya mata,apatah lagi lelaki!
Memang nak anak lelaki waktu tu.......
Masa dalam labour room hanya Allah saja yang tahu betapa sakitnya aku rasakan.Mujurlah ada suami disisi menemani,menggenggam tangan dan tak putus memberikan sokongan moral.
Jelas kegembiraan terpancar di wajah suami tatkala terlihatnya kelibat bayi lelaki yang comel.
Dapatlah seorang peneman abah nanti.......
Betapa payahnya melahirkanmu tapi semuanya terubat apabila melihat wajahmu yang comel..tidur berbungkus kain lampin...Alhamdulillah semuanya selamat dan normal.Selama di wad(semalaman je)bayi lelaki yang kupanggil angah,langsung tak boleh diletakkan dalam tab bayi.Asal aku letak aje,angah menangis.Angah sentiasa mahu aku memeluknya.

Sekarang angah dah besar.....tapi masih macam dulu juga.Tak pernah berenggang denganku.Setiap hari akan minta peluk dan cium.Angah yang comel dan manja sangat..
Sehingga kini terasa betapa berbaloinya memilikimu.

Besday Kak long


Selamat ulangtahun Nurul Najihah yang ke 4.Waktu gambar ini diambil,angah takde lagi.Banyak lagi gambar besday kaklong yang lepas-lepas tapi tak dapat ibu uploadkan kat sini.Sekarang anak ibu dah besar,comel gitu...





Kek ini ibu buatkan khas untuk kaklong.....semoga kaklong membesar sebagai anak yang solehah dan beroleh kejayaan dunia dan akhirat.







Yang ini pula gambar besday kaklong yang ke5.Waktu ni ibu tengah mengandungkan angah.Kali ni ibu beli je kek untuk kaklong.
Sedap kek coklat ni.Kalau mok su ada tentu moksu abiskan.Sayangnya masa ni moksu tak dapat balik...
Banyak kaklong dapat hadiah dari Nenda,tok Teh,Acik & Ami Mi,Atikah dan athirah...
Sukalah kaklong.....tu yang senyum manjang je tu!

Permata hati

PUTERAKU Sayang……….


Ahmedi Nejad…….

Namanya macam tuan empunya badan,tegas dengan pendiriannya,

cekal,kuat dan penuh semangat.Panggilan manjanya ‘angah’.

Angah ni pun sebenarnya lebih kurang dengan kakaknya juga,

butterfly butterflies

sama2 xtau duduk diam.Penuh semangatlah katakan.

Angah ni kecil aje orangnya.Almaklumlah aktif tapi kurang makan.

Hobinya pula suka ikut abahnya’bum-bum’(naik motor)

atau ‘ngeng-ngeng’(kereta).Kalau ke kedai atau

pasaraya,dia akan mengamuk kalau tak belikan dia ‘ngeng2′.

Yang paling digemarinya bukan calang2 ngeng2 tapi angah suka

‘Ngeng2 leh po!’ atau maknanya kereta polis…he..itu ikut bahasa

angah lah tu..

dance dancing birds bird gif

Nejad atau angah baru berusia genap 2 tahun,tapi

mulutnya petah(selalu pot-pet)banyak tanya.Dia sangat peramah orangnya

dan selalu buat aksi2 lucu.Ada saje keletahnya yang buatkan kami sekeluarga

tergelak besar.Perkara yang paling angah tak suka ialah makan ubat.

Huh…kalau demam,cukup payah nak bagi dia makan ubat!Kadang2 terpaksa letak ubat hugs hug hugging hugged heart hearts teddy bear

dalam plastik gula2(tipu)supaya angah nak makan ubat tu.Taktik tu memang berkesan sangat

memandangkan angah ni hantu gula2.

Apa yang menarinya tentang angah ialahdia suka sangat ikut orang solat jemaah.Bila kakaknya bersiap untuk pergi mengaji,

angah tak pernah ketinggalan untuk turut serta.Malah angah dah lulus pun alif sampai ya.

Saya sering perhatikan angah yang selalu fokus dalam setiap perkara yang dia buat.

daisy laugh laughing gif disney heart hearts

Apa saja yang kita lakukan dihadapannya,dia akan ikut.Sekarang angah nak belajar mengeja plak..

Tak kisahlah…..ibu dan abah selalu sokong angah dan berdoa yang terbaik juga untuk angah.

hug hugs hugging hugged bear bears

Macam tulah anak2….sentiasa meniru lagak orang yang lebih tua darinya.

Jadi,kita sebagai orang dewasa haruslah selalu mempamerkan contoh yang baik untuk anak kita.

Sikap dan peranan ibu bapa sangat penting dalam membentuk peribadi anak2.Dan ingatlah,

berkorbanlah masa dan tenaga dalam mendidik anak2 kita kerana anak2 adalah pelaburan

kita yang terbesar dalam jangkamasa yang panjang.Insya-Allah suatu masa nanti

kita akan mendapat pulangan yang lumayan..bukan saja didunia,malah diakhirat jua…….


Bookmark and Share

Puteriku sayang……..

Difailkan di bawah: Uncategorized —— me-suisz @ 10:01 am

Nurul Najihah…
Atau lebih manjanya Jia.Sekarang umurnya menjangkau 7 tahun.Tapi telatah,percakapan,pemikiran
dan karenahnya macam orang dewasa.Kadang2 penat jugak ibu melayannya.Jia comel dan aktif.
butterfly butterflies

Sedari umurnya 9 bulan pandai berjalan,tak menang tangan aku dibuatnya.Waktu siangnya
dihabiskan dengan bermain kesana-kemari.Langsung tak erti penat.Langsung tak tidur siang atau
berehat.Kalau dia duduk atau baring pun,pasti salah satu anggotanya tak berhenti bergerak.
Bila kaki berhenti bergoyang,tangan pula tergedik2.Ada aje kerjanya.
Waktu di tadika,semua pelajar adalah kawannya…dia tak memilih.Dengan cikgu pun dia rapat.
Dalam kelas pun dikatogerikan salah seorang yang tak duduk diam.Main..main..main…Tapi syukurlah Jia juga seorang yang
pintar dan cekap dalam pembelajaran meskipun nakal.Markah examnya selalu dapat A.
Meskipun Jia aktif,mudah berkawan,tapi dia juga seorang yang
pemalu lebih2 lagi dengan orang yang dia baru jumpa.Namun,bila dah kenal x larat orang
nak melayan karenahnya!.Dia juga seorang yang suka pusing dunia…cam ibu ngan abah dia la…
Yang x tahannya,kejap2 dia lapar.Baru 1-2KM,dah ajak berhenti makan.
heart hearts glitter
Sekarang Jia dah darjah 1.Alhamdulillah…sejak belajar di sekolah rendah Islam ni,
Jia rajin solat,mengaji,belajar…….hmm…camtulah anak ibu,kan…Jia selalu rajin buat homework.

Pada suatu hari selepas balik dari sekolah,Jia bercerita kepada saya
“Ibu,tadi kat sekolah mualimah tanya jia,bila besar nak nanti nak jadi apa?Jia cakap kat mualimah,j
ia nak jadi doktor.Tapi jia rasa,jia taknak jadi doktorlah…jia nak jadi cikgu”
flower flowers bird birds
Saya pun tanya,”Kenapa nak jadi cikgu plak?”

Selamba jia jawab.”Sebab cikgu kerja 5 hari je..2 hari lagi cuti,jia boleh main”
Apalagi,saya bantai gelak la…tak tau nak komen apa!
Itulah sebahagian dari celotehnya yang terpaksa saya layan setiap hari.Kalau takde Jia,alamat sunyi sepilah dunia ni rasanya…sebab tu bila berjauhan,rasa rindu teramat sangat!
Apapun,setiap anak2 mempunyai kelebihan masing2.Dan anak2 juga ibarat kain putih.Terpulang pada kita untuk mencoraknya.
Kepada puteriku Jia,Ibu dan abah selalu sayang jia dan mendoakan yang terbaik untukmu…
Daisypath Anniversary tickers

.

Thank You
Egic’98